Chicken Pai

Tuesday, September 11, 2007


Pastri:
1lb gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
4oz majerin
4oz mentega
1 biji telur
air (secukupnya)
sedikit garam

Inti:
sebelah atau lebih dada ayam (dibuang tulang dan dipotong kecil2)
4 labu bawang besar(dipotong dadu)
3-4 biji telur ayam
cendawan butang (secukupnya)
1 mangkuk sayur campur (250-300gram)
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit gula,garam dan serbuk perasa


Cara buat inti:
  • panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan isi ayam.apabila isi ayam nampak keputihan masukkan sos tomato dan sos tiram.
  • kemudian masukkan sayur campur, biarkan masak sebentar
  • masukkan gula,garam dan serbuk perasa.kemudian kacau hingga masak.
  • masukkan kesemua telur dalam satu bekas kemudian masukkan inti yg di masak tadi ke dalam bekas yg berisi telur
  • kacau sehingga sebati.

Cara membuat pastri:
  • campur tepung,garam,serbuk penaik,mentega dan majerin dalam satu bekas, gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • masukkan sebiji telur dah gaul lagi.setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit.gaul adunan hingga adunan itu boleh di canai.
  • ambil 1/2 atau sedikit drpd adunan yg diuli td (tgk kpd saiz bekas yg hendak digunakan utk membakar) kemudian canai(jgn terlalu nipis).
  • letakkan adunan yg di canai td ke dalam bekas yg digunakan utk membakar.kemudian masukkan intinya.
  • ambil adunan pastri yg selebihnya kemudian canai.setelah dicanai,tutupkan inti td dengan adunan yg dicanai itu.
  • potong lebihan tepinya kemudian tekan dgn garpu supaya ia lekat(boleh juga diklip mcm buat karipap).setelah itu sapu kuning telur di atas pie.
  • bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Kerabu Pucuk Paku




Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

Kredit : Kak Hanieliza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino