Puding Caramel

Tuesday, July 31, 2012



Bulan-bulan puasa ni, pencuci sangat2 menjadi kegemaran. Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk2. Salah satu pencuci mulut menjadi kegemaran Maksue adalah puding caramel. Nak buat pun takdelah susah mana :)

Bahan2 :-

Gula Hangus
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air


Cara-cara

  • Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
  • Kemudian campurkan dgn air. Masa nak masukkan air kena berhati2 sbb air akan memercik keluar nanti :)
  • Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
  • Bila sume dah hancur tuang dalam loyang,  ketepikan dan biar sejuk seketika 


Bahan Karamel
  • 5 biji telor
  • 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula sebab gula hangus tadi dah manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
  • secubit garam


Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati. Nak blend pun boleh tapi kena tapiskan semasa masukkan ke dalam loyang untuk mengelak adunan berbuih2 :)
  • Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
  • Kukus dgn api perlahan  sehingga  masak. Boleh juga dibakar menggunakan kaedah steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam
  • Untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino