Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi

Saturday, September 27, 2008

Bahan-Bahan:
3 kilo siput sedut ]potong bahagian ekornye
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa ]ambil santan sahaja
garam ] ikut sesedap rasa
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi ] rebus separuh masak
minyak masak

Cara:
  1. Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
  2. Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam, cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
  3. Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
  4. Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi
  5. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan serai tadi.
  7. Kemudian kacau hingga sebati.
  8. Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
  9. Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
  10. Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
  11. Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
  12. Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

Kek Lapis Buah Delima

Sunday, September 21, 2008

Kek lapis ni sama dengan resepi ‘Cherry blossom layere cake’ dari buku resepi Jamie Wong. Bezanya Cuma bahan yg diguna. Jamie’s version guna tepung kastard & bukan guna horlicks & kaya. Kek ni sebenranya kek kukus & nampak lebih cantik kalau dikukus. Tapi boleh bakar.

Bahan2 (utk isi buah prune):
4 oz butter
4 biji telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
3 peket kecil buah prune

Cara2 membuat buah prune :-
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung & gaul hingga sebati & kemudian masukkan susu pekat & esen vanilla.
4. Bahagikan kpd 2 warna, merah & hijau.
5. Sediakan buah prune dgn membuka luas bhgn lubang biji .
6. Paipkan adunan merah & hijau ke dlm buah prune.
7. Kukus hingga masak.

Nota :
Lebihan adunan tadi digunakan utk melapis kek. Bahagi dua setiap adunan merah & hijau utk setiap lapisan.

Bahan utk melapis (kek) :-

6 biji telur
12 oz butter
1 cawan gula
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan Horlick
½ tin susu pekat
150 gm kaya
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2 :-
1. Pukul butter & gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung & horlicks & kacau hingga sebati.
4. Masukkan susu pekat, kaya & esen vanilla & gaul sebati.

Nota :-
1. Utk melapis, gunakan loyang 8”.
2. Masukkan 1 senduk @ 4 sudu besar adunan putih ke dlm loyang & bakar hingga masak.
3. Masukkan adunan hijau.
4. Kemudian masukan adunan putih.
5. Masukkan adunan merah.
6. Masukkan adunan putih & susun buah prune warna sama.
7. Boleh letak 16 biji prune @ utk lebih cantik, susun 25 biji prune.

8. Teruskan melapis sampai menutup buah prune.
9. Masukkan adunan putih & susun buah prune selebihnya. Lapis hingga menutup buah prune.
10. Masukkan adunan merah, kemudian adunan putih, hijau & putih. Bakar pd suhu 160 – 174 darjah C.

Tips :-
*Utk susunan prune lebih cantik & kemas tahan buah prune dgn ‘toothpick’

Biskut Hazelnut Ball

Saturday, September 20, 2008


Bahan2 :-
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]-ganti dengan almond kisar
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata-tambah sikit tepung
100 gm tepung jagung ]

Hiasan :-
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara2 :-
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara2 :-
1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.

Kredit :Diana

Kek Lapis Prune

Friday, September 19, 2008


BAHAN A :-
250 g mentega
80 g susu pekat manis
1 camca teh rempah kek
1/2 camca teh serbuk vanilin
80 g golden syrup

BAHAN B :-
15 kuning telur
3 putih telur
120 g gula kastor
80 g tepung superfine/hong kong/tepung halus
1 camca besar ovallete
20 ml air sejuk

BAHAN C :-
Beberapa titik pewarna kuning
150 g prune, belah dua dan leperkan
Mentega cair untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin kek berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar bahan A pada kelajuan tinggi selama 5 - 7 minit hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain dan bersih, putar bahan B pada kelajuan sederhana selama 10 minit.
  4. Satukan adunan A dan B, gaul rata dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Panaskan oven pada suhu 180C, gunakan api "grill".
  5. Sudukan 4 camca besar adunan ke dalam tin kek, ratakan dan bakar hingga masak (lebih kurang 5 minit, bergantung pada oven masing). Keluarkan kek, sapu nipis permukaan lapisan dengan mentega cair. Letakkan adunan baru sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar.
  6. Lakukan proses tadi sehingga lapisan ke-4 atau 5. Lapisan seterusnya disusun buah prune tadi dan bakar hingga masak. Tidak perlu disapu mentega cair pada permukaan yang ada buah prune.
  7. Buat hingga siap, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin, biar kek betul2 sejuk sebelum dipotong. Boleh juga dibungkus rapi dan simpan dalam peti ais...
Kredit : InaSally

Kek Buah


Bahan A:
250 gm butter
150 gm gula perang [browm sugar]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
5 s/b madu

Bahan B [ayak]
225 gm tepung superfine
5 s/b susu tepung
1 s/teh baking powder
1 s/teh soda bikarbonat
1 s/k serbuk kayu manis

Bahan C [rendamkan selama 3 atau 4 jam]
100 g buah prune [cincang]
200 gm buah campur
1 cawan oren juice

hiasan - hirisan badam tau badam cincang

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak [bahan B] dan buah campur [bahan C] berselang seli.
4. Masukkan madu dan kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak atau loyang aluminium pakai buang bentuk 4segi. 6. Taburkan bahan hiasan.
7. Bakar adunan kek dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 1 jam.
8. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan.

Kek Lapis Horlick - Milo


Resepi ni ambil dari web Rozzan. Kredit to Rozzan. Cubalah mesti sedap!!!

Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum (saya gunakan tepung Hong Kong)
200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata.
3. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo.
6. Bakar selapis-selapis hingga selesai.


Kredit ; Rozzan

Kek Karot Kukus

Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang
50 g kismis
230 g tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.

1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju
Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.
1. Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk

Kek Coklat Mocca


Kek coklat ni senang jerk nak buat, bahan2 pun simple jerk, sukat guna cawan senang!! Yang bestnye kek ni rasa dia lembab2 sebab dikukus.

Bahan A

1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B
3 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }


Cara :
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana
2. Kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
3. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
4. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
5. Panaskan kukusan.
6. Tuang adunan dalam acuan .
7. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana.

Kek Lapis Cadburry


BAHAN-BAHANNYA :-
500 g mentega
10 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g biskut marie, kisar halus
50 g serbuk santan
100 g susu pekat manis
180 g tepung gandum
Coklat Cadburry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan letak warna kegemaran (kek di atas guna kuning, hijau dan merah) Letak 4 camca besar adunan kuning, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler hijau hingga masak. kemudia adunan warna merah dan bakar sampai lebih kurang 5 minit
  4. Selang seli kan ketiga2 warna. Lepas lapisan ke lima boleh disusun coklat cadburry tadi. buat hingga siap.
  5. dan untuk lapisan terakhir pun letak susunan coklat cadburry

Tips:-
untuk menggantikan coklat cadburry boleh juga digunakan biskut oreo. Buang cream biskut tersebut dan susun sepertimana susunan coklat tadi.

Chocolate Chips Ala Famous Amous

Wednesday, September 17, 2008


Resepi ni dapat dari email tahun lepas, ada orang bagi. Dia kata untuk dapatkan resepi ni dia kena bayar beratus ringgit. Hehehe geram punya pasal, dia sebarkan resepi ni kat Internet. Ni betul2 resepi Famous Amous yang giler mahal tu. Kalu ikut betul2 mmg rase same cam beli kat famous amos tu...


Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (biasa guna brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Biskut Suji

Tuesday, September 16, 2008



Dekat2 nak raya ni, aktiviti utama membuat biskut raya. Ni pun salah satu biskut kegemaran ni. Wajib ada!

Bahan-bahan:
5 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 cawan tepung suji / semolina s
1/2 cawan tepung kastad

3 cawan gula halus
Ghee secukupnya

Cara membuat:
1. Gula dan semua tepung dicampur sekali ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan ghee sikit-sikit sampai adunan boleh dibentuk bulat2.
3. Susun atas loyang bakar and bakar pd suhu 160 deg. celcius selama 20 min (bergantung pd oven).

Nota:
Adunan nie boleh dapat byk biskut tau, so kalu nak sikit je buat separuh adunan dah cukup.

Kredit : Kak Hanieliza

Tart Nenas Gulung

Monday, September 15, 2008



Ni salah satu biskut yang wajib ada setiap kali raya. Lagi banyak inti dia lagi sedap. Biasa buat guna resepi dari Kak Hanieliza. Dijamin sodappp!!!


Bahan-bahannya
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit : Kak Hanieliza

Biskut Makmur


Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Kredit : Kak Hanieliza

Biskut Sarang Semut

Sunday, September 14, 2008

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla


Hiasan:
Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil

Cara membuat:
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips:-
Untuk dapat biskut sarang semut yang sedap, boleh ikut tips di bawah :-
1. kurangkan tepung gandum kpd 300gm.
2. tambah 50gm susu tepung.

Crunchy Chocolate Chips Cookies

A Ingredients:
250g butter
160g castor sugar ( i used brown sugar )
1 egg yolk
1 teaspoon of vanilla essence

B Ingredients:
230g all purpose flour
20g cocoa powder
1 table spoon corn flour (optional)
(sift all ingredients together)
100g chocolate chips
50g roasted chopped almonds/walnut(I didn't put this, because I didn't have any)
50g nestum
(mix all ingredients together)



Method:
  • in a bowl, start by creaming the butter and the sugar until fluffy then add in the egg yolk and the vanilla essence.
  • by using a spatula introduce the B ingredients to the A ingredients by adding bit by bit. Mix everything together. Meanwhile you can preheat the oven at 180'C .
  • grease a baking tray and spoon the mixture onto the tray.
  • bake the cookies for 20 minutes or until cooked.
  • once the cookies are ready, transfer onto a wire rack and let it cool before storing it in an airtight container.

Samperit Marble

Friday, September 12, 2008



Bahan-Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut (guna tepung gandum pun boleh)
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.

Tips
:
Untuk dapatkan bentuk seperti dalam gambar, cantumkan doh coklat & putih tu pastu masukkan dlm pam biskut, pastu pamkan biskut tu atas loyang dlm 2".

Kredit : Eryn

Cornflakes Crunchies

Thursday, September 11, 2008



Bahan-bahan:
105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya


Cara membuat:
1. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2.
3. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur.
4. Kemudian baru masukkan choc. chips, kacang tanah dan cornflakes.
5. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri.
6. Bakar selama 15-20 minit (bergantung pd jenis oven) dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.

Tips:-
Untuk dapatkan biskut yg sedap

1. Gantikan kismis dgn 1/2 cwn choclate chips.
2. Tambahkan 3/4 cawan kacang tanah yg dah digoreng & blend kasar.
3. Hias dgn colorful choc. rice


Nota :
Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak
.

Biskut Dahlia

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.

Udang Sos Prego

Tuesday, September 9, 2008


Resepi ni dari web Cikwan. Nampak menyelerakan sangat. Lebih2 lagi kalau mkn dengan nasi panas.

Bahan2 :-

* 700 gm udang
* 3 ulas bawang putih
* 4 ulas bawang kecil
* 1 inci haliam
* 1/2 ulas bawang besar
* 2 biji cili merah*
* 2 biji cili hijau*_cikwan guner cili benggala jer*
* 1/2 batang lobak merah
* 1 cawan sos Prego
* 1/2 cawan air
* 1/2 sudu kecil garam
* Daun bawang_x boh*
* 1 biji tomato_dadu_cikwan tambah*
* Sedikit serbuk lada hitam_cikwan tambah*


Cara2 memasak:-


* Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
* Hiris cili merah, cili hijau dan lobak merah.
* Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan.
* Masukkan bahan hiris dan masak sebentar hingga naik bau.
* Masukkan udang dan gaul rata.
* Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan perasa.
* Masak hingga sedikit pekat. Angkat dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang.

Kredit : Cikwan

Sweet Savoury Scones

Tuesday, September 2, 2008



BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 400 g tepung halus
  • 100 g gula aising
  • 1 camca teh baking powder
  • 110 g mentega
  • 1 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 2 tangaki daun bawang, hiris halus
  • 40 g lada benggala merah, didadu kecil
  • 75 g parutan keju cheddar / keju parmesan)
  • 1 kuning telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Satukan tepung, gula aising, baking powder dalam satu bekas, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
  • Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh (jgn habiskan susu jika adunan sudah menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan). Tambah hirisan daun bawang, cincangan lada benggala merah dan juga keju. Gaul hingga rata. Rehatkan doh 20 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 200C, tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan canai doh setebal 1 cm, terap ikut acuan kegemaran atau potong dengan pisau. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  • Sapu kuning telur dan bakar 25 - 30 minit hingga scones kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan. Hidangkan untuk minum petang...

Resepi & Gambar
Kredit : En. Mat yang Gebu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino