Lempeng Jagung

Saturday, April 26, 2008


Bahan2 :-
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
2 sudu susu tepung
3 sudu jagung dalan tin
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
sedikit air (agak-agak jer. Jangan pekat sangat)

Cara2 membuat:-
  • gaul rata semua dan biarkan sekejap
  • Ratakan butter sikit dalam kuali tak lekat
  • Tuangkan adunan dalam kuali dan tutup kuali
  • Gunakan api yang kecil aje
  • biarkan sekejap dan terbalikkan penkek tu
  • Hidangkan suam-suam.

Kredit : Kak Hanieliza

Lasagna

Monday, April 21, 2008

Bahan-bahannya
250g kepingan lasagne, msk mcm instruction kat kotak (slalu xsmpai 250 gms pun, ikut muat bekas la)
175g grated mozzarella cheese

White sauce:
250ml UHT milk
bawang
2-3cm carrot, ptg nipis
1 bay leaf
1 fresh parsley
8-10 black peppercorns
40g butter
40g tepung

Meat sauce:
1 bwg besar, cincang
2 ulas bwg putih, cincang
1 btg celery, cincang
75g carrot, cincang
400g dgg hncur, leh gnti ngan ayam/dgg burger
4 biji tomato, buang kulit, ptg dadu, guna yg dlm tin pun leh gak
1 bay leaf
secubit oregano
sedikit basil
minyak msk
225ml air
1 tbsp tomato puree
1 1/2 tsp gula
garam
black n white pepper

Cara-caranya

Untuk White sauce

1. Campur dan masak semua bahan white sauce dalam periuk. Kecilkan api dan reneh untuk beberapa minit.
2. Alih sauce pan tadi, tutup, letak tepi sat dlm 10-15 minit supaya susu sebati. Kemudian tapis, buang bahan yang tidak perlu dan berketul.
3. Cairkan butter dalam api kecik, campur tepung. Kacau sentiasa n msk dlm seminit.
4. Masukkan flavoured milk, kacau dlm 5 minit tanpa berenti sampai jadi rupa sauce yg lawa. Ketepikan.

Untuk Meat Sauce
1. Panaskan minyak dalam saucepan dan goreng bawang, bawang putih celery, carrot, smpai soft. Kacau minced meat tadi. Masak sampai perang2 gitu.
2. Tambahkan tomato n herbs, masak agi dlm 15-20 minit. masukkan air, tomato puree, seasoning. simmer untill jadik pekat.

Untuk lasagna
1. Spread meat sauce td kat base bekas. make sure bekas tu oven frenly n cukup besar nak msk sume. then, tmbah2-3 spoon white sauce, sprinkle cheese bg cover the layer.
2. Susun lasagna atas cheese layer tadi.
3. Ulang susunan tu sampai abis.
4. Finish up with layer meat sauce, then white sauce, then cheese
5. Bake lasagna tadi dlm oven, 190 degrees, 45-50 minutes. ataupun top layer dia nmpak golden brown/coklat keemasan. Makan masa panas.

Nota: Ada orang letak brown sauce, ikut suka if nak letak boleh tak letak pun boleh.

Kredit : Diana

Punch Fruit Coktail


Bahan
  • 1 tin fruit coktail
  • 1 kotak jus buah dalam kotak ]tropikal punch brand GOODDAY
  • 1 cawan yogurt buah-buahan
  • ais kiub

Cara
  • Blenderkan yogurt dan air.
  • Masukkan dalam mangkuk besar
  • Tuangkan fruit coktail kedalam mangkuk.
  • Masukkan dalam gelas dan masukkan ais kiub.
  • Hidangkan sejuk.

Kredit : Kak Hanieliza

Nasi Goreng Seafood



Bahan
  • 2 mangkuk nasiputih sejuk
  • 200 gm udang ]buangkan kulit
  • 200 gm sotong ] potong bulat2
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 1 biji telur mata kerbau
  • minyak
  • garam
  • salad
  • keropok

Bahan Tumbuk/Tumis
  • 15 tangkai cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/b udang kering
  • sedikit belacan

Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan udang, sotong, sayur campur dan gaaram. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dalam pinggan dan hidangkan dengan telur, keropok dan juga sayur salad.

Puding Karamel

Puding karamel merupakan salah satu puding kegemaran. Dan puding ni merupakan puding yang agak senang disediakan dan cara penyediaannya pun ada banyak. Kat bawah ni yang selalu saya buat. Senang dan sedap!

Bahan-bahan


Gula Hangus
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  • Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
  • Kemuadian campurkan dgn air.
  • Masak smula atas api perlahan hingga gula hancur.
  • Bila sume dah hancur tuang dalam loyang
  • by the time gula hangus ni sejuk dia akan menjadi pekat dgn sendirinya.
Bahan Karamel
  • 5 biji telor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati
  • Kacau perlahan dgn garfu.
  • Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
  • Kukus dgn api perlahan jer/steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam

Nasi Goreng Kerabu

Saturday, April 19, 2008

Bahan
  • 4 cawan nasi sejuk [peroikan]
  • 1 keping ikan talang masin [hiris nipis]
  • 3 s/b minyak
  • garam
  • salad hiasan
  • timun
  • keropok

Sayuran [hiris]
  • serai
  • daun kesum
  • daun selum
  • bunga kantan
  • kacang panjang

Bahan tumbuk
  • ciliapi
  • bawang merah
  • udang kering

Cara
1. Panaskan minyak. Gorengkan ikan masin. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan nasi dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan ikan masin goreng tadi.
5. Masukkan bahan sayuran yg dihiriskan. rasakan garam/masin. Tambah garam jika perlu.
6. Hidangkan dengan salad.

Kredit : Kak Hanieliza

Kerabu Pucuk Paku

Bahan
  • 2 ikat pucuk paku
  • 1 cawan taugeh ] basuh dan toskan
  • sedikit lobak merah ] parutkan/sagat panjang
  • 1/2 cawan kelapa goreng ] mesinkan
  • 1 labu bawang besar ] hiris
  • 6 biji limau kasturi ]ambil jus
  • 1 sudu besar sos ikan
  • gula secukup rasa

Sambal [mesinkan/tumbuk]
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji ciliapi
  • 2 sm belacan
  • 2 s/b ikan bilis
  • 1 s/b jus asam jawa

Cara
  • Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja.
  • Basuh dan rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut kemudia toskan
  • Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran (pucuk paku, tauheh dan lobak merah)
  • Rasakan masin dan masamnya.
  • Hidangkan.

Kerabu Jagung Manis Pedas

Bahan-bahan
  • 150 gm jagung manis
  • 4 ulas bawang merah ] hiris
  • 10 biji cili padi ] hiris
  • 2 kuntum bunga kantan ] hiris
  • 20 gm udang kering ] goreng
  • 20 gm kelapa parut
  • 10 ml air limau nipis
  • 2 batang serai ] hiris
  • garam dan cuka secukup rasa
Cara membuatnya :-
  • Campur semua bahan tadi dan gaul hingga rata
  • sedia untuk dihidang

Mini Sweet Scone

Thursday, April 17, 2008


Bahan2 :-

A
375g tepung naik sendiri
1 sudu makan gula tepung
suku sudu garam
30g mentega

B
180ml susu segar
125ml air

Cara²nya
  1. Bahan² A disatukan dan digaul dengan tangan hingga menjadi sebuk roti gitu
  2. Kemudian masukkan susu dan digaul lagi, masukkan air sedikit² sampai tepung tu tak lagi melekat kat tangan
  3. Uli, dengan tangan pon boleh dan terap... selalunye senang kalau terap size cawan...tebal about 2sm jer, lebarnye suka hatilah, tapi kalau kecik lagi lawa, comel
  4. Nak bakar kena letak kat atas loyang yang dah seletkan minyak supaya tak melekat.. kat atas scones tu seletkan telur kuning/ susu supaya nampak berkilat bila dah bakar nanti. then bakar dalam oven 240 degree C. 15min atau dah mulai nampak kekuning²an...
  5. Siap. Sesuai makan time masih panas.

Pancake Oat

Lempeng merupakan makanan kegemaran masa kecil-kecil dulu. Lempeng yang menjadi kegemaran adalah lempeng kelapa. Tapi zaman dah berubah, lempeng sekarang telah diubahsuai cara membuatnya. Salah satu lempeng yang sedap dimakan disamping mempunyai khasiat tersendiri adalah lempeng oat.

Bahan-bahan :-
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 4-5 sudu besar oatmeal
  • 1 biji telur
  • sedikit baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Tepung gandum dlm satu cawan (jangan habiskan, bergantung pada kepekatan bancuhan)

Cara membuatnya :-
  • Masukan semua bahan diatas (kecuali tepung gandum) kedalm blender.
  • Blend sampai sebati.
  • Kemudian masukan tepung gandum. agak2 jangan sampai pekat sangat.
  • Goreng atas non-stick frying pan yg di letakan dengan sedikit butter.
  • Letak dalam 2-3 sudu besar setiap kali goreng (supaya nipis) sampai habis adunan
  • Bole dimakan begitu sahaja or di sapu peanut butter/kaya/nutella n digulung or dilipat.

Choc-Orange Cheesecake


Nih resepi diambil dari web kak Hanieliza. Yummy sesangat kek ni... tQ kak Liza for the very the yummy recipe neh!!

Bahan-Bahannya
130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Cara
1. Pukulkan cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih/kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak),
3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
4. Masukkan cincangan badan dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas.
6. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175'C yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
7. Sejukkan.

Bahan Topping
250 g cream cheese
60 g butter
60 g gula aising, diayak
150 ml yogurt perisa buahan

Cara
1. Pukul bahan2 untuk topping pada kelajuan sederhana hingga putih.
2. Sapu atas kek tadi dan ratakan.
3. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.

Kredit : Kak Hanieliza

Siakap Asam Pedam Thai

Saturday, April 12, 2008

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 7 tangkai cili api - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit kunyit hidup - kisar
  • sedikit air untuk merebus ikan
  • 1/4 biji nenas - dipotong dadu
  • Sedikit daun ketumbar - diracik halus
  • beberapa hiris cili merah
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :-
  • Rebus ikan siakap dengan air sehingga masak. Asingkankan seketika
  • Kemudian ambil air rebusan tadi dan masakkan bersama bahan yang telah dikisar halus.
  • Masukkan juga gula, garam dan air asam jawa secukup rasa
  • Tunggu seketika sebelum dimasukkan nenas yang dipotong dadu
  • Biarkan sehingga mendidih
  • Kemudian tuangkan kuah tadi di atas ikan siakap
  • Hiaskan dengan daun ketumbar dan hirisan cili merah

Kueh Lapis Cendol

Friday, April 11, 2008

Bahan-bahan A:
  1. 1 1/2 cawan tepung gandum
  2. 2 s/b tepung beras
  3. 2 s/b tepung jagung
  4. 1/2 cawan gula
  5. 3 cawan santan
  6. 1 s/k garam
  7. 1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]
  8. 1 cawan cendul
  9. 1/2 cawan air

Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Laksa Sarawak

Thursday, April 10, 2008

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara
  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.

CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  1. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
  2. Set lengkap hidangan laksa swk.

Bubur Oat Pedas

Wednesday, April 9, 2008

Pengambilan bijirin dalam diet harian membantu melancarkan penghadaman. Oat merupakan bijirin yang tidak kurang enaknya. Banyak kajian menunjukkan oat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk kesihatan jantung dan membantu menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah. Selain enak dijadikan sarapan, oat juga boleh dijadikan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

****************************************************************************

Bubur Oat Pedas

Bahan-bahan :-
  1. 90 gram oats
  2. 300 - 400 ml air mendidih
  3. 3 sudu besar ikan bilis
  4. 1 keping kek ikan dihiris nipis
  5. Serbuk lada sulah dan kicaap masin
  6. 1 tangkai daun sup dan sebiji cili merah dihiris halus
  7. sedikit bawang goreng
Cara-cara membuatnya :-
  1. Campurkan oats, ikan bilis, kek ikan, garam, serbuk lada sulah dan kicap masin
  2. Didihkan oats bersama bahan tadi sehingga mengembang
  3. Apabila menghidang, taburkan daun bawah, hirisan cili dan bawang goreng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino