Jemput2 Makaroni Udang

Sunday, December 26, 2010


Sesuai untuk hidangan minum petang. Senang dan mudah disediakan. Cara membuatnya sama seperti membuat jemput2 biasa :)

Bahan2 :-
1 mangkuk makaroni ] rebus sehingga lembut
1 biji bawang besar ]  dipotong dadu
1/2 mangkuk isi udang ] potong bulat
Sedikit daun kucai
1 sudu kecil oregano
1 biji cii merah ] dihiris halus
Tepung gandum  ] sukatan agak2 boleh melekatkan makaroni
Sedikit garam dan air
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :-
  1. Gaul semua bahan2 sehingga sebati
  2. Goreng sehingga agak kekuningan

Onde-onde Durian

Wednesday, December 22, 2010


Kebiasaan apabila kita membuat onde-onde selalunya kita jadikan gula melaka sebagai inti. Kali ini saya tukarkan kebiasaan tersebut. Saya gantikan gula melaka kepada lempok durian.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan tekak anda.

Bahan2 :-
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan wangi
1 biji kelapa parut
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara :-
  1. Daun pandan wangi dikisar dan diambil airnya
  2. Uli tepung pulut dengan air pandan yang dikisar sehingga menjadi doh
  3. Sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih
  4. Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan lempok durian sebagai inti
  5. Masukkan ke dalam air yang telah dididihkan dan tunggu sehingga  terapung di permukaan. Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak
  6. Angkat dan golek-golekkan di atas kelapa parut
Nota :
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam untuk memberi rasa yang lebih enak.

Italian Garden Salad

Thursday, December 16, 2010

Salad ni nama je bagi gempak tapi ni salad biasa je. Nama menjadi ala2 Western sbb ada taburan Italian herbs sebagai penyedap rasa. Resepi ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Apa yang ada dalam gambar hanya ilusi semata2 sebab ini salad yang tidak cukup bahannya.  :-


Untuk resepi penuh seperti di bawah :-

Bahan2 :-
1 ikat salad lettuce
sedikit kobis warna purple ] sagat halus
1/2 biji ladang banggala warna merah, hijau, kuning ] potong dadu
4 biji tomato ceri ] belah dua
1 batang timun jepun ] potong dadu
isi salmon yang telah dipanggang ] racik2 halus
2 sudu besar yougurt rendah lemak
1 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ] guna yg kasar2
sedikit jus limau nipis
sedikit garam



Cara2 :-
Gaulkan semua bahan2 di atas dalam mangkuk salad dan sedia untuk di hidang.

Nota :
untuk menghasilkan salad yang sihat, elakkan penggunaan mayonis atau pun salad dressing kerana bahan ini tinggi nilai kalorinya. Gantikan bahan tersebut yougurt rendah lemak dan sedikit minyak zaitun.

Siakap Stim Asamboi

Sunday, December 12, 2010


Bahan2 :-
1 ekor ikan siakap
1 inci halia ] racik halus
3 ulas bawang putih ] racik halus
2 biji bawang merah ] racik halus
2 batang serai ] racik halus
1 batang bunga kantan ] racik halus
1 helai daun limau purut ] racik halus
1 biji tomato ] belah 4
sedikit saleri ] potong bulat
3 biji cili api ] belah 2 (bagi yg suka pedas boleh tambah jumlah)
2 sudu besar sos tiram
5 biji asamboi
sedikit perahan limau nipis
sedikit garam / sos ikan

Cara2 :-
  1. Ikan dengan asam jawa / perahan limau untuk menghilangkan bau hanyir
  2. Perap ikan dengan sos tiram dan juga garam / sos ikan
  3. Kemudian letak dalam bekas
  4. Taburkan semua bahan yang telah diracik menutupi ikan
  5. Kemudian kukus lebih kurang 20 minit
  6. 5 minit sebelum ikan diangkat, letakkan perahan air limau nipis
  7. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas :)
Nota :
Bagi mereka yang suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.

Fettuccine Carbonara

Thursday, December 9, 2010

 


Pasta lagi, saya memang peminat pasta. Cumanya saya kurang mahir mempelbagaikan masakan pasta. Ni resepi yang sangat2 mudah... boleh siap dalam masa 10 minit :)


Bahan2 :-
Secekak fettuccine
1 biji bawang besar ] potong dadu
3 ulas bawang putih ] cincang halus
2 ekor sotong ] potong bulat **
5 ekor udang ] buang kulit **
2 keping fillet ketam ] potong bulat **
sedikit serbuk lada hitam***
sedikit oregano & rosemary ***
sekeping keju cheesdeal ***
susu segar ] agak2 ikut kepekatan kuah
garam secukup rasa ***
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 :-
  1. Rebus  fettuccine sehingga lembut dgn sedkit garam, kemudian toskan dan digaul sedikit olive oil
  2. Tumis  bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Untuk menumis saya suka guna olive oil. Selain memberi aroma dan rasa yang sedap, ia baik untuk kesihatan
  3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** dan biar masak seketika
  4. Masukkan susu segar mengikut kesesuaian dan kemudian tambah bahan bertanda ***
  5. Biarkan mendidih seketika.
Nota :
Boleh tambah sayuran seperti brocolli / carrot jika suka. :)

Spicy Fettuccine

Sunday, December 5, 2010

Bahan2 :-
sebungkus  Fettuccine
1 biji bawang besar ] potong dadu
3 biji bawang putih ] cincang halus
5- 6 biji cili api ] tumbuk / potong halus
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar tomato puri
1 bungkus daging cincang
sedikit batang saleri, cendawan butang
sedikit herba (Italian herb, oregano, rosemary)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Olive oil untuk menumis

Cara2 :
  1. Rebus fettuccine sehingga lembut (masukkan sedikit olive oil & garam)
  2. Panaskan minyak  dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili boh dan tomato puri dan kacau hingga naik minyak
  4. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga separuh masak
  5. Masukkan cili padi, cendawan butang, batang saleri dan biarkan mendidih seketika
  6. Kemudian masukkan herba* dan bahan perasa secukup rasa
  7. Biar mendidih seketika
Nota :
Untuk rasa yang lebih pedas boleh tambahkan jumlah cili pagi ikut.

Sherpherd Pie

Thursday, November 18, 2010

Bahan-Bahan :-

Bahagian A

1 paket daging cincang
1 biji bawang besar bersaiz sederhana ]potong dadu kecil
Lada putih **
Lada hitam **
Mixed herbs **
Oregano **
Italian herbs**
Parsley **
Mix Vege ] optional
Sos Cili
Perasa dan Garam secukup rasa
Minyak zaitun

Bahagian B

5-6 biji kentang bersaiz sederhana
1 sudu potong buttercup
3 sudu mayonise

Cara-cara :-

Bahagian A

  1. Gaulkan daging cincang dengan bahan2 yang bertanda **
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bawang besar hingga wangi
  4. Kemudian masukkan daging cincang
  5. Masak dengan api sederhana sehingga hampir masak
  6. Masukkan sos cili dan garam secukup rasa

Bahagian B

  1. Rebuskan kentang sehingga lembut dan lenyekkan
  2. Gaulkan kentang lenyek bersama mayonise, buttercup, sedikit lada putih, lada hitam, parsley, mixed herbs dan italian herbs sehingga sebati
  3. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
Masukkan adunan bahagian A di dalam acuan dan ratakan.
Kemudian masukkan adunan bahagian B di dalam acuan dan ratakan
Bakar dalam suhu 150 darjah celcius selama 15minit.
Kemudian bakar dalam suhu 100 darjah celcius selama 15minit lagi.

Kredit Resepi : Kak Bieyah Kamal

Kek Pisang Yummylicious

Sunday, November 7, 2010


Memandangkan ada pisang yang dah lembek kat dapur tu, dari terbuang bagus juga dijadikan sesuatu. Kek Pisang Yummylicious. Nama tak agak2 tapi cara membuatnya tersangat mudah. Tak sampai 10 minit dah boleh masuk oven.

Bahan2 :-
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor / gula perang
1/2 cawan minyak masak
3 - 4 biji pisang (saya guna pisang berangan) - dilecek sampai hancur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 biji telur
sedikit asen pisang

Cara2 :-
  1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis
  2. Masukkan gula castor & gaul sebati
  3. Masukkan minyak masak & telur, gaul lagi
  4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek
  5. Gaul semua bahan tersebut sampai betul2 sebati
  6. Masukkan dalam bekas pembakar
  7. Bakar dengan suhu 170C lebih kurang 20 - 25 minit

Apple Crumble

Sunday, October 31, 2010


Bahan-bahan:-
300g Tepung Gandum
150g Butter
3-4 biji epal hijau (dipotong dadu)
4 sudu besar gula / secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit jus limau

Cara membuat :-
  1. Gaulkan butter dengan tepung gandum sehigga menjadi seperti serbuk.
  2. Gaulkan epa, gula dan serbuk kayu manis sehingga rata
  3. Masukkan epal yang telah digaulr ke dalam bekas pembakar.
  4. Perahkan sedikit jus limau ke atas epal.
  5. Mampatkan tepung yang sudah bercampur dengan butter kat atas epal. Tutup sehingga tidak nampak epal di bawah.
  6. Bakar pada suhu 170 Celcius
Nota :
Pastikan tepung betul2 mampat untuk memastikan jus yang keluar dari epal semasa dibakar tidak terkeluar.

Kerang Bakar Bersambal

Wednesday, September 22, 2010


Bahan-bahan :
1. Minyak utk menumis
2. 1 kg kerang
3. 10 ulas bawang merah **
4. 3 ulas bawang putih **
5. 1 inci lengkuas/halia **
6. 5 biji cili merah **
7. beberapa helai daun kesom/ daun limau purut **
8. 2 batang serai **
9. 1 biji tomato **
10. Sedikit belacan **
11. Sedikit air asam
12. garam & gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Blend semua bahan yang bertanda **
2. Tumis sehingga keluar minyak
3. Masukkan air asam jawa dan biar mendidih sampai pekat
4. Masukan bahan perasa
5. Kerang yang telah dibersihkan dimasukkan dalam kertas aluminium
6. Gaulkan dengan bahan2 yang telah ditumis
7. Bakar dalam kuali / oven sehingga masak

Nota : Semasa bakar kerang, boleh juga dicampur dgn sayur kacang botol / kacang buncis yang telah dipotong2

Mixfruit Scone

Monday, August 23, 2010



Bahan-bahan
170 g tepung
2 sudu besar gula
3 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
5 sudu besar mentega sejuk, dipotong2
125 ml susu segar

Cara membuatnya
  1. Panaskan oven pada kepanasan 425F/220C.
  2. Griskan kertas lapik loyang.
  3. Ayak tepung, gula, baking powder dan garang ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan mentega ke dalam campuran tepung.
  5. Hancurkan mentega dengan garpu sehingga campuran menjadi seperti crumb.
  6. Tuang susu dan uli sehingga dapat soft doh.
  7. Gelek doh sehingga setebal 1/2 cm.
  8. Tekan acuan ke atas doh.
  9. Susun ke atas loyang pembakar dan bakar selama 12 minit atau sehingga scone bertukar warna kuning keemasan.

Prawn Sweet Sour

Friday, August 20, 2010



Bahan-Bahan:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  5. Masukkan juga cili potong dan gula.
  6. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
  7. Biarkan masak seketika
Kredit Resepi : Kak Hanieliza

Salad Buah

Thursday, January 28, 2010



Bahan2 :-
2 cawan epal dipotong dadu
1 camca teh jus lemon
1 cawan anggur hijau tanpa biji
½ cawan tembikai merah [dipotong dadu]
1 cawan tembikai susu [dipotong dadu]
1 camca teh jus oren
1 cawan krim putar
2 camca besar dadih
3 camca besar mayonis
¼ cawan gula kastor [lebihkan jika suka]
Secubit garam


Cara2 :-
1. Campurkan epal dengan jus lemon.
2. Gaul dengan semua buah-buahan lain.
3. Satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga sebati.
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.

Fried Seafood Glass Noodle

Wednesday, January 27, 2010




Bahan2 :-
100 gm cendawan campur
200 gm suhun – rendam terlebih dahulu dalam air panas selama beberapa minit & toskan
20 gm tauge
3 ulas bawang putih – dicincang halus
10 gm lobak – dihiris ikut cita rasa
20 gm sotong
20 gm kepingan ikan
20 gm udang
10 gm pucuk – direndam & ditoskan
5 gm kicap cair
5 gm sos tiram
5 gm serbuk lada hitam
Sedikit minyak

Cara2 :-
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bau harum.
  2. Masukkan kepingan ikan, udang dan juga sotong.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan, pucuk, lobak dan tauge.
  4. Seterusnya masukkan suhun, sos tiram, serbuk lada hitam, kicap cair dan serbuk perasa.
  5. Gaul sebati.
  6. Biarkan hingga masak dan sedia untuk dihidang

Kerabu Mangga

Sunday, January 17, 2010



Bahan2 :-

2 biji mangga epal/ 1 biji mempelam sala dimayang
1 camca besar udang kering
5 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai dimayang
1 kuntuk bunga kantan dimayang (optional)
5 biji cili padi ditumbuk/dihiris halus
3 sudu besar gula pasir
1/2 camca teh garam
1 sudu besar sos nampla ( sos ikan)

Cara2 :-
  1. Goreng udang kering hingga garing dan ditumbuk halus
  2. Gaul semua bahan yang dimayang, taburkan gula & garam dan gaul hingga sebati, baru taburkan kacang dan gaul semula sebelum dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino