Pancake Oat

Saturday, May 17, 2008


Bahan2 :-
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
4-5 sudu besar oatmeal
1 biji telur
sedikit baking powder
garam skit
sedikit serbuk kayu manis
Tepung gandum dlm satu cawan (jgn habiskan, depends pada kepekatan bancuhan)

Cara2 :-
  • Masukan semua bahan diatas (kecuali tepung gandum) kedalm blender. blend sampai sebati.
  • Masukan tepung gandum. agak2 jgn sampai pekat sangat.
  • Goreng atas non-stick frying pan yg di letakn dengan sedikit butter.
  • Letak dalam 2-3 sudu besar setiap kali goreng (supaya nipis) sampai habis adunan
  • Bole dimakan begitu sahaja or di sapu peanut butter/kaya/nutella n digulung or dilipat.

Cucur Udang

Thursday, May 15, 2008



Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 250 g udang kasar
  • 30 sen tauge
  • 40 sen daun kucai (dipotong)
  • 3 cawan air
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • MSG secoet jika suka
  • minyak utk menggoreng

Cara membuat:

  • Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
  • Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
  • Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
  • Panaskan minyak dlm kuali
  • Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.

Siakap 3 Rasa

Friday, May 9, 2008


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Bahan hiasan :-
Sedikit daun ketumbar atau taburan bawang goreng.

Puding Buah Sos Mangga

Monday, May 5, 2008



Bahan:-

Bahan puding:-
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.


Bahan untuk sos mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt asli
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.

Sumber Resepi & Gambar : Kak Hanieliza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino