Biskut Chocolate Oats Crips

Tuesday, August 23, 2011


Bahan :
200g mentega
120g brown sugar
130g tepung gandum **
30g tepung jagung **
20g serbuk koko **
½ sk serbuk penaik **
¼ sk serbuk kulit kayu manis **
¼ sk garam **
90g Quaker Oat Segera ***
4-5 sudu nestum ***
1/2 cawan choc chips ***
½ sk esen vanilla

Cara membuatnya :
  1. Ayak bersama bahan yang bertanda **.
  2. Pada  bekas berasingan gaulkan bahan2 bertanda ***.
  3. Pukul mentega dan  gula sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan asen vanilla
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang seli dengan bahan2 bertanda ***.
  6. Uli sehingga bahan2 sebati
  7. Kemudian canai mengikut bentuk kegemaran masing2. Disebabkan saya malas saya hanya gentel adunan kemudian tekan dengan garpu :)
  8. Bakar dengan suhu 170°C lebih kurang selama 12-15 minit .

Biskut Semprit Badam

Sunday, August 21, 2011

Resepi semprit ni memang lain dari kebiasaan. hehehe tengkiu Zai bagi resepi.. sbb ada badam jadi saya bagi le nama dia biskut semprit badam... Abaikan size semprit saya yang kurang sempurna itu.. ada panjang ada pendek :)


Bahan2 :-
120 gram mentega
50 ram gula aising
1 Sudu kecil vanilla
1 sudu besar susu tepung
50 gram serbuk badam
80 gram tepung superfine
60 gram tepung jagung

Hiasan :
manik urai yg kalerful :)

Cara2:-
  1. pukul mentega & gula aising sampai kembang
  2. kemudia masukkan asen vanilla serbuk badam, tepung jagung dan tepung superfine sikit demi sedikit
  3. kemudian tekan adunan menggunakan acuan semprit
  4. Hiaskan dengan manik urai yang kalerful bagi semprit anda naik serinya
  5. bakar pada suhu 170°C selama 10 minit

Biskut Suji Suci Dalam Debu

Sebab puasa tekak rasa kering masa  buat biskut ni, jadi saja bagi nama timangan panjang2.... Nama asal biskut ni biskut suji Brunei... agak2nya asal resepi ni orang Brunei kot yg cipta  heeee

Resepi ni saya cedok dari blog En. Mat yang gebu :) terima kasih daun keladi


Bahan2 :-
200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula halus / castor (saya kurangkan jadi 150 gm je)
80 gm tepung jagung
80 gm tepung suji
370 gm tepung gandum** (agak2 sampai doh jadi lembut)
100 gm cornflake ] kisar halus
1 biji kuning telur

Bahan2  A - untuk golekan :)
susu tepung secukupnya
cornflake yg dikisar halus secukupnya
sedikit gula aising

Cara2 :_
  1. Pukul minyak sapi, shortening dan gula halus hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi
  3. masukkan tepung jagung, cornflake, tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Putar sehingga adunan sebati
  5. Kemudian gentel adunan menjadi sebesar ibu jari
  6. Bakar pada suhu 175C lebih kurang 20 minit atau sehingga masak kekuningan
  7. Akhir sekali biarkan sejuk dan golekkan pada bahan A
  8. Susun dalam paper cup kecil
Nota kakiku :
semasa menggentel adunan pastikan emosi anda stabil. Kalau tidak biskut anda akan mempunyai pelbagai size seperti gambar di atas heheheh

Biskut Nestum Kismis

Sunday, August 14, 2011


Bahan-bahan :-
250 gm butter
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1/2 gula castor
1 cwm kismis ] cincang halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang
  3. Kemudian masukkan tepung dan nestum berselang seli sehingga habis
  4. Kaub bagi rata dan kemudian masukkan kismis
  5. Gaul lagi sehingga rata
  6. Bentuk biskut mengikut corak kegemaran masing-masing
  7. Kemudian bakar pada suhu 175C selama 15-20  minit

Monday, August 8, 2011



Bahan-bahan :
1 bungkus kecil suhun-rendam hingga lembut/celur sekejap
*2 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
*100 gm udang-buang kepala 
* 2 batang crab stick
1 biji tomato-potong kecil
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi dihiris ] kalau suka pedas tambah sukatan
1 biji bawang besar-potong tipis
1 biji bawang merah-potong tipis
1 sudu kicap masin / fish sos
2 sudu air asam limau ] tambah kalau nak masam lagi
garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Rendam atau celur suhun sehingga lembut
  2. Celur bahan2 yang bertandan *
  3. Gaulkan bahan-bahan yang telah dihiris dengan bahan yang telah dicelur
  4. Tambah kicap masin / sos ikan, garam, gula dan air perahan limau
  5. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Nota :

Kalau suka boleh tambah kacang panjang / karot. Potong dadu dan gaul sekali.

Sotong Goreng Berempah

Thursday, August 4, 2011


Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino