Apam Eno

Sunday, March 22, 2009


Bahan2 :-
300g tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yeast
300ml air
3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
pewarna merah, hijau(yg nih zira guna 2 paket eno kaler biru tu..tak guna pewarna pun.buat satu kaler ja)

Cara2 :-
  1. Tepung dibancuh dgn air sdikit².
  2. Kemudian dimasukkan yeast dan gula dan kacau hingga sebati.
  3. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. ( Seeloknyabancuh malam, kukus keesokan pagi)
  4. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal. ( Ni ikut suka, nak satu warna sahaja pun OK)
  5. Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  6. Sementera itu panaskan periuk kukus.
  7. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukusdan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
  8. Kukus hingga masak.
  9. Hidang bersama kelapa parut

Kek Lapis Sisik Ikan

Saturday, March 21, 2009



Bahan A
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250 g gula halus
1 sudu makan ovalette
75 ml air sejuk
1 tin seri kaya (300 gm)
1/2 botol kecil Horlicks (100 gm)

250 gm tepung hong kong
300 gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manis
Kepingan Haw Flakes

Cara2 :-
  1. Pukul bahan A hingga kembang kemudian kaup balikkan tepung dan gaul sebati.
  2. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi dan gaul rata dan sebati dengan adunan di atas.
  3. Bakar 4 sudu makan setiap lapis hingga masak secara grill.
  4. Bagi setiap 2 lapis, letakkan haw flakes secara menyerong.
  5. Ulangi proses sehingga habis.

Nota :
1. Sesuai gunakan acuan 7" x 7" x 4"

Sumber : Buku Resepi Rabiah Amit

Carrot Orange Cake

Thursday, March 19, 2009


Bahan2 : -

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan di ayak : -

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara2 : -

  1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
  2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang diparut tadi.
  3. Masukkan walnut, kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
  5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
  6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
  7. sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
  8. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Cara2 : -

  1. Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan.
  2. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Lempeng Kelapa Muda

Monday, March 16, 2009

Bahan2 :-
250 gram tepung gandum
150 gram kelapa muda parut
1 biji air kelapa
125 ml susu cair
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit minyak masak

Cara2 :-
  1. Bancuh tepung dengan air kelapa dan air sehingga sebati.
  2. Masukkan telur, kelapa, susu dan garam.
  3. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika.
  4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  5. Masukkan sesenduk adunan tepung dan leperkan menjadi bulat.
  6. Masak dan balik-balikkan hingga garing.
  7. Enak dimakan bersama air gula melaka.

Nasi Impit Goreng

Sunday, March 15, 2009


Bahan2 :
1 bungkus nasi impit, dipotong kiub
1/2 cawan ikan bilis digoreng
2 biji telur, pukul sedikit
Daun bawang dan daun sup, dihiris halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji cili merah, 3 biji cili padi
1 kiub perisa ikan bilis, hancurkan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara2 :-
  1. Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan kiub.
  3. Masukkan telur dan biarkan sebentar
  4. Akhir sekali masukkan nasi impit dan ikan bilis
  5. Tambahkan garam dan gula secukupnya
  6. Hias dengan daun bawang dan nawang goreng
  7. Hidang panas.

Tempoyak Pucuk Labu dan Ubi

Saturday, March 14, 2009


Bahan2 :-
10 ekor udang segar
1 ikat daun pucuk labu, dihiris halus
3 helai daun kunyit, dihiris halus
2 batang serai, dihiris halus
1 ikat daun pucuk ubi, dihiris halus
½ inci kunyit hidup
1 labu bawang besar, dimayang nipis
1 genggam cili. Ditumbuk halus
2 sdb tempoyak
¼ inci halia
1 asam keping
½ cawan santan pekat dicampur ½ cawan air

Cara2:-

  1. Cili padi, halia, kunyit hidup ditumbuk halus.
  2. Masukkan kedalam periuk dengan santan, udang, asam keeping.
  3. Masukkan pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, tempoyak, bawang dan serai.
  4. Masukkan setengah cawan air dan dimasak atas api sederhana dan dikacau hingga pekat.
  5. Tambah garam secukup rasa.
  6. Kalau tempoyak masam (lama) tambah gula 1 sudu kecil.
  7. Apabila sebati dan pekat angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Sumber : http://1001resepi.com

Sup Ketam Asparagus

Friday, March 13, 2009


Bahan2 :-
½ kg ketam-belah dua dan bersihkan
1.5 liter air
1 ulas bawnag besar
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
40 gram suhun
Sedikit asparagus ( potong 1 inci)
daun bawang untuk menghidang
Cara2 :-
  1. Bersihkan ketam dan rebus dengan air sehingga masak.
  2. Keluarkan isi ketam dan simpan air rebusan tadi untuk sup.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning.
  4. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi.
  5. Bila menggelegak, masukkan isi ketam dan biarkan mesra seketika.
  6. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan asparagus dan biarkan seketika dan masukkan suhun.
  8. Kemudian diikuti dengan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  9. Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang.

Parmesan Cheese Scone

Tuesday, March 10, 2009

Bahan2 :-
250g tepung gandum
1 sudu besar baking powder
35g gula
1/4 sudu kecil garam
55g-60g parmesan cheese
90g mentega
120ml (susu segar + 1 biji telur)

Cara2 :-
  1. Gaulkan tepung, baking powder, gula,garam dan parmesan cheese sehingga sekata.
  2. Masukkan pula mentega. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula susu dan telur. Kemudian uli.
  4. Canaikan doh setebal 2cm.
  5. Terapkan dengan scones cutter atau boleh potong ikut suka hati.
  6. Sapukan permukaan scones dengan susu segar.
  7. Kemudian taburkan parmesan cheese ke atasnya.
  8. Bakar scones dengan suhu 180 degree selama 18 minit.
  9. Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama jem kegemaran anda.
Source : Yani MyResipi

Thai Green Curry


Bahan2 :-
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar pes kari hijau -pakai 1 pek pes kari hijau
400 ml santan pekat
600 gram ayam-potong kecil
230 gram rebung -letak 100 gram shj
1 sudu besar sos ikan - tak letak
6 helai daun limau purut
2 sudu teh gula melaka
1 batang serai, diketuk
2 sudu teh lada hitam yang segar - tak letak
200 gram kacang panjang
1/2 cawan daun selasih -tukar dengan sedikit daun kesum
1 1/4 cawan air

Cara2 :-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga berbau wangi.
  2. Masukkan ayam dan serai, biarkan sehingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan air dan sebahagian dari santan.
  4. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan gula melaka, sos ikan, daun limau purut, rebung.
  6. Kemudian tambahkan lada hitam yang masih segar dan kacang panjang serta baki santan tadi.
  7. Kacau sekali sekala.
  8. Bila sudah mendidih,keluarkan daun limau purutdan serai lalu masukkan daun selasih.
  9. Sedia dihidang.

Cream Puff

Sunday, March 8, 2009

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara2:-
  1. Didihkan air dan butter hingga cair.
  2. Kemudian masukkan tepung yang diayak.
  3. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
  6. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara2 :-
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.
  2. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
Nota :-
  1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
  2. Boleh juga masukkan cream nya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit cream ke dalam lubang tu.
  3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff
  4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu.

Daging Dendeng

Saturday, March 7, 2009


Bahan2:-
1 kilo daging batang pinang
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara2 :-
  1. Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
  3. Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali
  5. Bila bahan tadi sudah mesra, masukkan air, didihkan dan kemudian kecilkan api, tutup kuali/periuk.
  6. Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
  7. Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
  8. Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar).
  9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Lemon Yoghurt Muffin

Friday, March 6, 2009


Bahan-bahan :
200 gm self raising flour
1 tsp baking powder
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 cup (140ml) plain yoghurt
100 gm castor sugar
100 gm butter
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit parutan kulit leon utk hiasan

Cara-cara:
  1. Cairkan gula castor dan butter secara double-boiler.
  2. Kacau menggunakan hand whisker sahaja.
  3. Sejukkan seketika.
  4. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter & gula tadi.
  5. Ayak tepung bersama baking powder dan secubit garam.
  6. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau sekadar rata sahaja.
  7. Sudukan adunan ke dalam papercups dan bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min -25min.

Sweet Sour Siakap

Thursday, March 5, 2009


Bahan-bahan:
Ikan Siakap, dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 suu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Garam Gula secukup rasa

Bahan2 potong:
Carrot
Timun
Nenas
Tomato
Capsicum

Daun bawang & daun sup

Cara-cara:-

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit
  2. Goreng secara deep fry sehingga garing dan ketepikan.
  3. Tumis bawang2 dan halia.
  4. Masukkan cili kisar.
  5. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan semua sos
  7. dan garam gula. Kacau rata.
  8. Tambah sedikit air agar tidak terlalu pekat.
  9. Masukkan semua bahan2 potong.
  10. Kacau seketika, tuang ke atas ikan.
  11. Tabur dengan daun bawang dan daun sup.

Nasi Beriani Udang

Tuesday, March 3, 2009


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah ] dihiris
1 biji bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihirs
2 cm halia ] dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani

BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
  3. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap.
  4. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng.
  8. Biar nasi tanak betul2.
  9. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar.
Sumber resepi & gambar : Incik Mat Gebu

Daging Goreng Selasih

Monday, March 2, 2009

Bahan2 :-
500 g daging lembu batang pinang atau ayam
2 camca besar cili kisar
5 biji bawang putih, dicincang
1 cawan daun selasih (basil)
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh belacan
Sedikit gula (kalau suka)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2 :-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan gaul dgn sedikit lada sulah dan garam.
  2. Goreng hingga empuk dan sedikit garing.
  3. Daging batang pinang mudah empuk, jika guna bahagian lain, rebus hingga lembut dulu baru digoreng
  4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 camca besar.
  5. Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi.
  6. Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan.
  7. Gaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih, kalau hingga semuanya bergaul mesra.
  9. Angkat dan hidangkan

Sumber : Puan Eryn Comel


Sumber

Ikan Bakar Bersambal

Sunday, March 1, 2009


Bahan2:
1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
  2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa.
  3. Masak sehingga likat dan maik minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  5. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
  6. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
  8. Sesekali lumurkan lagi sambal.

Pasta with Tuna and Tomato

Ingredients :-
1 onion, chopped
2 tbs olive oil
2 cloves of garlic, finely chopped
400g can chopped tomatoes with herbs
1 tsp sugar
500g packet pasta bows
100g tuna, drained
handful basil leaves, optional


Methods :-
  1. Fry the onion in the oil for 2 minutes. Stir in the garlic, tomatoes and sugar.
  2. Season, bring to the boil, then simmer for 5 minutes.
  3. Meanwhile, cook the pasta according to pack instructions.
  4. Flake the tuna into the sauce and heat through.
  5. Drain the pasta, return to the pan and stir in the sauce and basil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino