Brownies Kacang

Monday, June 30, 2008



Bahan A

2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]
50 gram cooking coklat


Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
3 s/b roasted badam cincang

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Cairkan cooking coklat dalam susu suam dan masukkan mentega cair.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
7. Bakar selama 50 minit.

KERIM COKLAT

Bahan

250 gm cooking coklat
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

Sumber : Resepi & Gambar ( Kak Hanieliza)

Kerabu Ikan Kembung

Sunday, June 22, 2008


Bahan-bahan :
6 ekor ikan kembung digoreng sampai garing
6 ulas Bawang merah dihiris nipis
2 biji cili merah dicincang halus
4 biji cili padi dihiris
1/2 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk
2 biji mangga muda (masam) dan dihiris nipis-nipis
Jus dari 2 -3 biji limau nipis
1 kuntum bunga kantan dihiris
Segenggam daun pudina di cincang halus
3 camca besar sos ikan
1 camca kecil gula
1 batang serai dihiris nipis

Cara-cara membuatnya :
Ikan diasingkan tulang dan di kopek-kopek isinya lalu digaulkan semua bahan-bahan di atas.

Kerabu Sotong Ala Penang

Wednesday, June 18, 2008


Bahan2 :-
satu mangkok Sotong
Segengam udang kering (ditumbuk sedikit)
2 biji limau nipis
Sedikit Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
2 biji tomato
3 batang serai di hiris halus-halus

Cara-cara;
  1. Bersihkan sotong.
  2. Didihkan air dan celurkan sotong kedalam air didih tu , cuma sebentar sahaja.
  3. Ala-ala separuh masak.
  4. Sejatkan sotong dan potong secara bulat2.
  5. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar, tomato dan serai.
  6. Campurkan semua bahan bahan di atas dan rasa.

Baked Spinach

Friday, June 13, 2008



Ingredients

1 lb. fresh leaf spinach or Swiss chard
1/2 tsp. salt
1 lb. mushrooms, quartered
4 medium tomatoes, peeled, seeded and diced
2 cloves garlic, minced
2 green onions, minced
1/2 cup chopped fresh parsley
1 tsp. dried thyme leaves
2 Tbs. butter or margarine

Directions

Spread spinach over bottom of lightly buttered, shallow 8- or 9-inch tart pan or square oven-to-table pan. Spread tomato mixture over center, allowing some of the green to show around edges. Dot with butter. (This much can be done ahead, covered and refrigerated for later heating and serving.)

Bake at 180 degrees for 15 to 20 minutes or until hot and bubbly. Serve hot.

Ikan Bawal Masak Taucu

Thursday, June 12, 2008


Bahan 2 ekor ikan bawal yg.sedang besar-digaul garam dgn kunyit
5 ulas bawang bawang merah-blender
4 ulas bawang putih-diblender
1 inci halia- diblender
2 biji lada merah besar(hiris buang biji)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
4 sudu makan taucu
2 sudu kicap cair
Sedikit minyak makan utk menumis
Sedikit tepung jagung- dicampur dgn sedikit air
1/2 cawan air
garam,gula ,serbuk lada hitam

Cara
  1. Ikan digoreng sehingga masak kekuningan.
  2. Tumis bahan yg ditumbuk sehingga wangi
  3. Masukkan taucu,kicap cair,garam,gula,serbuk lada hitam dan air.
  4. Kacau dan masukkan lada besar dan bawang besar.
  5. Kemudian masukkan tpg jagung.
  6. Biarkan mendidih masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat dan angkat .

Pajeri Nenas

Wednesday, June 11, 2008


Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
  2. Masukkan kerisik dan nenas.
  3. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  4. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
  5. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota :-
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino