Kuih Keledek Bakar

Sunday, January 27, 2008


Bahan-bahan :
250 gm keledek ]direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka)
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
Cara2:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi.
  3. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  4. Ambil satu loyang dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino