Bubur Oat Pedas

Wednesday, April 9, 2008

Pengambilan bijirin dalam diet harian membantu melancarkan penghadaman. Oat merupakan bijirin yang tidak kurang enaknya. Banyak kajian menunjukkan oat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk kesihatan jantung dan membantu menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah. Selain enak dijadikan sarapan, oat juga boleh dijadikan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

****************************************************************************

Bubur Oat Pedas

Bahan-bahan :-
  1. 90 gram oats
  2. 300 - 400 ml air mendidih
  3. 3 sudu besar ikan bilis
  4. 1 keping kek ikan dihiris nipis
  5. Serbuk lada sulah dan kicaap masin
  6. 1 tangkai daun sup dan sebiji cili merah dihiris halus
  7. sedikit bawang goreng
Cara-cara membuatnya :-
  1. Campurkan oats, ikan bilis, kek ikan, garam, serbuk lada sulah dan kicap masin
  2. Didihkan oats bersama bahan tadi sehingga mengembang
  3. Apabila menghidang, taburkan daun bawah, hirisan cili dan bawang goreng

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino