Sarapan Pagi Pisang Bersama Oats

Saturday, January 25, 2014

Pisang Bersama Oats

Oat adalah baik untuk jantung kerana ia boleh menurunkan kadar kalestrol dalam darah.  Buah pisang adalah pemberi tenaga segera untuk badan dan membantu dalam pengeluaran hormon serotonin, hormon yang membuat kita rasa gembira.
 
Bahan-bahan :-

40 gram oat
20 ml susu
25 gram pisang masak (potong dadu)
10 gram koko krunch
10 gram cornflakes
Gula secukup rasa

Cara-cara :-

  1. Rebus susu perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga mendidih.
     
  2. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula.
     
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang.
     
  4. Kacau masakan hingga ianya sebati.
     
  5. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.
Jom kita enjoy ...



 Asal : 16 Mac 2007 2:41PM

Contoh produk dari Oat

Baked Macaroni

Sunday, January 5, 2014


main agak2 je ni resepinya.... harap betullahkan.

Bahan2 :-
sepeket makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar ( guna yg frozen pun boleh)
6 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
2 sudu besar serbuk kari daging
4 biji cendawan butang (guna yang segar / pun tin... kalau yg tin pastikan halal tau)
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang merah, putih  hingga wangi. Kemudian asukkan daging dan kacau sehingga separuh masak. hehehe yang ni pandai2 ler agak ye.. lepas tu masukkan lada benggala... cendawan dan daun sup. Masukkan juga serbuk lada hitam, garam dan bahan perisa secukupnya... masukkan air dan biar mendidih sekejap. Jangan lama sangat tau. Lepas tu biarkan sejuk sekejap.

Kemudian masukkan bahan2 tadi ke dalam makaroni yang telah ditos tadi. Gaul rata. Masukkan susu cair dan gaul lagi. Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul rata2 lagi. Dah rasa sebati tu, masukkan ke dalam bekas pembakar... taburkan mozarella yang telah diparut tadi. Haaa apa lagi bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.

Blueberry Muffin

Hari ni tiba mode nak mem'baking' datang. Kebetulan ada tepung muffin instant beli hari tu yg tak buat lagi.

Memandangkan ni instant punya jadi resepi takdelah yer... hihihi saya cuma tambah 5 biji telur dgn 220ml minyak jagung jer...masuk dlm mixer lepas tu masuk dlm muffin cup. Bakar dlm suhu 180c lebih kurang 15 minit.

Untuk 1 paket tepung muffin tu saya dapat lebih kurang 18 biji muffin...hihihi byk pulak jadinye:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino