Puding Triffle

Sunday, January 8, 2012

Puding ni mak masak Jumaat lepas. Kebetulan ada makan2 dekat opis. Sebab tekak mak teringin nak makan puding triffle ni, kalau masak saja2  untuk memenuhi tekak mak ni malas pulak kan. Takkan nak masak ciput jer... buat perabis gas je! Alang2 ada jamuan dekat opis tuh yang mak buat tu. Resepi ni mak guna resepi Kak Hanieliza. Yang ni memang mak ikut sebijik2 macam resepi tu. Terima kasih Kak Liza


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll ] pilih perisa strawberry
1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
1 tin fruit cocktail -
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula perang ( nak kurang manis kurangkan gula)
3 cawan susu rendah lemak

Cara-cara :-

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga pekat dan nampak berkilat, ketepikan dan biarkan sejuk
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas. Kalau nak nampak lapisan tu letakkan dalam bekas yang transparent.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi sehingga lembab.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Kemudian taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk2.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino