Bahan-bahan :
250 gm keledek ]direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka)
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
Cara2:
- Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
- Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi.
- Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
- Ambil satu loyang dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.