Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts
Daging Dengdeng
Sunday, January 26, 2014
saya adalah penggemar daging tapi tak boleh selalu sangat makan, nanti tak pasal2 darah naik yer....
Baru2 ni teringin nak makan daging dendeng. Kudrat nak bersilat kat dapur tak berapa nak mampu, jadinya masak kat kedailah. Tapi biasalah kalau beli takdelah boleh mkn sampai betul2 puas. Beli rm5 dapat sesenduk kecik jer
kalau buat sendiri, mkn sampai muntahlah yer.... slurp! syukur alhamdulillah....
Daging Masak Halia
Sunday, October 28, 2012

Bahan2 :-
1/4 kilo daging
1 labu bawang besar (dihiris)
6 inci halia (dihiris nipis)
2 batang lada masak (dipotong menyerong)
10 helai daun bawang (dipotong 5 inci panjang)
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1/2 cawan air
garam secukup rasa
Cara2 -:
1) panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.
2) masukkan daging dan biar separuh masak.
3) masukkan daun bawang, lada, sos tiram dan air.
4) tunggu sehingga masak dan masukkan garam
5) perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
Asal : 280307
![]() |
| Kunyit, lengkuas dan halia. Bahan-bahan masakan perlu untuk anda yang rajin memasak. |
Daging Goreng Kunyit.
Sunday, January 8, 2012
Assalammualaikum...
Hari ni tak tahu nak masak apa. Dalam peti sejuk ada daging tapi kalau dah makan sorang2 kalau daging masak kari bagai mcm terlebih2 ler pulak. Dan yang paling simple nak masak yang ada dalam kepada mak ni haa daging goreng kunyit je. Rasa semua orang tahu resepi ni. Nak masak main campak2 dalam kuali je. Tapi apa pun mak nak jugak tayang resepi yang mak masak tadi ni haa....
Bahan2 :-
500 gm daging ] hiris nipis1 biji bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris nipis
1 inci lengkuas ] hiris nipis
5 biji cili padi ] dihiris menyerong (nak lagi pedas tambah kuantiti)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional )
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½ cawan minyak atau secukupnya
Cara2 :-
- Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali yang berisi air. Masak hingga daging kecut dan daging lembut
- Kemudian masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing.
- Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan dan cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
- Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan capsicum dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar
Petua :-
Untuk mendapatkan daging yang cepat lembut apabila dimasak, pastikan daging dihiris nipis melintang urat.
Daging Dendeng
Saturday, March 7, 2009

Bahan2:-
1 kilo daging batang pinang
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak
Cara2 :-
- Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
- Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
- Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali
- Bila bahan tadi sudah mesra, masukkan air, didihkan dan kemudian kecilkan api, tutup kuali/periuk.
- Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
- Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
- Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar).
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Daging Goreng Selasih
Monday, March 2, 2009
Bahan2 :-500 g daging lembu batang pinang atau ayam
2 camca besar cili kisar
5 biji bawang putih, dicincang
1 cawan daun selasih (basil)
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh belacan
Sedikit gula (kalau suka)
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara2 :-
- Hiris daging nipis, cuci dan gaul dgn sedikit lada sulah dan garam.
- Goreng hingga empuk dan sedikit garing.
- Daging batang pinang mudah empuk, jika guna bahagian lain, rebus hingga lembut dulu baru digoreng
- Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 camca besar.
- Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi.
- Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan.
- Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih, kalau hingga semuanya bergaul mesra.
- Angkat dan hidangkan
Sumber : Puan Eryn Comel
Sumber
Daging Goreng Masam Manis
Tuesday, February 17, 2009

Bahan2 :-
1 kilo daging lembu (dipotong nipis)
10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
kicap pekat
minyak masak
1 biji limau nipis
Sos tiram
garam
kunyit
Cara2 :-
# sehingga garing. Angkat daging tersebut.
# Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.
# Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
# Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa.
# Kacau sehingga sebati
# Setelah itu bolehlah dihidangkan.
Rendang Tok
Monday, January 19, 2009

Bahan-bahan
600g daging
3 sdb makan ketumbar
3 sdb jintan manis
3 sdb jintan putih
2 sdb lada hitam
3 kuntum bunga lawang
11 kuntum bunga cengkih
10 buji cili kering, dikisar
10 buji bawang merah, dikisar
3 cm halia
2 batang serai, diketuk
3 cm lengkuas
250g gula
1 biji kelapa, diambil santan
250g kerisik
1/2 biji isi kelapa, dipotong nipis dan digoreng
Daun kunyit
Minyak
Cara2 :-
- Daging dibasuh dan dipotong kiub.
- Ketumbar, jintan, lada hitam, bunga cengkih, bunga lawang, halia dan lengkuas dikisar dan digoreng tidak terlalu garing.
- Campurkan bahan kisar, santan, daging dan serai kedalam kuali dan jerang diatas api sederhana.
- Masak sehingga daging empuk, masukkan kelap potong, kerisik, daun kunyit dan rasa gram dan gula.
- Masak sebentar angkat dan dihidang dengan dengan ketupat dan lemang.
Singgang Daging Ala Kelantan
Monday, January 12, 2009

Bahan2 :-
200 gm Daging }di hiris kasar
½ liter Air
2 ulas Bawang putih }dihiris halus
1 biji Bawang besar } dihiris bulat
1 inci Halia } dihiris kasar
1 inci Lengkuas }dihiris kasar
1 sudu Ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu besar sos ikan bilis/budu
1 keping Asam keping
Garam dan gula } secukup rasa
Cara Memasak :-
- Rebus daging bersama bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar dan asam keping hingga empuk.
- Setelah daging empuk, masukkan pula budu, bawang besar, garam dan gula.
- Masak sehingga mendidih.
- Tabur daun bawang dan siap untuk dihidangkan.
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Monday, November 3, 2008

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai
2 biji kelapa | ambil santannya
10 biji terung telunjuk
15 biji asam belimbing buluh
15 ulas cili padi | ditumbuk
4 cm kunyit hidup | ditumbuk
Garam secukup rasa
Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging.
4. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.
Daging Masak Hitam
Thursday, February 22, 2007
Bahan2 :-
Daging 1 kilo
Bawang Besar 1 kilo
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis 2cm
Bunga Lawang 1 kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu besar
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10 biji
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih
Cara-cara memasak :-
1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan .
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis
3.Kisar semua bahan B hingga halus.
4.Masukan daging kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan B yang dikisar .
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati.
6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.
Kurma Daging
Wednesday, January 24, 2007

Bahan Utama :- 600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm) 3 camb minyak 3camb rempah kurma 1 l santan (2 biji kelapa) 1 keping asam gelugur 400 g ubi kentang } 3 biji tomato } dibelah 4 2 labu bawang besar } 2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus 2 biji cili hijau } Bahan Penumis: 5 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bahan Kisar: 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 4 biji buah keras Cara-cara memasak :- 1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit. 2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi. 3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. 4. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya. 5. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk. 6. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut. 7. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.
Daging Salai Rebung Lemak Cili Api
Tuesday, January 16, 2007

Bahan tumbuk/kisar halus :
Cili padi
bwg merah
bwg putih
kunyit hidup
Serai ] titik
Cili hijau ] belah 2
Santan
Pati santan
Rebung ] rebus dan hiris
Cara2 memasak :-
1. Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan campakkan cili hijau dan biarkan seketika
3. Pastikan sentiasa mengacau santan tersebut supaya tak pecah minyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino


