Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Biskut Chocolate Oats Crips

Tuesday, August 23, 2011


Bahan :
200g mentega
120g brown sugar
130g tepung gandum **
30g tepung jagung **
20g serbuk koko **
½ sk serbuk penaik **
¼ sk serbuk kulit kayu manis **
¼ sk garam **
90g Quaker Oat Segera ***
4-5 sudu nestum ***
1/2 cawan choc chips ***
½ sk esen vanilla

Cara membuatnya :
  1. Ayak bersama bahan yang bertanda **.
  2. Pada  bekas berasingan gaulkan bahan2 bertanda ***.
  3. Pukul mentega dan  gula sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan asen vanilla
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang seli dengan bahan2 bertanda ***.
  6. Uli sehingga bahan2 sebati
  7. Kemudian canai mengikut bentuk kegemaran masing2. Disebabkan saya malas saya hanya gentel adunan kemudian tekan dengan garpu :)
  8. Bakar dengan suhu 170°C lebih kurang selama 12-15 minit .

Biskut Semprit Badam

Sunday, August 21, 2011

Resepi semprit ni memang lain dari kebiasaan. hehehe tengkiu Zai bagi resepi.. sbb ada badam jadi saya bagi le nama dia biskut semprit badam... Abaikan size semprit saya yang kurang sempurna itu.. ada panjang ada pendek :)


Bahan2 :-
120 gram mentega
50 ram gula aising
1 Sudu kecil vanilla
1 sudu besar susu tepung
50 gram serbuk badam
80 gram tepung superfine
60 gram tepung jagung

Hiasan :
manik urai yg kalerful :)

Cara2:-
  1. pukul mentega & gula aising sampai kembang
  2. kemudia masukkan asen vanilla serbuk badam, tepung jagung dan tepung superfine sikit demi sedikit
  3. kemudian tekan adunan menggunakan acuan semprit
  4. Hiaskan dengan manik urai yang kalerful bagi semprit anda naik serinya
  5. bakar pada suhu 170°C selama 10 minit

Biskut Suji Suci Dalam Debu

Sebab puasa tekak rasa kering masa  buat biskut ni, jadi saja bagi nama timangan panjang2.... Nama asal biskut ni biskut suji Brunei... agak2nya asal resepi ni orang Brunei kot yg cipta  heeee

Resepi ni saya cedok dari blog En. Mat yang gebu :) terima kasih daun keladi


Bahan2 :-
200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula halus / castor (saya kurangkan jadi 150 gm je)
80 gm tepung jagung
80 gm tepung suji
370 gm tepung gandum** (agak2 sampai doh jadi lembut)
100 gm cornflake ] kisar halus
1 biji kuning telur

Bahan2  A - untuk golekan :)
susu tepung secukupnya
cornflake yg dikisar halus secukupnya
sedikit gula aising

Cara2 :_
  1. Pukul minyak sapi, shortening dan gula halus hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi
  3. masukkan tepung jagung, cornflake, tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Putar sehingga adunan sebati
  5. Kemudian gentel adunan menjadi sebesar ibu jari
  6. Bakar pada suhu 175C lebih kurang 20 minit atau sehingga masak kekuningan
  7. Akhir sekali biarkan sejuk dan golekkan pada bahan A
  8. Susun dalam paper cup kecil
Nota kakiku :
semasa menggentel adunan pastikan emosi anda stabil. Kalau tidak biskut anda akan mempunyai pelbagai size seperti gambar di atas heheheh

Biskut Nestum Kismis

Sunday, August 14, 2011


Bahan-bahan :-
250 gm butter
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1/2 gula castor
1 cwm kismis ] cincang halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang
  3. Kemudian masukkan tepung dan nestum berselang seli sehingga habis
  4. Kaub bagi rata dan kemudian masukkan kismis
  5. Gaul lagi sehingga rata
  6. Bentuk biskut mengikut corak kegemaran masing-masing
  7. Kemudian bakar pada suhu 175C selama 15-20  minit

Biskut Hazelnut Ball

Saturday, September 20, 2008


Bahan2 :-
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]-ganti dengan almond kisar
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata-tambah sikit tepung
100 gm tepung jagung ]

Hiasan :-
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara2 :-
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara2 :-
1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.

Kredit :Diana

Chocolate Chips Ala Famous Amous

Wednesday, September 17, 2008


Resepi ni dapat dari email tahun lepas, ada orang bagi. Dia kata untuk dapatkan resepi ni dia kena bayar beratus ringgit. Hehehe geram punya pasal, dia sebarkan resepi ni kat Internet. Ni betul2 resepi Famous Amous yang giler mahal tu. Kalu ikut betul2 mmg rase same cam beli kat famous amos tu...


Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (biasa guna brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Biskut Suji

Tuesday, September 16, 2008



Dekat2 nak raya ni, aktiviti utama membuat biskut raya. Ni pun salah satu biskut kegemaran ni. Wajib ada!

Bahan-bahan:
5 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 cawan tepung suji / semolina s
1/2 cawan tepung kastad

3 cawan gula halus
Ghee secukupnya

Cara membuat:
1. Gula dan semua tepung dicampur sekali ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan ghee sikit-sikit sampai adunan boleh dibentuk bulat2.
3. Susun atas loyang bakar and bakar pd suhu 160 deg. celcius selama 20 min (bergantung pd oven).

Nota:
Adunan nie boleh dapat byk biskut tau, so kalu nak sikit je buat separuh adunan dah cukup.

Kredit : Kak Hanieliza

Tart Nenas Gulung

Monday, September 15, 2008



Ni salah satu biskut yang wajib ada setiap kali raya. Lagi banyak inti dia lagi sedap. Biasa buat guna resepi dari Kak Hanieliza. Dijamin sodappp!!!


Bahan-bahannya
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit : Kak Hanieliza

Biskut Makmur


Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Kredit : Kak Hanieliza

Biskut Sarang Semut

Sunday, September 14, 2008

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla


Hiasan:
Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil

Cara membuat:
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips:-
Untuk dapat biskut sarang semut yang sedap, boleh ikut tips di bawah :-
1. kurangkan tepung gandum kpd 300gm.
2. tambah 50gm susu tepung.

Crunchy Chocolate Chips Cookies

A Ingredients:
250g butter
160g castor sugar ( i used brown sugar )
1 egg yolk
1 teaspoon of vanilla essence

B Ingredients:
230g all purpose flour
20g cocoa powder
1 table spoon corn flour (optional)
(sift all ingredients together)
100g chocolate chips
50g roasted chopped almonds/walnut(I didn't put this, because I didn't have any)
50g nestum
(mix all ingredients together)



Method:
  • in a bowl, start by creaming the butter and the sugar until fluffy then add in the egg yolk and the vanilla essence.
  • by using a spatula introduce the B ingredients to the A ingredients by adding bit by bit. Mix everything together. Meanwhile you can preheat the oven at 180'C .
  • grease a baking tray and spoon the mixture onto the tray.
  • bake the cookies for 20 minutes or until cooked.
  • once the cookies are ready, transfer onto a wire rack and let it cool before storing it in an airtight container.

Samperit Marble

Friday, September 12, 2008



Bahan-Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut (guna tepung gandum pun boleh)
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.

Tips
:
Untuk dapatkan bentuk seperti dalam gambar, cantumkan doh coklat & putih tu pastu masukkan dlm pam biskut, pastu pamkan biskut tu atas loyang dlm 2".

Kredit : Eryn

Cornflakes Crunchies

Thursday, September 11, 2008



Bahan-bahan:
105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya


Cara membuat:
1. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2.
3. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur.
4. Kemudian baru masukkan choc. chips, kacang tanah dan cornflakes.
5. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri.
6. Bakar selama 15-20 minit (bergantung pd jenis oven) dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.

Tips:-
Untuk dapatkan biskut yg sedap

1. Gantikan kismis dgn 1/2 cwn choclate chips.
2. Tambahkan 3/4 cawan kacang tanah yg dah digoreng & blend kasar.
3. Hias dgn colorful choc. rice


Nota :
Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak
.

Biskut Dahlia

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino