Cara Mudah Pastikan Telur Elok Sebelum Dimasak

Thursday, December 19, 2013

Cara mudah untuk ketahui keadaan sama ada telur yang hendak digunakan untuk memasak baik atau tidak, adalah dengan cubaan tenggelamkan ia dalam air.

Isikan air paip dalam bekas yang paras air dua kali tinggi telur menegak. Kemudian masukkan telur-telur yang hendak digunakan ke dalam bekas tersebut.

Telur yang terus tenggelam dan mendatar didasar bekas, telur itu masih baik dan elok untuk digunakan.

Telur yang timbul ke permukaan, sebaiknya ianya dibuang.

Telur yang tenggelam tetapi berada didasar bekas berdiri menegak, keadaan telur itu tidak pasti. Periksa dengan memecah ia dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

Sebaiknya, semua telur dipecahkan dan isi kandungannya dimasukkan dalam bekas lain untuk diperiksa.

Telur yang elok tenggelam dan yang timbul perlu dibuang

Ayam Panggang Kelapa Muda

Monday, December 2, 2013

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam

1 batang serai
 Garam secukup rasa
2 biji cili merah dipotong kecil
1 biji lada hijau dipotong kecil
½ biji isi kelapa muda dihiris-hiris
2 sudu air kelapa muda
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Lumur ayam dengan garam. Angkat dan ketepikan. (Potong kepada 4 bahagian jika suka)
  2. Tumis serai, cili merah dan lada hijau selama 10 minit.
  3. Masukkan air kelapa.
  4. Tuangkan di atas ayam yang telah dipanggang.
  5. Taburkan kelapa muda di atas ayam tadi.
  6.  
Macam Sedap aje, Macam best aje. Cubalah ...

Mee Suah Sup

Sunday, November 24, 2013

Pernah kena penyakit malas masak tapi perut lapar tahap melampau? Ni saya kongsikan resepi boleh siap dalam masa 15 minit. Selain senang dimasak sedap pun ye jugak. Tapi bergantung dengan tgn dan tekak jugak ye.... bagi saya yg tekak boleh terima apa jua masakan memang tak ada masalah.
Ok bahan2 pun senang ni... tak renyah nak disediakan
- Sepeket mee suah
- Beberapa ekor udang/ sotong / sekeping dada ayam.
- Sayur2 jika suka... saya suka letak carrot / brokoli
- sedikit batang saleri | hiris
- 2 ulas bawang merah | hiris
- seulas bawang merah | hiris
- cili padi jika suka pedas | tumbuk kasar
- kiub pati ayam
- garam
- minyak utk menumis
Ok mula2 tumis bahan yg dihiria sampai naik bau. Lepas tu masukkan air dan biarkan mendidih. Lepas tu masukkan udang / sotong tadi dan biarkan dalam seminit 2. Kemudian masukkan sayur2. Jangan lupa masukkan kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih seketika... jgn lama sangat ye nanti sayur dgn udang / sotong tadi terlebih masak. Lepas tu tutup api dan masukkan mee suah tadi.
Mee suah ni cepat kembang, pastikan masuk last sekali ye... kalau saya tutup api tu masuk mee suah. Biar dlm 3 - 4  minit sebelum dihidang.
Memandangkan mee suah ni cepat kembang dan serap kuah, pandai2 korang le ye nak buat kuah byk mana.

Bingka Roti Cinnamon

Wednesday, November 20, 2013

Bahan-bahan :-Bahan A:

  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas

Bahan B:

  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit garam

Bahan C (optional):

  • 3 sudu besar butter
  • bijan/ badam cincang


Cara-cara :-


Bahan A
  • Masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang.
  • Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut.
  • Sejukkan sebentar.
Bahan B
  • Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  • Campurkan bahan A ke dalam bahan B.
  • Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk
  • Masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  • Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  • Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan/ badam cincang (optional).
  • Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.
Sumber : Azareena (15 Mar 2006 9:52pm)

Home Made Steamboat

Wednesday, November 13, 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Suka steamboat tak korang?

Saya suka sangat steamboat ini tau. Kalau di kedai mahal gak kan. Lebih-lebih  lagi kalau yg jenis buffet. Bagi yang suka steamboat, hendak jimat boleh buat sendiri kat rumah. Kalau tiada periuk steamboat seperti dalam gambar ini. atas guna rice cooker pun boleh. Hihihi yg pasti kalau di rumah boleh makan santai-santai gitu.

Bahan-bahan steamboat tu boleh je beli di supermarket. Kuah dia ikut sahaja tekak masing-masing kan... macam saya suka kuah tomyam. korang suka kuah mana pulak?

Silalah komen dibawah ini
 

Petua Elak Beras Berkutu

Monday, October 7, 2013

Haa jangan tak tahu, bukan manusia je mudah kena jangkitan kutu, beras pun sama tau. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang turun ke dapur sebulan sekali, pasti beras yang dibeli 10kg akan mudah rosak. Bukan sahaja berbau hapak, nasib tak baik jadi tempat pembiakan kutu beras.

Untuk mengelak beras mudah rosak seperti kena kutu beras atau pun berbau hapak, ambil beberapa tangkai cili kering. Goreng tanpa minyak sampai agak-agak garing. Jangan sampai hangus pulak ye. Masukkan cili yang sudah digoreng tadi ke dalam bekas simpanan beras. Insya Allah beras yang disimpan tak mudah rosak.

Selamat mencuba :-)

Bekas Beras

Udang Masak Tempoyak


Ni salah satu kegemaran saya. Udang masak tempoyak. Kalau guna udang galah memang umpph habislah. Untuk masak ni ada banyak versi. Yang ni versi saya yang ala2 pemalas.

Bahan bahan utk ditumbuk
5 batang cili padi hijau ( kampung ) - kalau nak pedas boleh tambah
5 batang cili padi merah - kalau nak pedas lagi sila tambah ye
1/2 inchi kunyit hidup

Bahan bahan lain
7-8 ekor udang galah ( sy guna size sedang )
1 ikat daun kesum ( tak letak pun takpe...)
2 batang bunga kantan
5 sudu besar tempoyak
** 2 keping asam keping ( optional jika tempoyak tak berapa nak masam )
** 1 biji mangga muda (optional... tak letak pun takpe)
Garam dan bahan perisa
Air secukupnya

Nak masak ni senang sangat boleh main campak2. Mula2 satukan bahan bahan yang telah ditumbuk lumat dan separa halus bersama bunga kantan dan tempoyak. Letak air secukupnya utk dijadikan kuah. Jika suka masukkan mangga muda yang telah dipotong. Yang mangga tu potong ikut kreativiti masing2 ye... nak potong memanjang boleh... potong serong boleh... potong dadu pun boleh. Jangan letak sebiji dlm periuk sudah hehehe. Masak sehingga bunga kantan dan mangga muda tu agak empuk dan sedikit pekat. Masukkan daun kesum biarkan ia reneh sebentar. Masukkan garam dan bahan perisa secukupnya. Akhir sekali masukkan udang dan jangan masak terlalu lama kerana kalau overcook nanti manis udang tu hilang. Matikan api dan sedia dihidang

Makan dengan nasi panas sedap ni!

Notakakiku:
Jika tempoyak kurang masam boleh masukkan asam keping

Pasta Lover

Wednesday, October 2, 2013

Saya adalah penggemar pasta tegar... kalau hari2 makan pasta pun takpa... ni ala2 feeling minah saleh le bila makan tu hehehe...

Anda penggemar pasta macam saya? Saya paling suka pasta carbonara... tapi kena selit2kan skit tekak Melayu... sbb tu bila masak suka bubuh cili padi bagi pedas kaw2. Biar bila makan tu telinga keluar asap hehehe...





Bersihkan Sayur

Sunday, September 8, 2013

Assalammualaikum....

Bukan semua kita mampu beli sayur2 yang organikkan. Biasa sayur yang kita beli dibaja dengan baja dari bahan2 kimia. Pasti ada risiko jika kita tak basuh sayur tu bersih2.

Di sini ada petua cara mencuci sayur-sayuran yang dibaja dengan bahan kimia. Sebelum memasak, rendam dulu sayur tersebut dengan air yang diletak cuka dan garam. Rendam lebih kurang 5 minit. Ni lebih kurang macam kita guna clorox untuk buang daki2 degil pada pakaian hehehe

selepas direndam cuci sayur tadi macam biasa untuk dimasak.

Selamat mencuba :)

Cucumber Pickles

Assalammualaikum...

Cucumber pickles atau pun jeruk timun, ada yang suka ada yang tidak. Saya suka sangat makan. Bila makan burger McD tu rasa nak je mintak dorang letak jeruk timun tu lebih tapi mana ada orang pernah buatkan. Ingat ni beli burger tepi jalan nak minta top up itu ini. Hehehhe....

Ok sebenarnya dah lama teringin nak buat jeruk timun sendiri. Bila dah beli timun lupa nak beli cuka. Bila dah beli cuka kapur sirih pulak takde. Hah? buat jeruk dengan kapur sireh???


Last week gigihkan jugak buat projek tertangguh ni. Memandangkan bahan2 semua dah ada... so buatlah. Sebenarnya nak  buat ni takdelah rumit mana pun. Tinggal rajin dengan malas je lagi nak mencemar duli kat dapur kan.

Ok bahan-bahan2 nak buat jeruk ni senang jer.
  1.  baby timun
  2. cuka ( saya guna cuka epal)
  3. gula
  4. garam
  5. kapur sireh
Ok mula2 cuci timun tu bersih dan lepas tu belah dua. Kemudian rendam dengan air kapur. Haaa ni petua nak bagi jeruk tu nanti rangup! Bila kunyah tu bunyi macam kunyah keropok ok hehehehe. Timun ni tadi rendam dengan air kapur lebih kurang sejam ye.... lepas dah sejam tu cuci balik timun tu bersih2

sementara tunggu timun yang direndam dengan air kapur tadi, kita bolehlah sediakan air untuk jeruk. Panaskan air dalam periuk. Yang ni pandai2 le agak banyak mana ya bergantung dengan banyak mana timun yang nak dijeruk tu. Masukkan gula dan garam sedikit. Biarkan air tu mendidih kemudian baru masukkan cuka. Didihkan lagi lebih kurang dalam 2 hingga 3 minit. Lepas tu biarkan sejuk.

Oh ya... untuk jeruk timun ni elok lebihkan manis dan masam ya. Dan air tadi tu sejuk.... susun timun cantik2 dalam bekas jeruk tu kemudian rendamkanlah timun tu dengan air yang dah dimasak tadi.

Lepas 5 hingga 6 hari jeruk ni dah boleh makan. Pergh! sedap tau makan dengan mi goreng ke mihun goreng ke. Ratah gitu je pun sedap! rangup jeeeee..... slurp!

Selamat mencuba :)

Friday, August 23, 2013

Assalammualaikum....

wah lama dah tak jengok sini. Bersawang dah dapur ni. Dan belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Time2 raya ni mesti muak dah dihidangkan dengan pelbagai juadah rayakan. Yang pastinya rendang mahu pun kuah kacang pasti tak ketinggalan. Hati2 ya, kena monitor kadar gula dan tekanan darah sekali. Jangan dalam bersuka ria memenuhi tuntutan jemputan raya nanti tiba2 kena berkampung dekat hospital pulak.

Cerita tentang juadah raya teringat dengan ketupat palas. Tapi yang pastinya tekak ni teringin nak makan udang galah masak lemak. Ada ke orang hidangkan udang untuk juadah raya?? Untunglah kalau dapatkan.....

Takpe weekend ni nak cari udang ler... slurp!!!! sedapnya masak lemak tempoyak! hehehhe


Butter Prawn & Baby Kailan Ikan Masin

Sunday, March 31, 2013

Hari ni takde resepi cuma nak share gambar dinner malam tadi dekat Redwok Restaurant Bangi. Tempat ni sangat selesa dan harga pun berpatutan. Dari segi service dann rasa saya bagi 8/10... Highly recommanded place :-)

Kerabu Mangga

Friday, March 29, 2013

Pergh... Meleleh2 air liur nampak kerabu mangga ni. Klau nak buat kerabu mangga ni, nak sedap guna mangga yg tak berapa nak muda. Kalau dpt yg dah kuning2 skit tu lagi elok. Nanti rasa dia ada masam2 manis gitu...

Gulai Tempoyak Ikan Senangin

Tuesday, March 19, 2013

Hihi sbb rasa seronok boleh blogging ikut tab ni, sblm beradu nak share satu gambar masakan. Ni ikan senangin masak tempoyak. Lama dah mengidam nak mkn akhirnya tercapai gak hajat... Nyummmmm!



Resepi ni senang je. Bahan2 pun yg senang nak dpt je. Sekor ikan senangin. Potong berapa ikut suka ek. Lepas tu bahan untuk blender pulak 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, satu inci kunyit hidup, beberapa biji cili padi dan 2 sudu besar tempoyak. Dah blend tu masuk dlm periuk berisi air. Masukkan 2 batang serai yg dah dititik. Biarkan mendidih sblm masukkan ikan. Untuk dptkan aroma ambil sehelai daun kunyit, racik2 halus. Tambah bahan perasa. Dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit. Siap!

Sedap mkn dgn nasi panas....
posted from Bloggeroid

Salmon Grilled

Ni salah satu resepi yang selalu jadi pilihan bila mode bersilat kat dapur merudum. Resepi ni pejam mata pun boleh buat.

Watak utama resepi ni dah tentulah encik salmon. Sebelum digrill, perap dulu encik salmon ni dgn bahan2 yg menjadi pilihan tekak.




Haaa ni antara bahan perapan yg selalu saya guna. Daun rosemarry tu nak bagi naik aroma dia. Haa bila dah grill nanti satu rumah tau bau rosemarry tu nanti. Tapi kalau kat dapur tu tak ada bahan2 kat atas tu, perap guna garam dgn kunyit je pun takpe.


Dah perap tu biar dlm 10 minit dulu nak bagi bahan2 tu mesra dgn encik salmon



Untuk memeriahkan lagi encik salmon ni, boleh tambah dgn sayur2. Ni optional tau. Kalau x mkn jelah dgn nasi kan. Kalau saya suka ratah baby carrot, brocoli atau kancang buncis. Haaa yg ni rebus je.... Jgn lama2 sgt, kejap je pun dah memadai :-)



Haa bila dah masak segala tu apa lagi ngappp ler. Oh ya kalau nak lagi ummphh boleh buat sos dia untuk dicurahkan atas encik salmon tu. Kalau malas mkn gitu je pun sodappp :-)


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino