Showing posts with label Mee | Mihun. Show all posts
Showing posts with label Mee | Mihun. Show all posts

Mee Suah Sup

Sunday, November 24, 2013

Pernah kena penyakit malas masak tapi perut lapar tahap melampau? Ni saya kongsikan resepi boleh siap dalam masa 15 minit. Selain senang dimasak sedap pun ye jugak. Tapi bergantung dengan tgn dan tekak jugak ye.... bagi saya yg tekak boleh terima apa jua masakan memang tak ada masalah.
Ok bahan2 pun senang ni... tak renyah nak disediakan
- Sepeket mee suah
- Beberapa ekor udang/ sotong / sekeping dada ayam.
- Sayur2 jika suka... saya suka letak carrot / brokoli
- sedikit batang saleri | hiris
- 2 ulas bawang merah | hiris
- seulas bawang merah | hiris
- cili padi jika suka pedas | tumbuk kasar
- kiub pati ayam
- garam
- minyak utk menumis
Ok mula2 tumis bahan yg dihiria sampai naik bau. Lepas tu masukkan air dan biarkan mendidih. Lepas tu masukkan udang / sotong tadi dan biarkan dalam seminit 2. Kemudian masukkan sayur2. Jangan lupa masukkan kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih seketika... jgn lama sangat ye nanti sayur dgn udang / sotong tadi terlebih masak. Lepas tu tutup api dan masukkan mee suah tadi.
Mee suah ni cepat kembang, pastikan masuk last sekali ye... kalau saya tutup api tu masuk mee suah. Biar dlm 3 - 4  minit sebelum dihidang.
Memandangkan mee suah ni cepat kembang dan serap kuah, pandai2 korang le ye nak buat kuah byk mana.

Fried Seafood Glass Noodle

Wednesday, January 27, 2010




Bahan2 :-
100 gm cendawan campur
200 gm suhun – rendam terlebih dahulu dalam air panas selama beberapa minit & toskan
20 gm tauge
3 ulas bawang putih – dicincang halus
10 gm lobak – dihiris ikut cita rasa
20 gm sotong
20 gm kepingan ikan
20 gm udang
10 gm pucuk – direndam & ditoskan
5 gm kicap cair
5 gm sos tiram
5 gm serbuk lada hitam
Sedikit minyak

Cara2 :-
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bau harum.
  2. Masukkan kepingan ikan, udang dan juga sotong.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan, pucuk, lobak dan tauge.
  4. Seterusnya masukkan suhun, sos tiram, serbuk lada hitam, kicap cair dan serbuk perasa.
  5. Gaul sebati.
  6. Biarkan hingga masak dan sedia untuk dihidang

Mee Suah Sup

Sunday, February 22, 2009


Bahan2 :-
150 gm mee suah
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 -3 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)
atau 2 kiub pati ikan bilis(hancurkan dgn sedikit air)
2 sudu makan minyak
5-6 mangkuk air (lebih kurang)
3-4 biji telur (utk dicemplok dlm kuah)
garam secukup rasa /jika perlu
sedikit daun sup/bawang (hiris)
sedikit bawang goreng
1 btg lada merah (hiris)
Optional :-
1/2 btg lobak (potong ikut suka)
sedikit brocolli (potong kecil)
4 btg jagung muda (dlm tin atau yg segar)
sedikit fish ball/fish cake
1 potong tahu lembik (soft tofu)

Cara2 :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering/kiub pati ikan bilis hingga bawang layu.
  2. Masukkan air dan garam (jika perlu) dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan sayur-sayuran tadi bersama fish ball dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit.
  4. Seterusnya, masukkan mee suah dan tahu lembik.
  5. Kacau sedikit saja agar tahu dan mee suah tak hancur.
  6. Kemudian pecahkan telur ke dalam sup ini dan masak sebentar.
  7. Akhir sekali taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan lada merah hiris.
  8. Biarkan kandungan 'kuah' sup ini banyak kerana apabila sejuk, mee suah tu nanti akan menyerap kebanyakan air/kuahnya.

Mee Kari Sedap Menjilat Jari

Sunday, February 15, 2009


Bahan-bahan

2 bungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari ayam
1/ 2 kilogram udang
RM 2 udang kering-basuh bersih dan tumbuk
Santan pekat-dari 1 1/2 kelapa
Fish cake dan fish ball
1 kiub ayam
1 sudu besar potato starch-campurkan dengan air sebagai pemekat #
Garam secukup rasa
1 keping dada ayam -rebus dan siat-siat isinya

Bahan hiasan
Daun sup
Bawang goreng
Cili merah
Sawi dan Taugeh - dicelur
Limau kasturi
2 keping tauhu-goreng seketika dan hiris
Cara-cara
- Tumis bahan rempah dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan rempah kari dan cili kisar, biar hingga garing.
- Kemudian masukkan pula udang kering,kacau.
- Masukkan santan yang cair dahulu, biarkan hingga menggelegak.
- Masukkan fish cake dan fish ball.
- Masukkan udang.Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
- Setelah mendidih,masukkan santan pekat.
- Biarkan seketika , masukkan bancuhan potato starch.
- Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

Resepi sumbangan : Puan Anizah

Kueh Teow Goreng Pedas

Sunday, January 4, 2009


Bahan-bahannya
500 gram kuay teow
200 gram daging, dipotong nipis
10 ekor udang
2 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
secukupnya taugeh, dicuci dan toskan
3 sudu makan tomoto sos
5 sudu makan kicap
4 biji telur
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering, dibersihkan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan
bawang goreng
daun sup
limau kasturi jika suka

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng ala scrambled (pecah-pecah) sekejap. Jangan terlalu lama biar telur tu lembik-lembik sikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah minyak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan masak lagi sehingga dagingnya empuk. Masukkan juga sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula.
  3. Tumis rempah sehingga ia bertukar warna kegelapan sikit biar lama sikit gunakan api sederhana besar. Rempah kalau tumis sempurna nanti meenya jadi sedap.
  4. Bila rempah dah ditumis dengan sempurna. Masukkan udang, gaul sebati biarkan sebentar.
  5. Masukkan pula sawi gaul rata. Masukkan kuay teow dan telur yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  6. Kemudian akhir sekali kecilkan api masukkan taugeh dan gaul rata.
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Letakkan bahan2 hiasan semasa menghidang

Kueh Teow Goreng Seafood

Thursday, November 20, 2008

Bahan-bahan :-
sebungkus kueh teow
sotong sederhana besar ] potong
kerang ] rebus & buang kulit
udang sederhana besar
2 ulas bawang merah ] tumbuk lumat
3 ulas bawang putih ] tumbuk lumat
1 sudu besar stok ayam
1 biji telur
1 sudu besar kicap pekat / kicap cair / sos tiram
sedikit taugeh
sedikit daun kucai

Cara-cara :-
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan
2. Masukkan udang, sotong, kerang & biarkan sampai separuh masak
3. Masukkan kicap cair/ kicap pekat/ sos tiram dan bahan perasa yang lain
4. Biarkan seketika dan masukkan kueh tiow
5. Pecahkan telor dan gaul rata
6. Kemudian masukkan taugeh & daun kucai

6. Siap untuk dihidang.

Bihun Goreng Taucu Pedas

Sunday, February 11, 2007

Bahan
1 paket bihun [rendam sehinggan lembut dan toskan]
250 gm daging [hiris kecil dan rebus lembut]
1 mangkuk sawi/ sayur kucai
1 mangkuk kobis racik
1/2 batang carrot sagat
1/2 cawan taucu masin
1/2 cawan air

Bahan tumis
3 s/b minyak
3 s/b cili mesin
5-6 biji cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk

Bahan hiasan
1 keping tahu goreng [hiris kecil]
1 pokok daun sup [racik]
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Bila daging telah sebati masukkan taucu, bihun dan sayuran.
4. Kacau rata dan rasakan garam.
5. Angkat dan haskan dengan bahan hiasan.

Mihun Singapore

Thursday, February 1, 2007


Bahan2 :-
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm kobis [potong halus]
250 gm sawi [potong kecil]
1 batang carrot [racik halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

Bahan mesin/tumbuk
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara2 :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan kobis dan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino