Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Udang Masak Tempoyak

Monday, October 7, 2013


Ni salah satu kegemaran saya. Udang masak tempoyak. Kalau guna udang galah memang umpph habislah. Untuk masak ni ada banyak versi. Yang ni versi saya yang ala2 pemalas.

Bahan bahan utk ditumbuk
5 batang cili padi hijau ( kampung ) - kalau nak pedas boleh tambah
5 batang cili padi merah - kalau nak pedas lagi sila tambah ye
1/2 inchi kunyit hidup

Bahan bahan lain
7-8 ekor udang galah ( sy guna size sedang )
1 ikat daun kesum ( tak letak pun takpe...)
2 batang bunga kantan
5 sudu besar tempoyak
** 2 keping asam keping ( optional jika tempoyak tak berapa nak masam )
** 1 biji mangga muda (optional... tak letak pun takpe)
Garam dan bahan perisa
Air secukupnya

Nak masak ni senang sangat boleh main campak2. Mula2 satukan bahan bahan yang telah ditumbuk lumat dan separa halus bersama bunga kantan dan tempoyak. Letak air secukupnya utk dijadikan kuah. Jika suka masukkan mangga muda yang telah dipotong. Yang mangga tu potong ikut kreativiti masing2 ye... nak potong memanjang boleh... potong serong boleh... potong dadu pun boleh. Jangan letak sebiji dlm periuk sudah hehehe. Masak sehingga bunga kantan dan mangga muda tu agak empuk dan sedikit pekat. Masukkan daun kesum biarkan ia reneh sebentar. Masukkan garam dan bahan perisa secukupnya. Akhir sekali masukkan udang dan jangan masak terlalu lama kerana kalau overcook nanti manis udang tu hilang. Matikan api dan sedia dihidang

Makan dengan nasi panas sedap ni!

Notakakiku:
Jika tempoyak kurang masam boleh masukkan asam keping

Friday, August 23, 2013

Assalammualaikum....

wah lama dah tak jengok sini. Bersawang dah dapur ni. Dan belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Time2 raya ni mesti muak dah dihidangkan dengan pelbagai juadah rayakan. Yang pastinya rendang mahu pun kuah kacang pasti tak ketinggalan. Hati2 ya, kena monitor kadar gula dan tekanan darah sekali. Jangan dalam bersuka ria memenuhi tuntutan jemputan raya nanti tiba2 kena berkampung dekat hospital pulak.

Cerita tentang juadah raya teringat dengan ketupat palas. Tapi yang pastinya tekak ni teringin nak makan udang galah masak lemak. Ada ke orang hidangkan udang untuk juadah raya?? Untunglah kalau dapatkan.....

Takpe weekend ni nak cari udang ler... slurp!!!! sedapnya masak lemak tempoyak! hehehhe


Butter Prawn & Baby Kailan Ikan Masin

Sunday, March 31, 2013

Hari ni takde resepi cuma nak share gambar dinner malam tadi dekat Redwok Restaurant Bangi. Tempat ni sangat selesa dan harga pun berpatutan. Dari segi service dann rasa saya bagi 8/10... Highly recommanded place :-)

Lala Tumis Cili

Wednesday, February 29, 2012

Bahan-bahan
1kg lala - cuci bersih n toskan
2 ulas bawang putih - cincang kecil
1/2 biji bawang besar - hiris2 nipis
1-2 batang serai - ketuk
5-10 biji cili api - ketuk / tumbuk kasar
2 jelai daun limau purut - carik2 halus
minyak masak - untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan serai.
  2. Kemudian, masukkan cili   yang diketuk/ ditumbuk tadi. 
  3. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan lala dan daun limau purut. Kacau sebati kemudian tutup kuali n biarkan selama 2-3 minit.
  5. Buka penutup kuali dan masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  6. Kacau sebati lagi selama 1 minit. 
  7. Sedia untuk dihidang :)

Sotong Goreng Berempah

Thursday, August 4, 2011


Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.

Kerang Bakar Bersambal

Wednesday, September 22, 2010


Bahan-bahan :
1. Minyak utk menumis
2. 1 kg kerang
3. 10 ulas bawang merah **
4. 3 ulas bawang putih **
5. 1 inci lengkuas/halia **
6. 5 biji cili merah **
7. beberapa helai daun kesom/ daun limau purut **
8. 2 batang serai **
9. 1 biji tomato **
10. Sedikit belacan **
11. Sedikit air asam
12. garam & gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Blend semua bahan yang bertanda **
2. Tumis sehingga keluar minyak
3. Masukkan air asam jawa dan biar mendidih sampai pekat
4. Masukan bahan perasa
5. Kerang yang telah dibersihkan dimasukkan dalam kertas aluminium
6. Gaulkan dengan bahan2 yang telah ditumis
7. Bakar dalam kuali / oven sehingga masak

Nota : Semasa bakar kerang, boleh juga dicampur dgn sayur kacang botol / kacang buncis yang telah dipotong2

Prawn Sweet Sour

Friday, August 20, 2010



Bahan-Bahan:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  5. Masukkan juga cili potong dan gula.
  6. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
  7. Biarkan masak seketika
Kredit Resepi : Kak Hanieliza

Sup Ketam Asparagus

Friday, March 13, 2009


Bahan2 :-
½ kg ketam-belah dua dan bersihkan
1.5 liter air
1 ulas bawnag besar
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
40 gram suhun
Sedikit asparagus ( potong 1 inci)
daun bawang untuk menghidang
Cara2 :-
  1. Bersihkan ketam dan rebus dengan air sehingga masak.
  2. Keluarkan isi ketam dan simpan air rebusan tadi untuk sup.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning.
  4. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi.
  5. Bila menggelegak, masukkan isi ketam dan biarkan mesra seketika.
  6. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan asparagus dan biarkan seketika dan masukkan suhun.
  8. Kemudian diikuti dengan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  9. Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang.

Black Pepper Chilli Crab

Saturday, February 21, 2009

Bahan2 :-
3 ekor Ketam
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sos cili
sos tomato
oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
sedikit air

Cara2 :-
  1. Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar.
  2. Masukan tiga jenis sos dan lada hitam dan tambah sedikit air
  3. Kemudian masukan ketam dan kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak.
  4. Kepekatan kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air.
  5. Bila masak taburkan sedikit daun sup / bawang goreng

Udang Masak Lemak Nenas

Saturday, February 14, 2009


Ingredients
300g prawns
1 onion ] blend
2 garlic ] blend
2 cm ginger ] blend
1 lemongrass (add some bird eye chilies if you like it hot) ] blend
Some pineapple (diced)
3 lime leaves
Some salt to taste
3 slices dried tamarind fruit
200 ml coconut milk
Some water

Method

  1. In a pot, put the blended ingredients, lime leaves, tamarind fruit and water to cover. Leave to boil
  2. Add in the prawns and pineapple. Let them cook.
  3. Then add the coconut milk and salt to taste.

Ketam Rebus Berapi

Monday, February 2, 2009


Bahan2 :-
3 ekor ketam
2 batang serai ] titik
2 ulas bawang putih ] ketuk
seinci lengkuas ] ketuk
sedikit lada hitam ] tumbuk halus
5 biji cili api - nak lagi pedas tambah kuantiti ] ketuk
garam secukup rasa

Cara2 :-
1. Masukkan air ke dalam periuk biarkan mendidih
2. Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan biarkan seketika
3. Masukkan kesemua bahan2 tadi dan biarkan dalam 5 - 10 minit
4. Apabila ketam sudah mesra dengan bahan2 tadi tambah garam dan perisa secukup rasa
5. Biarkan seminit dan tutup api
6. Taburkan sedikit daun bawang semasa menghidang

Marinated salmon with lime

Thursday, January 29, 2009


Ingredients :-

350g salmon fillet, skinned
Juice of half a lime
Juice of half a lemon
1 tbs caster sugar
3tbs fresh dill, chopped
salt and pepper

Methods :-

- Slice the salmon into fairly thick slices and lay in a single layer on a platter
- Pour over the lime and lemon juice (so all the slices are covered)
- Sprinkle over dill, sugar and season with salt and pepper
- Set aside in the fridge for about 10-20 minutes until the salmon is cured
- Serve with dressed salad

Masak Lemak Ikan Tenggiri

Saturday, January 24, 2009


Bahan-bahan
2 keping ikan tenggiri, potong dua
1 biji terung bulat, potong memanjang 6
4 biji bawang merah
6 biji cili padi
3 biji cili merah
1 batang serai
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
serbuk kunyit
asam keping
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuat
- Cuci ikan dan letak dalam periok ,
- Tumbuk bawang, cili, dan ketuk serai.
- Masukkan kedalam ikan.
- Rebus dengan santan cair.
- Apabila ikan separuh masak masukkan lain-lain bahan dan renih selama 3 minit
- Biar seketika sehingga terung empuk
- Hidang dengan nasi putih dan sambal belacan

Sambal Udang Petai

Sunday, January 11, 2009


Bahan2 :-
Udang (terpulang nak kopek kulit or not)
Petai
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa (Jika suka)
Sos Tiram

Bahan Mesin
Bawang besar/bawang merah
Bawang Putih
Cili Kering
Kerisik
Gula Melaka

Cara Membuat :-
- Bersihkan udang
- Senang cite aku blend je sume bahan2 di atas
- Panaskan minyak n tumis bahan mesin sehingga naik bau
- Baru ni aku x guna cili kering, aku guna cili boh aje..so masukkan cili boh
- Bila dh garing, masukkan udang
- Masukkan air asam jawa n tambah air jika suka
- Masukkan garam, serbuk perasa n sos tiram secukup rasa
- Kacau hingga pekat n masukkan petai
- Biarkan hingga masak

Lala Goreng Bercili

Tuesday, November 4, 2008



Bahan-bahan
1kg lala
20 biji cili api ] kisar
sebatang serai ] titik
halia sebesar ibu jari ] titik
5 biji bawang putih ] kisar
10 biji bawang merah ] kisar
satu sudu kecil tepung jagung (memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu sos tiram

Cara memasak
1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar, halia dan serai hingga kuning dan masukkan sos tiram.
3. Masukkan secawan air dan tudung dulu periuk dalam 5 minit sampai air tu mendidih.
4. Masukkan garam dan lala sekali dan tutup periuk lagi hingga lala tu masak.
5. Sebelum tutup api, bancuhkan tepung jagung dan masukkan ke dalam periuk tadi.
6. Kacau dan boleh angkat dan hidang.

Siput Masak Lemak Cili Api

Tuesday, October 14, 2008

Bahan - bahan
1kg siput sedut (mesti buang belakang buntut tu, baru senang sedut)
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit (hiris halus)
20 tangkai cili api ]tumbuk
3 ulas bawang merah ] tumbuk
sedikit kunyit hidup ] tumbuk
Garam

Cara2 memasak
1. Masukkan siput tu dalam periuk
2. Masukkan bahan2 yang korang dah blend tu. Gaul rata2 ngan siput.
3. Agak2 dah gaul rata, masukkan santan cair.
4. Biar mereneh , then masuk santan pekat.
5. Dah ala2 mengelegak, masukkan daun kunyit.

Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi

Saturday, September 27, 2008

Bahan-Bahan:
3 kilo siput sedut ]potong bahagian ekornye
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa ]ambil santan sahaja
garam ] ikut sesedap rasa
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi ] rebus separuh masak
minyak masak

Cara:
  1. Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
  2. Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam, cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
  3. Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
  4. Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi
  5. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan serai tadi.
  7. Kemudian kacau hingga sebati.
  8. Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
  9. Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
  10. Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
  11. Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
  12. Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

Udang Sos Prego

Tuesday, September 9, 2008


Resepi ni dari web Cikwan. Nampak menyelerakan sangat. Lebih2 lagi kalau mkn dengan nasi panas.

Bahan2 :-

* 700 gm udang
* 3 ulas bawang putih
* 4 ulas bawang kecil
* 1 inci haliam
* 1/2 ulas bawang besar
* 2 biji cili merah*
* 2 biji cili hijau*_cikwan guner cili benggala jer*
* 1/2 batang lobak merah
* 1 cawan sos Prego
* 1/2 cawan air
* 1/2 sudu kecil garam
* Daun bawang_x boh*
* 1 biji tomato_dadu_cikwan tambah*
* Sedikit serbuk lada hitam_cikwan tambah*


Cara2 memasak:-


* Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
* Hiris cili merah, cili hijau dan lobak merah.
* Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan.
* Masukkan bahan hiris dan masak sebentar hingga naik bau.
* Masukkan udang dan gaul rata.
* Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan perasa.
* Masak hingga sedikit pekat. Angkat dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang.

Kredit : Cikwan

Ketam Masak Lemak Cili Api

Sunday, August 10, 2008


Bahan-bahan:
1 kg Ketam - bersihkan and tos kasi kering
1 cawan pati santan (sebiji kelapa)

Bahan2 untuk diblender:
10 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili api - kalu nak lagi pedas letak lebih

3 btg serai - dititik
1 helai daun kunyit - dimayang
2 keping asam gelugor - cuci kasi bersih
Garam dan gula secukupnye
Air ikut kepekatan kuah

Cara Memasak:
1. Tumis bahan2 yg dah dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan serai & daun kunyit, pastu kacau2 sekejap.
3. Masukkan pati santan dan sedikit air (agak2 ikut kepekatan yg dikehendaki)
4. Lepas dia dah mendidih masukkan ketam diikuti asam, garam & gula secukupnya.
5. Tunggu dia menggelegak lagi,
6. Dah siap, hidangkan dgn nasi panas... sedap!!!!

Sup Ketam

Saturday, July 19, 2008


Bahan2 :-
4 ekor Ketam
4 biji Buah Pelaga
3 inci Kulit Kayu Manis.
2 Kuntum Bunga Lawang
10 Ulas Bawang putih - Tumbuk Lumat
5 Ulas Bawang Merah Kecik - Tumbuk Lumat gak.
Halia sebesar Ibu Jari ] Ketuk skit.
2 sudu besar Lada hitam/lada putih ] Tumbuk Lumat
Sepeket Kecik Rempah Sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak
Bawang goreng, daun sup ] untuk hiasan + menyedapkan tekak


Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih
2. bancuh bersama rempah sup utk dijadikkan paste
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan campuran PASTE tadik tuh bersama halia, biarkan kejap sambil2 dikacau.
5. Agak2 dah wangi masukkan air dan biar mendidih.
6. Kemudian, masukkan ketam, biarkan dalam +/- 10 minit untuk air ketam tu sebati.
7. Apabila masak masukkan daun sup dan bawang goreng
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino