Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Ayam Panggang Kelapa Muda

Monday, December 2, 2013

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam

1 batang serai
 Garam secukup rasa
2 biji cili merah dipotong kecil
1 biji lada hijau dipotong kecil
½ biji isi kelapa muda dihiris-hiris
2 sudu air kelapa muda
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Lumur ayam dengan garam. Angkat dan ketepikan. (Potong kepada 4 bahagian jika suka)
  2. Tumis serai, cili merah dan lada hijau selama 10 minit.
  3. Masukkan air kelapa.
  4. Tuangkan di atas ayam yang telah dipanggang.
  5. Taburkan kelapa muda di atas ayam tadi.
  6.  
Macam Sedap aje, Macam best aje. Cubalah ...

Asam Pedas Ayam

Friday, June 24, 2011


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil / ikut suka
Daun kesum } ikut suka
Daun limau purut } ikut suka
3 batang serai } ketuk
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam

Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}

Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk.
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat

Ayam Madu Selasih

Thursday, March 17, 2011

Bahan2 :-
1/2 ekor ayam ] potong ikut kegemaran
10 ulas bawang merah ] dikisar
4 ulas bawang putih ] dikisar
1/2 inc halis ] kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato puri
sedikit serbuk kunyit
madu ] ikut kesesuaian
sedikit ketumbar, jintan manis ] kisar
1 inc kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
garam
serbuk perasa
sedikit daun selasih -  ikut kesesuaian ] mayang
minyak untuk menumis

Cara :-
  1. Perap ayam dengan kunyit, sedikit garam dan madu. Biarkan selama setengah jam
  2. Goreng ayam yang telah diperap separuh masak
  3. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar
  4. Biarkan sehingga naik bau dan kekuningan
  5. Masukkan cili kisar dan tomato puri dan biarkan sampai pecah minyak
  6. Tambah sedikit air bagi mengelak bahan tumisan menjadi agak kering
  7. Tambahkan garam dan serbuk perisa secukup rasa
  8. Kemudian masukkan ayam
  9. Masukkan daun selasih dan biarkan masak seketika
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang

Ayam Bakar Selasih

Sunday, January 2, 2011


Bahan2 :-
1/2  ekor ayam
3 ulas bawang putih **
4 ulas bawang merah **
1/2 sudu kecil lada hitam **
1/2 sudu kecil jintan manis **
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kicap cair
1/2 sudu minyak bijan
beberapa helai daun selasih **


Cara2 :-
  1. Kisar semua bahan yang bertanda **
  2. Perap ayam dengan bahan yang dikisar berserta bahan2 yang lain /* perap lebih kurang 2 jam sebelum dibakar. Kalau nak rempah lagi serap, perap ayam lebih lama.
  3. Bakar ayam dengan suhu 200C selamat 40-45 minit.

Chicken Chop

Friday, April 10, 2009


Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam

Bahan perap :
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

Bahan hiasan:
Broccoli, dicelur
Carrot, dicelur
Baby Corn, dicelur
French fries
Coles slaw
**(Cincang kobis dan sedikit carrot. Campurkan mayonese, sedikit krim putar, sedikit gula dan perahkan sedikit limau kasturi/lemon)

SOS LADA HITAM
1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan..
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

Sumber : Kak Rinn

Thai Green Curry

Tuesday, March 10, 2009


Bahan2 :-
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar pes kari hijau -pakai 1 pek pes kari hijau
400 ml santan pekat
600 gram ayam-potong kecil
230 gram rebung -letak 100 gram shj
1 sudu besar sos ikan - tak letak
6 helai daun limau purut
2 sudu teh gula melaka
1 batang serai, diketuk
2 sudu teh lada hitam yang segar - tak letak
200 gram kacang panjang
1/2 cawan daun selasih -tukar dengan sedikit daun kesum
1 1/4 cawan air

Cara2 :-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga berbau wangi.
  2. Masukkan ayam dan serai, biarkan sehingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan air dan sebahagian dari santan.
  4. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan gula melaka, sos ikan, daun limau purut, rebung.
  6. Kemudian tambahkan lada hitam yang masih segar dan kacang panjang serta baki santan tadi.
  7. Kacau sekali sekala.
  8. Bila sudah mendidih,keluarkan daun limau purutdan serai lalu masukkan daun selasih.
  9. Sedia dihidang.

Chicken Blackpapper

Thursday, February 19, 2009


Bahan2 :-
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar ] dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar ] dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak
Lagi 2 sudu makan lada hitam ] ditumbuk kasar

Cara2 :-
  • Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga.
  • Tumis sehingga naik aromanya.
  • Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato.
  • Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam.
  • Tuang ½ cawan air.
  • Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi.
  • Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
Sedap disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

Honey Chicken Wrap

Wednesday, February 18, 2009

Bahan2
8 keping wholemeal wraps
1 biji lettuce, dibersihkan dan dihiris
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 batang lobak, dihiris
Mayonnaise

Bahan untuk isi ayam
½ kg isi ayam
6 sudu besar kicap lemak manis
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak secukupnya

Bahan untuk sos
½ cawan air panas
3 sudu makan gula
½ cawan sos cili

Cara untuk isi ayam
  • Bahan-bahan digaul rata bersama isi ayam dan diperap selama 1 jam.
  • Kemudian panaskan pan non-stick dan panaskan sedikit minyak dan ayam tersebut digoreng menggunakan api yang kecil sehingga ia masak.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Bila telah sejuk, isi ayam dihiris.

Cara untuk sos
  • Air panas dan gula dicampurkan sehingga larut.
  • Masukkan sos cili dan gaul sebati.
  • Siap untuk digunakan.

Cara membuat Chicken Wraps
  • Wholemeal wraps dipanaskan dalam kuali.
  • Tak payah gunakan minyak.
  • Panaskan dalam 10 saat pada setiap permukaan.
  • Sapukan sedikit mayonnaise pada wraps, susun lettuce, tomato, bawang, lobak dan hirisan ayam.
  • Pipekan mayonnaise lagi jika suka dan lipat dua.
  • Sewaktu hendak makan, tuangkan sos dialam wrap

Ayam Gajus

Friday, February 13, 2009


Bahan-bahan:
3/4 oz margarine
6oz daging ayam dipotong dadu
4oz gajus
4 ulas cendawan kering
1 biji cili hijau dan 2 bj cili merah dihiris dadu
3 oz rebung dihiris panjang atau dadu
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu teh kicap cair
1 sudu tepung jagung
2 hiris halia potong nipis

Cara2 :-
  1. Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
  2. Panaskan margarine dan goreng gajus hingga kuning.
  3. Campurkan tepung jagung, kicap, halia bersama ayam.
  4. Panaskan 2 sudu besar margarine dan goreng bawang putih hingga perang.
  5. Masukkan bawang besar, ayam, rebung, kacau dan biarkan selama 2 minit atau lebih.
  6. Campurkan baki perencah yang digaul bersama ayam tadi.
  7. Masukkan 3 camca besar air dan gaul rata. Rasakan.
  8. Sudah masak, masukkan gajus dan cili.

Lemon Chicken

Monday, January 19, 2009


Bahan-bahannya
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.

2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara2 :-
  • Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
  • Gaul hingga adunan menjadi sebati.
  • Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
  • Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
  • Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
  • Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
  • Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
  • Sedap dihidangkan semasa panas.
Bahan2 Sos :-
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka

Cara2 :-
  • Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
  • Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
  • Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
  • Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Chilli Roast Chicken

Thursday, January 15, 2009


Ingredients :-

8 fresh red chillies, 4 deseeded and roughly chopped, 4 left whole
4 tbsp olive oil
1 tsp turmeric
thumb-sized piece fresh ginger, peeled and chopped
3 cloves garlic, roughly chopped
1 handful fresh coriander leaves
1/2 tsp salt
1 whole chicken
900g potatoes, peeled and cut into large chunks
25g butter


Methods :-
  1. Make the chilli paste - put the 4 chopped chillies in a food processor along with the oil, turmeric, ginger, fresh coriander and salt, then whiz to a rough paste, or pound together using a pestle and mortar. Set aside 2 tbsp of the paste.
  2. Marinate the chicken - Loosen the skin around the neck end of the chicken. Smear half the chilli paste under the skin, then smooth the skin back i place. Spread the remaining paste all over the chicken and put in a non-metallic dish. Cover loosely with cling film and chill for at least 2 hours, or overnight.
  3. Roast the chicken - Turn the oven to 190C. Place the chicken in a large tin with the potatoes and the remaining chillies tucked around. Roast for 1 hour, turning the potatoes once.
  4. Baste the potatoes - Melt the butter and mix with the reserved chilli paste, then drizzle over the potatoes. Return to the oven and roast for another 20 to 40 minutes, basting and turning the potatoes once or twice, until the chicken is done and the potatoes are crispy.

Ayam Sambal Istimewa

Monday, January 5, 2009


Bahan-bahan
  • 7- 8 keping dada ayam
  • 7 ulas bawang putih ] kisar
  • 6cm kunyit hidup ] kisar
  • 6cm halia ] kisar
  • 7 ulas bawang merah ] kisar
  • 2 - 3 sudu makan cili boh atau cili kering
  • 2 batang serai dihiris halus
  • 6cm lengkuas dihiris halus
  • 1 sudu makan jintan manis ] digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • 1 sudu makan ketumbar ] digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • sedikit belacan
  • 1 cawan kelapa parut ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cili hidup merah dan hijau dipotong mengikut kesukaan
  • sedikit daun limau purut dihiris halus sedikit daun kunyit

Cara-cara
  1. Tumis daun pandan dan bahan yang telah dikisar bersama cili kering/cili boh, serai, lengkuas dan belacan hingga masak dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar, digaulkan sebati.
  3. Masukkan kelapa parut tadi dan digaulkan rata.
  4. Masukkan santan tadi dan digaulkan rata.
  5. Tambahkan air jika rasanya mau. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan di gaulkan rata.
  6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dihiris tadi dan cili hidup. Angkat dan bolih disajikan.

Ayam Bakar Masam Manis

Sunday, November 16, 2008

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam ( ikut suka)
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
2 ulas bawang merah ] tumbuk halus
1 sudu sos tiram
1 sudu sos plum
sedikit kicap lemak manis

Cara-cara :-
1. Perap ayam dengan semua bahan2 di atas
2. Biarkan selama 2 jam sebelum di bakar
3. Panaskan oven dengan suhu 170C
4. Bakar ayam selama 45 minit / sampai masak

Ayam Masak Merah

Sunday, November 2, 2008


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Honey Roasted Chicken

Tuesday, February 19, 2008


Bahan-bahannya
1 ekor ayam

Bahan untuk dikisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara-caranya
  • Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
  • Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
  • Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak.
  • Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Lengkuas

Friday, July 27, 2007

Bahan2 :-
1 ekor ayam (± 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
1 batang serai, dititik
2 lembar daun salam (bay leaf)
4 sdm lengkuas parut – mesin kering
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan yang dikisar/tumbuk
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 biji buah keras
air asam jawa (campuran dari 2 sdm asam jawa & ¼ cwn air)
sedikit kunyit basah
garam dan gula secukupnya

Cara2 :-
  1. Campurkan potongan ayam dengan bahan yang telah dimesin dan lengkuas parut dan gaul sampai rata.
  2. Dalam sebuah kualimmelengkung (sebaiknya guna kuali non-stick),
  3. Masukkan campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai.
  4. Biarkan diatas api sederhana hingga ayam setengah masak.
  5. Angkat dan toskan airnya.
  6. Bersihkan kuali tadi dan panaskan minyak untuk mengoreng.
  7. Goreng ayam sampai kecoklatan.
  8. Angkat dan hidangkan dengan taburan
  9. bumbu2 yg telah garing digoreng bersama ayam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino