Salad ni nama je bagi gempak tapi ni salad biasa je. Nama menjadi ala2 Western sbb ada taburan Italian herbs sebagai penyedap rasa. Resepi ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Apa yang ada dalam gambar hanya ilusi semata2 sebab ini salad yang tidak cukup bahannya. :-
Untuk resepi penuh seperti di bawah :-
Bahan2 :-
1 ikat salad lettuce
sedikit kobis warna purple ] sagat halus
1/2 biji ladang banggala warna merah, hijau, kuning ] potong dadu
4 biji tomato ceri ] belah dua
1 batang timun jepun ] potong dadu
isi salmon yang telah dipanggang ] racik2 halus
2 sudu besar yougurt rendah lemak
1 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ] guna yg kasar2
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
Cara2 :-
Gaulkan semua bahan2 di atas dalam mangkuk salad dan sedia untuk di hidang.
Nota :
untuk menghasilkan salad yang sihat, elakkan penggunaan mayonis atau pun salad dressing kerana bahan ini tinggi nilai kalorinya. Gantikan bahan tersebut yougurt rendah lemak dan sedikit minyak zaitun.