Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Pengat Pisang

Wednesday, January 28, 2009


Bahan-bahannya
1 sisir pisang India, dibuang kulit dan dipotong serong 3
1 biji gula melaka
1 bungkus tepung bubur cha cha
1 kotak santan
2 helai daun pandan, disimpul
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

Cara-caranya
  1. Bersihkan dan bilas tepung bubur cha cha.
  2. Kemudian letak daun pandan dan rebus dengan air selama 5 minit.
  3. Masukkan pula pisang, gula melaka dan gula pasir dan garam secukup rasa.
  4. Bila telah mendidih, tuangkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sikit matikan api.
  5. Rasa cukup tak gulanya dan kalau dah cukup boleh dihidangkan.

Bubur Lambuk

Sunday, January 25, 2009


Bahan-bahan

1/2 kati beras siam
1 biji kelapa, dapatkan 1 mangkuk pati santan dan satu mangkuk santan cair
1/2 kati udang hidup yang besar, buang kulit
1/2 tahil udang kering, ditumbuk
2 hiris ikan parang bakar, ditumbuk
1 sdk lada sulah, ditumbuk

digiling halus:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 inci halia

1 sdt halba
1 biji bawang besar, potong melintang
daun selasih
serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
  1. Basuh beras bersih-bersih dan masak atas api perlahan dengan 1 1/2 cupak air selama satu jam.
  2. Tambahkan air panas jika airnya kering.
  3. Masukkan 1 mangkuk santan cair, garam, halba, udang hidup, dan rempah-rempah giling, udang kering, ikan bakar, bawang besar dan daun selasih.
  4. Didihkan selama sejam.
  5. Masukkan 1 mangkuk pati santan dan perisa.
  6. Masak lagi 1/2 jam dan dihidang.

Bubur Oat Pedas

Wednesday, April 9, 2008

Pengambilan bijirin dalam diet harian membantu melancarkan penghadaman. Oat merupakan bijirin yang tidak kurang enaknya. Banyak kajian menunjukkan oat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk kesihatan jantung dan membantu menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah. Selain enak dijadikan sarapan, oat juga boleh dijadikan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

****************************************************************************

Bubur Oat Pedas

Bahan-bahan :-
  1. 90 gram oats
  2. 300 - 400 ml air mendidih
  3. 3 sudu besar ikan bilis
  4. 1 keping kek ikan dihiris nipis
  5. Serbuk lada sulah dan kicaap masin
  6. 1 tangkai daun sup dan sebiji cili merah dihiris halus
  7. sedikit bawang goreng
Cara-cara membuatnya :-
  1. Campurkan oats, ikan bilis, kek ikan, garam, serbuk lada sulah dan kicap masin
  2. Didihkan oats bersama bahan tadi sehingga mengembang
  3. Apabila menghidang, taburkan daun bawah, hirisan cili dan bawang goreng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino