Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Sarapan Pagi Pisang Bersama Oats

Saturday, January 25, 2014

Pisang Bersama Oats

Oat adalah baik untuk jantung kerana ia boleh menurunkan kadar kalestrol dalam darah.  Buah pisang adalah pemberi tenaga segera untuk badan dan membantu dalam pengeluaran hormon serotonin, hormon yang membuat kita rasa gembira.
 
Bahan-bahan :-

40 gram oat
20 ml susu
25 gram pisang masak (potong dadu)
10 gram koko krunch
10 gram cornflakes
Gula secukup rasa

Cara-cara :-

  1. Rebus susu perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga mendidih.
     
  2. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula.
     
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang.
     
  4. Kacau masakan hingga ianya sebati.
     
  5. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.
Jom kita enjoy ...



 Asal : 16 Mac 2007 2:41PM

Contoh produk dari Oat

Bingka Roti Cinnamon

Wednesday, November 20, 2013

Bahan-bahan :-Bahan A:

  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas

Bahan B:

  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit garam

Bahan C (optional):

  • 3 sudu besar butter
  • bijan/ badam cincang


Cara-cara :-


Bahan A
  • Masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang.
  • Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut.
  • Sejukkan sebentar.
Bahan B
  • Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  • Campurkan bahan A ke dalam bahan B.
  • Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk
  • Masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  • Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  • Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan/ badam cincang (optional).
  • Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.
Sumber : Azareena (15 Mar 2006 9:52pm)

Puding Triffle

Sunday, January 8, 2012

Puding ni mak masak Jumaat lepas. Kebetulan ada makan2 dekat opis. Sebab tekak mak teringin nak makan puding triffle ni, kalau masak saja2  untuk memenuhi tekak mak ni malas pulak kan. Takkan nak masak ciput jer... buat perabis gas je! Alang2 ada jamuan dekat opis tuh yang mak buat tu. Resepi ni mak guna resepi Kak Hanieliza. Yang ni memang mak ikut sebijik2 macam resepi tu. Terima kasih Kak Liza


Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll ] pilih perisa strawberry
1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
1 tin fruit cocktail -
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula perang ( nak kurang manis kurangkan gula)
3 cawan susu rendah lemak

Cara-cara :-

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga pekat dan nampak berkilat, ketepikan dan biarkan sejuk
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas. Kalau nak nampak lapisan tu letakkan dalam bekas yang transparent.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi sehingga lembab.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Kemudian taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk2.

Onde-onde Durian

Wednesday, December 22, 2010


Kebiasaan apabila kita membuat onde-onde selalunya kita jadikan gula melaka sebagai inti. Kali ini saya tukarkan kebiasaan tersebut. Saya gantikan gula melaka kepada lempok durian.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan tekak anda.

Bahan2 :-
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan wangi
1 biji kelapa parut
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara :-
  1. Daun pandan wangi dikisar dan diambil airnya
  2. Uli tepung pulut dengan air pandan yang dikisar sehingga menjadi doh
  3. Sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih
  4. Kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan lempok durian sebagai inti
  5. Masukkan ke dalam air yang telah dididihkan dan tunggu sehingga  terapung di permukaan. Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak
  6. Angkat dan golek-golekkan di atas kelapa parut
Nota :
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam untuk memberi rasa yang lebih enak.

Pengat Pisang

Wednesday, January 28, 2009


Bahan-bahannya
1 sisir pisang India, dibuang kulit dan dipotong serong 3
1 biji gula melaka
1 bungkus tepung bubur cha cha
1 kotak santan
2 helai daun pandan, disimpul
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

Cara-caranya
  1. Bersihkan dan bilas tepung bubur cha cha.
  2. Kemudian letak daun pandan dan rebus dengan air selama 5 minit.
  3. Masukkan pula pisang, gula melaka dan gula pasir dan garam secukup rasa.
  4. Bila telah mendidih, tuangkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sikit matikan api.
  5. Rasa cukup tak gulanya dan kalau dah cukup boleh dihidangkan.

Sagu Bersiram Laici

Thursday, January 15, 2009

Bahan2 :-
500 g sagu
santan / susu cair secukupnya
gula secukupnya
air pandan
1 tin laici

Cara2 :-
1. Masakkan sagu sampai pekat bersama air pandan
2. Bila masak sejukkan
3. Masukkan santan / susu cair bila menghidang
4. Masukkan sekali laici & airnya.
5. Masukkan ketulan ais jika suka

Tiramisu

Saturday, January 3, 2009


Bahan
1 biji swiss roll coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt berperisa buah [ducth lady]
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
filling blueberry [jika suka]

Cara
1. Swiss roll coklat dipotong nipis.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Susunkan swiss roll dalam gelas atau mangkuk.
5. Lapiskan dengan adunan keju dan ayakkan serbuk nescafe.
6. Susunkan lagi kek dan lapiskan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe.
7. Ratakan filling blueberry jika suka.
8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Puding Roti

Sunday, December 21, 2008


Bahan:

A:

500 ml susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)



B:

4 sudu besar gula halus

2 sudu besar butter

2 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar kismis hitam



CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

2. Kacau dan gaul rata bahan B.

3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

Bingka Labu

Friday, December 12, 2008

Bahan2

1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos

240 gm gula pasir

250 gm tepung gandum

3 biji telur (A)

1 cawan santan pekat

125 gm marjerin ~ cairkan



Cara Menyediakan

1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.

2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.

4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.

5. Panaskan ketuhar 175C.

6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.

7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak

Puding Buah Sos Mangga

Monday, May 5, 2008



Bahan:-

Bahan puding:-
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.


Bahan untuk sos mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt asli
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.

Sumber Resepi & Gambar : Kak Hanieliza

Puding Karamel

Monday, April 21, 2008

Puding karamel merupakan salah satu puding kegemaran. Dan puding ni merupakan puding yang agak senang disediakan dan cara penyediaannya pun ada banyak. Kat bawah ni yang selalu saya buat. Senang dan sedap!

Bahan-bahan


Gula Hangus
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  • Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
  • Kemuadian campurkan dgn air.
  • Masak smula atas api perlahan hingga gula hancur.
  • Bila sume dah hancur tuang dalam loyang
  • by the time gula hangus ni sejuk dia akan menjadi pekat dgn sendirinya.
Bahan Karamel
  • 5 biji telor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati
  • Kacau perlahan dgn garfu.
  • Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
  • Kukus dgn api perlahan jer/steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam

Yogurt Epal Berkrim

Sunday, November 11, 2007

Bahan-bahan

2 biji epal merah, hiris nipis
1 sudu kecil mentega
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar gila perang
1/2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar jus epal
1/2 cawan krim
1/2 cawan yogurt


Cara Membuat :-

  1. Panaskan mentega dalam kuali leper. Masukkan hirisan epal.
  2. Masukkan kulit kayu manis, vanilla esen, gula perang dan jus epal. Gaul rata.
  3. Bila epal sudah keperangan atau layu, angkat dan biarkan sejuk.
  4. Lapiskan campuran epal pada dasar gelas tinggi diikuti dengan krim dan kemudian epal dan yogurt.
  5. Hidang sejuk.

Sweet Vanilla Ice Cream

Thursday, March 1, 2007


Ingredients:
4 egg yolks
100g fine sugar (reduced sugar to 60g)
250ml milk
250ml double/heavy cream (replaced with whipping (single) cream)
2 teaspoons vanilla extract

Optional:
50g Walnuts (toasted and roughly chopped)
50g Raisins
3 tablespoon of Rum (adjust according to your preference)


Methods
  1. Beat together egg yolks and sugar till thick.
  2. In a saucepan and scald the milk (bring slowly up to boiling point)
  3. Pour the hot milk into the egg yolks and sugar mixture whilst continuously stirring.
  4. Pour the mixture back into the pan and heat gently, stirring until the custard thickens ** DO NOT BRING TO THE BOIL**
  5. When you can see a film form over the back of your spoon it’s time to remove the saucepan from the heat. Leave to cool.
  6. When the custard base is cold, stir in the cream and then the vanilla extract, then transfer it into the deep dish bowl. Freeze in the freezer, checking on it after 1 hour.
  7. After 1 hour, it should start to freeze at the edges but not fully through to the centre.
  8. Take the bowl out of the freezer and beat the ice cream mixture until it’s creamy once again (to dislodge and break up the ice crystals that have formed) before placing it back into the freezer.
  9. Repeat this process (steps 7, 8 ) for a total of 3 times. *NOTE* the number of time you repeat this process affects the consistency of your ice-cream. If you like it softer, repeat the process up to 5 times.
  10. During the last beating, add in walnut, raisins and rum, mix well.
  11. Pour the mixture into storage container and freeze till set.

Agar-Agar Lapis Ice Cream

Sunday, July 16, 2006

Bahan:
30 gm agar-agar
40 oz air
1 1/2 cawan gula
2 biji kuning telur (pukul dengan garfu)
1 tin susu cair
1 sudu teh serbok koko
2 sudu teh orange sunquick campur dengan sedikit warna oren
1 tin nenas kiub
5 keping fruit cakes (beli je )
3 sudu besar ice cream perisa vanilla.
2 helai daun pandan.

Cara2:
  1. Sediakan mangkok/loyang dan aturkan kek.
  2. Masak agar-agar dengan gula serta daun pandan . Bila agar-agar telah hancur tapis. Bahagi 2 bahagian.
  3. 1 bahagian di campur dengan 1 tin susu cair dan 2 biji kuning telur dan masak sehingga sebati .
  4. 1 bahagian lagi di bahagi kepada 3 bahagian.
  5. 1 bahagian di campur denga ice cream dan nenas kiub
  6. 1 bahagian di campur dengan oren dan warna kuning
  7. 1 bahagian di campur dengan serbuk koko.

Nota :
  1. Ambil bahagian lapisan oren dan tuangkan atas kek tadi sehingga habis.
  2. Kedua ambil lapisan susu cair , ketiga lapisan ice cream, keempat lapisan koko dan ke lima lapisan susu.
  3. Sejukkan dalam peti es sebelum di potong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino