Sarapan Pagi Pisang Bersama Oats

Saturday, January 25, 2014

Pisang Bersama Oats

Oat adalah baik untuk jantung kerana ia boleh menurunkan kadar kalestrol dalam darah.  Buah pisang adalah pemberi tenaga segera untuk badan dan membantu dalam pengeluaran hormon serotonin, hormon yang membuat kita rasa gembira.
 
Bahan-bahan :-

40 gram oat
20 ml susu
25 gram pisang masak (potong dadu)
10 gram koko krunch
10 gram cornflakes
Gula secukup rasa

Cara-cara :-

  1. Rebus susu perlahan-lahan dengan api sederhana sehingga mendidih.
     
  2. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula.
     
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang.
     
  4. Kacau masakan hingga ianya sebati.
     
  5. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.
Jom kita enjoy ...



 Asal : 16 Mac 2007 2:41PM

Contoh produk dari Oat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino