Tauhu Jepun Masak Sos Tiram

Sunday, December 18, 2011


Bahan2 :-
2 ketul tauhu Jepun - potong bulat goreng dan toskan
Pelbagai aneka sayuran ikut suka
3 sudu besar sos tiram
serbuk ayam -
serbuk perasa + garam
sedikit kicap masin
bawang putih - cincang halus
sedikit air
sedikit tepung jagung

Cara2 :- 

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau 
  2. Kemudian masukkan sayuran. Gaulkan dan tutup kuali seketika 
  3. Masukkan sos tiram, kicap , serbuk ayam dan serbuk perasa dan sedikit air 
  4. Biarkan mendidih seketika  dan kemudian masuk tauhu jepung 
  5. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
  6. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas2.

Tomyam Santan

Bagi yang tengah berdiet tomyam ni tak berapa sesuai ye. Sebab kandungan santan yang berlemak tu. Tapi nak makan sekali sekala tak salahkan. Saya memang gemar sangat tomyam ni sebab ada rasa lemak2 pedas. ehehehe tapi tak boleh makan selalu sangat sebab kolestrol tinggi! Selamat mencuba.

Bahan-bahan
10 ekor udang
3 ekor sotong - potong bulat
isi ayam
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 biji tomato - dibelah 4
2 sudu besar pes tomyam
1 cawan santan
2-3 cawan air
4-5 helai daun limau purut
5-6 biji cili padi - diketuk ( kalau suka pedas, letak lebih)
1 biji limau nipis - amik jusnya
sedikit gula, garam dan aji (jika suke) sebagai perasa
segengam daun ketumbar

Cara2 :
  1. Masukkan air dalam kuali dan masukkan pes tomyam, serai dan lengkuas.Saya tak tumis sebab ada santan. 
  2. Masukkan bahan2 tomyam (udang, sotong dan isi ayam) dan biar sehingga mendidih seketika dan kemudian masukkan santan.
  3. Kemdian masukkan daun limau purut, bawang, cili. Kacau sebati dan kemudian masukkan bahan perasa secukupnya. 
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan beberapa minit. Sedia untuk dihidangkan. Semasa menghidang tabur dengan sedikit daun ketumbar.

Creamy Broccoli Soup

Thursday, October 13, 2011


Bahan2 :-
Brokoli secukupnya (*agak2 berapa org mkn yer) ] potong dan buang batang
1 batang saleri ] potong
1 biji bawang besar ] potong
2 ulas bawang putih ] potong
sedikit minyak zaitun / mentega
Sedikit lada sulah, garam sebagai perisa
Sedikit  Italian herbs (*kalau tak ada pun tak apa)
2 gelas air ( atau secukupnya)
Segelas susu segar
Sedikit  tepung jagung

Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaitun atau mentega dan masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan brokoli dan batang saleri
  3. Biarkan mendidih seketika dan kemudian padamkan api
  4. Blender brokoli yang telah dimasak sampai halus. 
  5. Kemudian masak sekali lagi. Biar mendidih seketika.
  6. Masukkan susu segar, lada sulah dan garam secukupnya
  7. Akhir sekali, sekiranya sup agak cair boleh tambah bancuhan tepung jagung
  8. Siap untuk dihidang. Sangat sesuai dimakan bersama garlic bread.

Biskut Chocolate Oats Crips

Tuesday, August 23, 2011


Bahan :
200g mentega
120g brown sugar
130g tepung gandum **
30g tepung jagung **
20g serbuk koko **
½ sk serbuk penaik **
¼ sk serbuk kulit kayu manis **
¼ sk garam **
90g Quaker Oat Segera ***
4-5 sudu nestum ***
1/2 cawan choc chips ***
½ sk esen vanilla

Cara membuatnya :
  1. Ayak bersama bahan yang bertanda **.
  2. Pada  bekas berasingan gaulkan bahan2 bertanda ***.
  3. Pukul mentega dan  gula sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan asen vanilla
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselang seli dengan bahan2 bertanda ***.
  6. Uli sehingga bahan2 sebati
  7. Kemudian canai mengikut bentuk kegemaran masing2. Disebabkan saya malas saya hanya gentel adunan kemudian tekan dengan garpu :)
  8. Bakar dengan suhu 170°C lebih kurang selama 12-15 minit .

Biskut Semprit Badam

Sunday, August 21, 2011

Resepi semprit ni memang lain dari kebiasaan. hehehe tengkiu Zai bagi resepi.. sbb ada badam jadi saya bagi le nama dia biskut semprit badam... Abaikan size semprit saya yang kurang sempurna itu.. ada panjang ada pendek :)


Bahan2 :-
120 gram mentega
50 ram gula aising
1 Sudu kecil vanilla
1 sudu besar susu tepung
50 gram serbuk badam
80 gram tepung superfine
60 gram tepung jagung

Hiasan :
manik urai yg kalerful :)

Cara2:-
  1. pukul mentega & gula aising sampai kembang
  2. kemudia masukkan asen vanilla serbuk badam, tepung jagung dan tepung superfine sikit demi sedikit
  3. kemudian tekan adunan menggunakan acuan semprit
  4. Hiaskan dengan manik urai yang kalerful bagi semprit anda naik serinya
  5. bakar pada suhu 170°C selama 10 minit

Biskut Suji Suci Dalam Debu

Sebab puasa tekak rasa kering masa  buat biskut ni, jadi saja bagi nama timangan panjang2.... Nama asal biskut ni biskut suji Brunei... agak2nya asal resepi ni orang Brunei kot yg cipta  heeee

Resepi ni saya cedok dari blog En. Mat yang gebu :) terima kasih daun keladi


Bahan2 :-
200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula halus / castor (saya kurangkan jadi 150 gm je)
80 gm tepung jagung
80 gm tepung suji
370 gm tepung gandum** (agak2 sampai doh jadi lembut)
100 gm cornflake ] kisar halus
1 biji kuning telur

Bahan2  A - untuk golekan :)
susu tepung secukupnya
cornflake yg dikisar halus secukupnya
sedikit gula aising

Cara2 :_
  1. Pukul minyak sapi, shortening dan gula halus hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi
  3. masukkan tepung jagung, cornflake, tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Putar sehingga adunan sebati
  5. Kemudian gentel adunan menjadi sebesar ibu jari
  6. Bakar pada suhu 175C lebih kurang 20 minit atau sehingga masak kekuningan
  7. Akhir sekali biarkan sejuk dan golekkan pada bahan A
  8. Susun dalam paper cup kecil
Nota kakiku :
semasa menggentel adunan pastikan emosi anda stabil. Kalau tidak biskut anda akan mempunyai pelbagai size seperti gambar di atas heheheh

Biskut Nestum Kismis

Sunday, August 14, 2011


Bahan-bahan :-
250 gm butter
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1/2 gula castor
1 cwm kismis ] cincang halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Cara-cara :-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang
  3. Kemudian masukkan tepung dan nestum berselang seli sehingga habis
  4. Kaub bagi rata dan kemudian masukkan kismis
  5. Gaul lagi sehingga rata
  6. Bentuk biskut mengikut corak kegemaran masing-masing
  7. Kemudian bakar pada suhu 175C selama 15-20  minit

Monday, August 8, 2011



Bahan-bahan :
1 bungkus kecil suhun-rendam hingga lembut/celur sekejap
*2 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
*100 gm udang-buang kepala 
* 2 batang crab stick
1 biji tomato-potong kecil
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi dihiris ] kalau suka pedas tambah sukatan
1 biji bawang besar-potong tipis
1 biji bawang merah-potong tipis
1 sudu kicap masin / fish sos
2 sudu air asam limau ] tambah kalau nak masam lagi
garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Rendam atau celur suhun sehingga lembut
  2. Celur bahan2 yang bertandan *
  3. Gaulkan bahan-bahan yang telah dihiris dengan bahan yang telah dicelur
  4. Tambah kicap masin / sos ikan, garam, gula dan air perahan limau
  5. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Nota :

Kalau suka boleh tambah kacang panjang / karot. Potong dadu dan gaul sekali.

Sotong Goreng Berempah

Thursday, August 4, 2011


Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.

Asam Pedas Ayam

Friday, June 24, 2011


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil / ikut suka
Daun kesum } ikut suka
Daun limau purut } ikut suka
3 batang serai } ketuk
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam

Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}

Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk.
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat

Award

Friday, April 15, 2011

hari ni takde entry pasal resepi yer... lama tak jengok blog rupanya ada mesej dari Saza Haiza suruh ambil award dekat blog dia. Hehehe saya ni bukan ler blogger tegar, bukan yang jenis jengok blog hari2. Tu yang terlambat nak ambil award tu. Lahaiii rasa terharu pulak saya sbb ada yg sudi bagi award pada blog saya yang asyik bersawang ni. Apa2 pun terima kasih banyak2. Saya sangat2 happy. Maklum ler seumur hidup ni ler pertama kali dapat award! Rasa bintang popular le pulok!!!


Ayam Madu Selasih

Thursday, March 17, 2011

Bahan2 :-
1/2 ekor ayam ] potong ikut kegemaran
10 ulas bawang merah ] dikisar
4 ulas bawang putih ] dikisar
1/2 inc halis ] kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato puri
sedikit serbuk kunyit
madu ] ikut kesesuaian
sedikit ketumbar, jintan manis ] kisar
1 inc kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
garam
serbuk perasa
sedikit daun selasih -  ikut kesesuaian ] mayang
minyak untuk menumis

Cara :-
  1. Perap ayam dengan kunyit, sedikit garam dan madu. Biarkan selama setengah jam
  2. Goreng ayam yang telah diperap separuh masak
  3. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar
  4. Biarkan sehingga naik bau dan kekuningan
  5. Masukkan cili kisar dan tomato puri dan biarkan sampai pecah minyak
  6. Tambah sedikit air bagi mengelak bahan tumisan menjadi agak kering
  7. Tambahkan garam dan serbuk perisa secukup rasa
  8. Kemudian masukkan ayam
  9. Masukkan daun selasih dan biarkan masak seketika
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang

Kek Pisang Epal

Saturday, February 5, 2011


Resepi asal kek ni saya ambil dari blog periuktanah. Nampak mcm sedap tapi bila saya buat saya ubahsuai sikit. Minta maaf ye tuan resepi sebab saya derhaka skit main ubah resepi sesuka hati. Hasilnya memang sedap sbb ada rasa masam2 epal skit.

Bahan2 :-
3 biji pisang emas (selain pisang emas pun boleh) ] lenyek sampai hancur
2 biji epal hijau - kupas dan potong dadu kecil
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder **
1 sudu teh soda bikarbonat **
1 sudu teh serbuk kayu manis **
1 cawan gula merah
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
sedikit esen pisang

Cara2 :-
  1. Ayak bersama bahan yang bertanda **
  2. Pukul telur bersama gula & minyak sehingga kembang
  3. Kemudian masukkan bahan yang telah diayak dan  gaul hingga sebati
  4. Masukkan pisang yang telah dilenyek & epal dan gaul lagi hingga sebati
  5. Masukkan sedikit esen pisang
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilenser dengan minyak
  7. Bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah selama 40 minit atau hingga kek masak

Ayam Bakar Selasih

Sunday, January 2, 2011


Bahan2 :-
1/2  ekor ayam
3 ulas bawang putih **
4 ulas bawang merah **
1/2 sudu kecil lada hitam **
1/2 sudu kecil jintan manis **
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kicap cair
1/2 sudu minyak bijan
beberapa helai daun selasih **


Cara2 :-
  1. Kisar semua bahan yang bertanda **
  2. Perap ayam dengan bahan yang dikisar berserta bahan2 yang lain /* perap lebih kurang 2 jam sebelum dibakar. Kalau nak rempah lagi serap, perap ayam lebih lama.
  3. Bakar ayam dengan suhu 200C selamat 40-45 minit.

Nasi Goreng Beriani

Saturday, January 1, 2011

Bahan2 :-
2 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 mangkuk nasi (sukatan ikut kesesuaian)
5-6 ekor udang
1 batang sosej ] potong dadu
1 mangkuk kecil mixvege
2 sudu besar rempah beriani
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2 :-
  1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan
  2. Masukkan udang & sosej dan masak seketika
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata
  4. Kemudian masukkan rempah beriani & mixvege dan masak seketika
  5. Masukkan bahan perisa secukupnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino