Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

Daging Dengdeng

Sunday, January 26, 2014


saya adalah penggemar daging tapi tak boleh selalu sangat makan, nanti tak pasal2 darah naik yer....

Baru2 ni teringin nak makan daging dendeng. Kudrat nak bersilat kat dapur tak berapa nak mampu, jadinya masak kat kedailah. Tapi biasalah kalau beli takdelah boleh mkn sampai betul2 puas. Beli rm5 dapat sesenduk kecik jer


kalau buat sendiri, mkn sampai muntahlah yer.... slurp! syukur alhamdulillah....




Daging Goreng Kunyit.

Sunday, January 8, 2012

Assalammualaikum...

Hari ni tak tahu nak masak apa. Dalam peti sejuk ada daging tapi kalau dah makan sorang2 kalau daging masak kari bagai mcm terlebih2 ler pulak. Dan yang paling  simple nak masak yang ada dalam kepada mak ni haa daging goreng kunyit je. Rasa semua orang tahu resepi ni. Nak masak main campak2 dalam kuali je. Tapi apa pun mak nak jugak tayang resepi yang mak masak tadi ni haa....


Bahan2 :-
500 gm daging ] hiris nipis
1 biji bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris nipis
1  inci lengkuas ] hiris nipis
5 biji cili padi ] dihiris menyerong (nak lagi pedas tambah kuantiti)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional )
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½  cawan minyak atau secukupnya

Cara2 :-
  1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan dalam kuali yang berisi air. Masak hingga daging kecut dan daging lembut
  2. Kemudian masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. 
  3. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan dan cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
  4. Masukkan  garam dan bahan perasa secukup rasa.  
  5. Akhir sekali masukkan capsicum dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar
Petua :-
Untuk mendapatkan daging yang cepat  lembut apabila dimasak, pastikan daging dihiris nipis melintang urat.

Daging Dendeng

Saturday, March 7, 2009


Bahan2:-
1 kilo daging batang pinang
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara2 :-
  1. Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
  3. Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali
  5. Bila bahan tadi sudah mesra, masukkan air, didihkan dan kemudian kecilkan api, tutup kuali/periuk.
  6. Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
  7. Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
  8. Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar).
  9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Daging Goreng Selasih

Monday, March 2, 2009

Bahan2 :-
500 g daging lembu batang pinang atau ayam
2 camca besar cili kisar
5 biji bawang putih, dicincang
1 cawan daun selasih (basil)
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh belacan
Sedikit gula (kalau suka)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2 :-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan gaul dgn sedikit lada sulah dan garam.
  2. Goreng hingga empuk dan sedikit garing.
  3. Daging batang pinang mudah empuk, jika guna bahagian lain, rebus hingga lembut dulu baru digoreng
  4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 camca besar.
  5. Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi.
  6. Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan.
  7. Gaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih, kalau hingga semuanya bergaul mesra.
  9. Angkat dan hidangkan

Sumber : Puan Eryn Comel


Sumber

Singgang Daging Ala Kelantan

Monday, January 12, 2009


Bahan2 :-
200 gm Daging }di hiris kasar
½ liter Air
2 ulas Bawang putih }dihiris halus
1 biji Bawang besar } dihiris bulat
1 inci Halia } dihiris kasar
1 inci Lengkuas }dihiris kasar
1 sudu Ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu besar sos ikan bilis/budu
1 keping Asam keping
Garam dan gula } secukup rasa

Cara Memasak :-
- Rebus daging bersama bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar dan asam keping hingga empuk.
- Setelah daging empuk, masukkan pula budu, bawang besar, garam dan gula.
- Masak sehingga mendidih.
- Tabur daun bawang dan siap untuk dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino