Assalammualaikum...
Hari ni tak tahu nak masak apa. Dalam peti sejuk ada daging tapi kalau dah makan sorang2 kalau daging masak kari bagai mcm terlebih2 ler pulak. Dan yang paling simple nak masak yang ada dalam kepada mak ni haa daging goreng kunyit je. Rasa semua orang tahu resepi ni. Nak masak main campak2 dalam kuali je. Tapi apa pun mak nak jugak tayang resepi yang mak masak tadi ni haa....
Bahan2 :-
500 gm daging ] hiris nipis1 biji bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris nipis
1 inci lengkuas ] hiris nipis
5 biji cili padi ] dihiris menyerong (nak lagi pedas tambah kuantiti)
1 biji capsicum ~ potong persegi (optional )
1 cawan air
bahan perasa jika suka
½ cawan minyak atau secukupnya
Cara2 :-
- Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali yang berisi air. Masak hingga daging kecut dan daging lembut
- Kemudian masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing.
- Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan dan cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu.
- Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan capsicum dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar
Petua :-
Untuk mendapatkan daging yang cepat lembut apabila dimasak, pastikan daging dihiris nipis melintang urat.
0 comments:
Post a Comment