Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Blueberry Muffin

Sunday, January 5, 2014

Hari ni tiba mode nak mem'baking' datang. Kebetulan ada tepung muffin instant beli hari tu yg tak buat lagi.

Memandangkan ni instant punya jadi resepi takdelah yer... hihihi saya cuma tambah 5 biji telur dgn 220ml minyak jagung jer...masuk dlm mixer lepas tu masuk dlm muffin cup. Bakar dlm suhu 180c lebih kurang 15 minit.

Untuk 1 paket tepung muffin tu saya dapat lebih kurang 18 biji muffin...hihihi byk pulak jadinye:)

Lemon Yoghurt Muffin

Friday, March 6, 2009


Bahan-bahan :
200 gm self raising flour
1 tsp baking powder
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 cup (140ml) plain yoghurt
100 gm castor sugar
100 gm butter
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit parutan kulit leon utk hiasan

Cara-cara:
  1. Cairkan gula castor dan butter secara double-boiler.
  2. Kacau menggunakan hand whisker sahaja.
  3. Sejukkan seketika.
  4. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter & gula tadi.
  5. Ayak tepung bersama baking powder dan secubit garam.
  6. Masukkan tepung ke dalam adunan butter dan kacau sekadar rata sahaja.
  7. Sudukan adunan ke dalam papercups dan bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min -25min.

Oreo Muffin

Friday, February 6, 2009


Ingredients
1 3/4 cup all-purpose flour
1/4 cup sugar
1 tablespoon baking powder
1/3 cup butter or margarine
1 cup milk
1 egg
16 OREO chocolate sandwich cookies, coarsely chopped
50g white chocolate chopped
50g dark chocolate chopped

Methods
  1. Mix flour, sugar and baking powder in medium bowl.
  2. Cut in the butter until mixture resembles breadcrumbs.
  3. Blend milk and egg in a small bowl.
  4. Stir into flour mixture.
  5. Gently stir in chopped cookies and chopped white/ dark chocolate.
  6. Spoon batter into greased or paper-lined muffin trays.
  7. Sprinkle with more chopped chocolates.
  8. Bake for 15-20minutes or until toothpick inserted near centres comes out clean.
  9. Cool in pan on wire rack for 5 minutes.
  10. Remove from pan, cool slightly.

Muffin Carrot

Thursday, February 7, 2008


Bahan :-
320 gm tepung naik sendiri
50 gm susu tepung
250 gm gula perang [brown sugar]
200 gm carrot diparut halus
220 ml minyak jagung
4 biji telur
1 s/teh esen vanilla
100 gm kismis
60 gm badam cincang

Cara :-
1. Panaskan oven apda suhu 180 selama 10 minit
2. Tepung diayakkan bersama dengan susu tepung.
3. Masukkan semua bahan lain dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam papercup dan letakkan dalam muffin tray.
5. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C

Cheese Beef Muffin

Sunday, February 11, 2007


Bahan-bahannya
1 cawan susu
125 gm butter, dicairkan
1 biji telor
2 cawan tepung
1/4 cawan cheddar cheese (diparut)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam halus
2 sudu makan serbuk rempah kari
3 sudu makan gula halus
1 cawan daging cincang (dicampur dengan 1 sudu makan serbuk kari, sedikit gula, dan sedikit garam dan digoreng hingga kering sedikit).
1/2 cawan bawang goreng (dalam paket)
1/2 cawan daun sup, dipotong
1 batang lada hijau dan 1 batang lada merah (potong serong) - untuk hiasan.
Cara-caranya
Di dalam mangkuk satukan tepung, garam, serbuk rempah kari, baking powder, baking soda, dan juga daging cincang, bawang goreng dan daun sup gaul rata.

Di mangkuk yang lain kacau telur, butter cair susu dan juga gula, kemudian masukkan campuran tepong dan kacau rata sekejap hingga sebati. Jangan over kacau dan jangan lupa masukkan juga keju parut. Isikan adunan ke dalam loyang muffin yang telah di atur dengan mangkuk kertas, taruh separas dan dihias dengan cili potong. Bakar hingga masak.

Cara Membakar:
Boleh digunakan cara biasa atau boleh juga dengan cara steam bath dan didapati cara steam bath lebih lembut dan masaknya sekata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino