Showing posts with label Herba dalam masakan. Show all posts
Showing posts with label Herba dalam masakan. Show all posts

Khasiat Kacang Bendi

Friday, March 30, 2012

Kacang bendi adalah sejenis kekacang yang renek. Untuk menanam sendiri pokok bendi bukanlah sesuatu yang rumit. Pokok ini tidak sukar untuk dijaga. Tempoh untuk mendapatkan hasil dari penanaman pokok bendi juga tidak terlalu mengambil masa yang agak lama. Biasanya pokok bendi yang ditanam dari benih ditabur sehingga mendatangkan hasil untuk dipetik hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.

Ramai orang tidak berapa menggemari kacang bendi disebabkan kacang ini mempunyai lendir bila dimasak. Sebenarkan ramai yang tidak tahu dan tidak sedar, cecair berlendir dalam kacang bendi bukannya suatu yang tidak elok. Cecair tersebut  sebenanya mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggu menyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.



Selain itu juga, kacang bendi begitu kaya dengan serat. Dan ini elok dalam membantu dalam sistem penghadaman kita. Ia boleh mengelakkan sembelit. Selain itu kacang bendi adalah sumber folate dan serat.  Ia juga mengandungi vitamn C, B6, thiamin, magnesium dan kalium.  


Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori.  Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari. Selain itu, ia juga sedap dimasak goreng atau hanya dicelur untuk dibuat ulam

Herba dalam masakan

Sunday, March 25, 2012

Herba merupakan bahan masakan yanf tidak boleh diketepi semasa menyediakan makanan di dapur. sama ada herba segar atau kering ia pasti akan memberikan kelainan raa dalam makanan kita

Antara herba yang biasa dan sering digunakan oleh para wanita bila memasak di dapur adalah seperti daun kesum, daun selasih mahu pun serai. Kesemua  bahan herba ini memberikan rasa dan aroma yang berlainan dalam masakan.



Manakala untuk masakan ala barat pula, ada beberapa jenis herba yang selalu digunakan. Antara herba-herba tersebut adalah seperti basil, rosemarry, thyme, oregano atau pun dill. Kesemua herba-herba ini boleh didapati di pasaraya. Akan tetapi dengan iklim dan suhu dinegara kita, herba-herba ini boleh ditanam sendiri. Walau pun cara penjagaannya agak rumit sedikit jika dibanding dengan herba yang biasa hidup di negara kita, tapi dengan menanam sendiri hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino