Herba merupakan bahan masakan yanf tidak boleh diketepi semasa menyediakan makanan di dapur. sama ada herba segar atau kering ia pasti akan memberikan kelainan raa dalam makanan kita
Antara herba yang biasa dan sering digunakan oleh para wanita bila memasak di dapur adalah seperti daun kesum, daun selasih mahu pun serai. Kesemua bahan herba ini memberikan rasa dan aroma yang berlainan dalam masakan.
Manakala untuk masakan ala barat pula, ada beberapa jenis herba yang selalu digunakan. Antara herba-herba tersebut adalah seperti basil, rosemarry, thyme, oregano atau pun dill. Kesemua herba-herba ini boleh didapati di pasaraya. Akan tetapi dengan iklim dan suhu dinegara kita, herba-herba ini boleh ditanam sendiri. Walau pun cara penjagaannya agak rumit sedikit jika dibanding dengan herba yang biasa hidup di negara kita, tapi dengan menanam sendiri hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati.
0 comments:
Post a Comment