Showing posts with label Resepi diet. Show all posts
Showing posts with label Resepi diet. Show all posts

Ayam Bakar Selasih

Sunday, January 2, 2011


Bahan2 :-
1/2  ekor ayam
3 ulas bawang putih **
4 ulas bawang merah **
1/2 sudu kecil lada hitam **
1/2 sudu kecil jintan manis **
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kicap cair
1/2 sudu minyak bijan
beberapa helai daun selasih **


Cara2 :-
  1. Kisar semua bahan yang bertanda **
  2. Perap ayam dengan bahan yang dikisar berserta bahan2 yang lain /* perap lebih kurang 2 jam sebelum dibakar. Kalau nak rempah lagi serap, perap ayam lebih lama.
  3. Bakar ayam dengan suhu 200C selamat 40-45 minit.

Italian Garden Salad

Thursday, December 16, 2010

Salad ni nama je bagi gempak tapi ni salad biasa je. Nama menjadi ala2 Western sbb ada taburan Italian herbs sebagai penyedap rasa. Resepi ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Apa yang ada dalam gambar hanya ilusi semata2 sebab ini salad yang tidak cukup bahannya.  :-


Untuk resepi penuh seperti di bawah :-

Bahan2 :-
1 ikat salad lettuce
sedikit kobis warna purple ] sagat halus
1/2 biji ladang banggala warna merah, hijau, kuning ] potong dadu
4 biji tomato ceri ] belah dua
1 batang timun jepun ] potong dadu
isi salmon yang telah dipanggang ] racik2 halus
2 sudu besar yougurt rendah lemak
1 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ] guna yg kasar2
sedikit jus limau nipis
sedikit garam



Cara2 :-
Gaulkan semua bahan2 di atas dalam mangkuk salad dan sedia untuk di hidang.

Nota :
untuk menghasilkan salad yang sihat, elakkan penggunaan mayonis atau pun salad dressing kerana bahan ini tinggi nilai kalorinya. Gantikan bahan tersebut yougurt rendah lemak dan sedikit minyak zaitun.

Siakap Stim Asamboi

Sunday, December 12, 2010


Bahan2 :-
1 ekor ikan siakap
1 inci halia ] racik halus
3 ulas bawang putih ] racik halus
2 biji bawang merah ] racik halus
2 batang serai ] racik halus
1 batang bunga kantan ] racik halus
1 helai daun limau purut ] racik halus
1 biji tomato ] belah 4
sedikit saleri ] potong bulat
3 biji cili api ] belah 2 (bagi yg suka pedas boleh tambah jumlah)
2 sudu besar sos tiram
5 biji asamboi
sedikit perahan limau nipis
sedikit garam / sos ikan

Cara2 :-
  1. Ikan dengan asam jawa / perahan limau untuk menghilangkan bau hanyir
  2. Perap ikan dengan sos tiram dan juga garam / sos ikan
  3. Kemudian letak dalam bekas
  4. Taburkan semua bahan yang telah diracik menutupi ikan
  5. Kemudian kukus lebih kurang 20 minit
  6. 5 minit sebelum ikan diangkat, letakkan perahan air limau nipis
  7. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas :)
Nota :
Bagi mereka yang suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.

Kerabu Pucuk Paku

Saturday, April 19, 2008

Bahan
  • 2 ikat pucuk paku
  • 1 cawan taugeh ] basuh dan toskan
  • sedikit lobak merah ] parutkan/sagat panjang
  • 1/2 cawan kelapa goreng ] mesinkan
  • 1 labu bawang besar ] hiris
  • 6 biji limau kasturi ]ambil jus
  • 1 sudu besar sos ikan
  • gula secukup rasa

Sambal [mesinkan/tumbuk]
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji ciliapi
  • 2 sm belacan
  • 2 s/b ikan bilis
  • 1 s/b jus asam jawa

Cara
  • Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja.
  • Basuh dan rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut kemudia toskan
  • Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran (pucuk paku, tauheh dan lobak merah)
  • Rasakan masin dan masamnya.
  • Hidangkan.

Kerabu Jagung Manis Pedas

Bahan-bahan
  • 150 gm jagung manis
  • 4 ulas bawang merah ] hiris
  • 10 biji cili padi ] hiris
  • 2 kuntum bunga kantan ] hiris
  • 20 gm udang kering ] goreng
  • 20 gm kelapa parut
  • 10 ml air limau nipis
  • 2 batang serai ] hiris
  • garam dan cuka secukup rasa
Cara membuatnya :-
  • Campur semua bahan tadi dan gaul hingga rata
  • sedia untuk dihidang

Bubur Oat Pedas

Wednesday, April 9, 2008

Pengambilan bijirin dalam diet harian membantu melancarkan penghadaman. Oat merupakan bijirin yang tidak kurang enaknya. Banyak kajian menunjukkan oat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Kandungan seratnya yang tinggi baik untuk kesihatan jantung dan membantu menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah. Selain enak dijadikan sarapan, oat juga boleh dijadikan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

****************************************************************************

Bubur Oat Pedas

Bahan-bahan :-
  1. 90 gram oats
  2. 300 - 400 ml air mendidih
  3. 3 sudu besar ikan bilis
  4. 1 keping kek ikan dihiris nipis
  5. Serbuk lada sulah dan kicaap masin
  6. 1 tangkai daun sup dan sebiji cili merah dihiris halus
  7. sedikit bawang goreng
Cara-cara membuatnya :-
  1. Campurkan oats, ikan bilis, kek ikan, garam, serbuk lada sulah dan kicap masin
  2. Didihkan oats bersama bahan tadi sehingga mengembang
  3. Apabila menghidang, taburkan daun bawah, hirisan cili dan bawang goreng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino