Bahan2 :-
1 ekor ikan siakap
1 inci halia ] racik halus
3 ulas bawang putih ] racik halus
2 biji bawang merah ] racik halus
2 batang serai ] racik halus
1 batang bunga kantan ] racik halus
1 helai daun limau purut ] racik halus
1 biji tomato ] belah 4
sedikit saleri ] potong bulat
3 biji cili api ] belah 2 (bagi yg suka pedas boleh tambah jumlah)
2 sudu besar sos tiram
5 biji asamboi
sedikit perahan limau nipis
sedikit garam / sos ikan
Cara2 :-
- Ikan dengan asam jawa / perahan limau untuk menghilangkan bau hanyir
- Perap ikan dengan sos tiram dan juga garam / sos ikan
- Kemudian letak dalam bekas
- Taburkan semua bahan yang telah diracik menutupi ikan
- Kemudian kukus lebih kurang 20 minit
- 5 minit sebelum ikan diangkat, letakkan perahan air limau nipis
- Sedia untuk dihidang dengan nasi panas :)
Bagi mereka yang suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
0 comments:
Post a Comment