Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts

Nasi Goreng Extra Hot

Saturday, February 1, 2014

Pagi ni sarapan dengan airmata menitis... hehehe bukan makan dalam kesedihan ye tapi makan penuh nikmat dan keenakan.


 Hari ni goreng nasi biasa2 je... bhn pun simple2 je bawang merah, bawang putih dgn sikit udang kering. Tapi apa yg menjadikan nasi goreng ni luar biasa adalah bahan utama yg digunakan iaitu sambal ikan bilis dari Waghih Delicious...nak lagi umphhh guna yg extra hot tu... memang pedas berapi

 Inilah rupanya Sambal ikan bilis tu. Ada 3 variant. Bagi yg tak tahan pedas tu boleh beli yg pedas2 manja... yg suka pedas boleh beli yg biasa je... mcm saya sgt2 suka pedas saya beli yg extra hot... memang berapi ler... kalau nak dapatkan sambal ni boleh jengok2 FB Waghih Delicious

hihihi sungguh tak nyesal beli. Promote sikit takde dapat apa pun. Tapi sebab sedap tak salah kongsi... tambahan ni produk keluaran anak tempatan... saya memang menyokong usaha anak2 tempatan ni terutama yg bersungguh2 dlm meniaga


 Ok berbalik dengan nasi goreng yg buat airmata menitis... masaknya sama mcm nasi goreng lain. Selain ditambah perisa istimewa sambal ikan bilis extra hot dari Waghih Delicious tu saya tak guna minyak tapi guna mentega untuk menumis.... nyum2


Nasi Goreng Beriani

Saturday, January 1, 2011

Bahan2 :-
2 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 mangkuk nasi (sukatan ikut kesesuaian)
5-6 ekor udang
1 batang sosej ] potong dadu
1 mangkuk kecil mixvege
2 sudu besar rempah beriani
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2 :-
  1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan
  2. Masukkan udang & sosej dan masak seketika
  3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata
  4. Kemudian masukkan rempah beriani & mixvege dan masak seketika
  5. Masukkan bahan perisa secukupnya.

Nasi Goreng Kampung

Wednesday, April 1, 2009


Bahan-bahan:
Nasi secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Ciliapi, lebih pedas lebih bagus
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Kicap cair
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi hingga layu.
3. Masukkan belacan. Hancurkan dan goreng hingga garing sedikit.
4. Masukkan kicap cair. Kacau seketika.
5. Masukkan kangkung.
6. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
7. Masukkan nasi putih.
8. Buat kawah di tengah gorengan nasi dan pecahkan telur di dalam nya.
9. Gaul rata hingga menyalut nasi.
10. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Fried Rice Pineapple

Friday, January 16, 2009


Ingredients
4 tbs oil
2 tbs chopped garlic
20g French beans, cut into 3cm pieces
300g cooked rice
2 eggs, beaten
1/2 tsp salt or 2tbs soy sauce
100g pine nuts
20g roasted almonds
Half a medium-size pineapple
5 small sheets of dried nori seaweed, (from supermarkets), cut into strips.

Method
  1. Heat oil in large wok over a medium fire. When hot, add garlic and stir-fry quickly for about 30 seconds until fragrant but not brown.
  2. Add French beans and stir-fry for another 1 minute. Then add rice and continue stirring to mix well.
  3. Make space in centre of wok and pour in beaten eggs. Leave for 30 seconds, then quickly scramble and mix with rice. Season with salt or soy sauce.
  4. Continue frying for about 1 min, then add pine nuts and almonds. Cook for another 30 seconds.
  5. Spoon into pineapple half and garnish with seaweed strips. Serve at once.

Nasi Goreng Seafood

Monday, April 21, 2008



Bahan
  • 2 mangkuk nasiputih sejuk
  • 200 gm udang ]buangkan kulit
  • 200 gm sotong ] potong bulat2
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 1 biji telur mata kerbau
  • minyak
  • garam
  • salad
  • keropok

Bahan Tumbuk/Tumis
  • 15 tangkai cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/b udang kering
  • sedikit belacan

Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan udang, sotong, sayur campur dan gaaram. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dalam pinggan dan hidangkan dengan telur, keropok dan juga sayur salad.

Nasi Goreng Kerabu

Saturday, April 19, 2008

Bahan
  • 4 cawan nasi sejuk [peroikan]
  • 1 keping ikan talang masin [hiris nipis]
  • 3 s/b minyak
  • garam
  • salad hiasan
  • timun
  • keropok

Sayuran [hiris]
  • serai
  • daun kesum
  • daun selum
  • bunga kantan
  • kacang panjang

Bahan tumbuk
  • ciliapi
  • bawang merah
  • udang kering

Cara
1. Panaskan minyak. Gorengkan ikan masin. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan nasi dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan ikan masin goreng tadi.
5. Masukkan bahan sayuran yg dihiriskan. rasakan garam/masin. Tambah garam jika perlu.
6. Hidangkan dengan salad.

Kredit : Kak Hanieliza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino