Yogurt Epal Berkrim

Sunday, November 11, 2007

Bahan-bahan

2 biji epal merah, hiris nipis
1 sudu kecil mentega
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar gila perang
1/2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar jus epal
1/2 cawan krim
1/2 cawan yogurt


Cara Membuat :-

  1. Panaskan mentega dalam kuali leper. Masukkan hirisan epal.
  2. Masukkan kulit kayu manis, vanilla esen, gula perang dan jus epal. Gaul rata.
  3. Bila epal sudah keperangan atau layu, angkat dan biarkan sejuk.
  4. Lapiskan campuran epal pada dasar gelas tinggi diikuti dengan krim dan kemudian epal dan yogurt.
  5. Hidang sejuk.

Chicken Pai

Tuesday, September 11, 2007


Pastri:
1lb gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
4oz majerin
4oz mentega
1 biji telur
air (secukupnya)
sedikit garam

Inti:
sebelah atau lebih dada ayam (dibuang tulang dan dipotong kecil2)
4 labu bawang besar(dipotong dadu)
3-4 biji telur ayam
cendawan butang (secukupnya)
1 mangkuk sayur campur (250-300gram)
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit gula,garam dan serbuk perasa


Cara buat inti:
  • panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan isi ayam.apabila isi ayam nampak keputihan masukkan sos tomato dan sos tiram.
  • kemudian masukkan sayur campur, biarkan masak sebentar
  • masukkan gula,garam dan serbuk perasa.kemudian kacau hingga masak.
  • masukkan kesemua telur dalam satu bekas kemudian masukkan inti yg di masak tadi ke dalam bekas yg berisi telur
  • kacau sehingga sebati.

Cara membuat pastri:
  • campur tepung,garam,serbuk penaik,mentega dan majerin dalam satu bekas, gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • masukkan sebiji telur dah gaul lagi.setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit.gaul adunan hingga adunan itu boleh di canai.
  • ambil 1/2 atau sedikit drpd adunan yg diuli td (tgk kpd saiz bekas yg hendak digunakan utk membakar) kemudian canai(jgn terlalu nipis).
  • letakkan adunan yg di canai td ke dalam bekas yg digunakan utk membakar.kemudian masukkan intinya.
  • ambil adunan pastri yg selebihnya kemudian canai.setelah dicanai,tutupkan inti td dengan adunan yg dicanai itu.
  • potong lebihan tepinya kemudian tekan dgn garpu supaya ia lekat(boleh juga diklip mcm buat karipap).setelah itu sapu kuning telur di atas pie.
  • bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Kerabu Pucuk Paku




Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

Kredit : Kak Hanieliza

Ayam Goreng Lengkuas

Friday, July 27, 2007

Bahan2 :-
1 ekor ayam (± 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
1 batang serai, dititik
2 lembar daun salam (bay leaf)
4 sdm lengkuas parut – mesin kering
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan yang dikisar/tumbuk
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 biji buah keras
air asam jawa (campuran dari 2 sdm asam jawa & ¼ cwn air)
sedikit kunyit basah
garam dan gula secukupnya

Cara2 :-
  1. Campurkan potongan ayam dengan bahan yang telah dimesin dan lengkuas parut dan gaul sampai rata.
  2. Dalam sebuah kualimmelengkung (sebaiknya guna kuali non-stick),
  3. Masukkan campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai.
  4. Biarkan diatas api sederhana hingga ayam setengah masak.
  5. Angkat dan toskan airnya.
  6. Bersihkan kuali tadi dan panaskan minyak untuk mengoreng.
  7. Goreng ayam sampai kecoklatan.
  8. Angkat dan hidangkan dengan taburan
  9. bumbu2 yg telah garing digoreng bersama ayam tadi.

Makaroni Beriani

Thursday, July 12, 2007


Bahan-Bahan
500 g macaroni
300 g daging cincang
5 biji bawang merah (dihiris – separuh dibuat bawang goreng)
2 sdm rempah beriyani
1 sdm serbuk ketumbar
1 sdm rempah korma
2 sdm cili boh
½ sdt lada putih
3 sdm kicap manis
3 sdm sos cili
4 sdm sos tomato
3 biji tomato (dipotong)
2 batang lobak (dipotong)
2 sdm halia (kisar)
2 sdm bawang putih (kisar)
1 sdm jus limau
1 cube stok ayam
3 biji cili merah (potong bulat)
3 biji cili hijau (potong bulat)
1 cawan minyak sayur
daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.

Cara Cara
  1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis.
  2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi.
  4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau.
  5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata.
  6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.

Lemak Cili Api Telur Itik

Saturday, May 19, 2007


Bahan:
5 biji telur itik atau ayam
1 cawan santan
10 biji belimbing buloh [optional]
daun kunyit- dikoyakkan sikit
garam

Bahan Mesin Halus
20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair

Cara:
1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendidih.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur pecah.
4. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan.
5. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing.
6. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
7. Hidangkan dengan nasi putih.

Pasta Sos Brokoli

Thursday, April 12, 2007

Bahan:
250 g pasta bentuk spiral (fusilini)

Sos Brokoli:
2 sdm mentega
1 ulas bawang putih, ketuk hancur
20 g bawang besar, cincang kasar
200 g brokoli, potong kecil, rebus
100 ml krim pekat
2 sdm keju Parmesan parut
1/2 sdt serbuk lada sulah
1/2 sdt oregano kering
1 sdt garam

Cara membuat:
  1. Rebus pasta dalam 1.5 liter air (masukkan 1 sdt minyak masak dan 1 sdt garam) hingga masak.
  2. Angkat dan toskan.

Sos Brokoli:
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum dan layu.
  2. Masukkan kesemua bahan yang lainnya.
  3. Kacau hingga mendidih dan pekat. Angkat.
  4. Gaul pasta bersama sosbrokoli hingga rata.
  5. Tabur keju Parmesan parut jika suka.

Kerabu Betik Muda

Saturday, March 17, 2007


Bahan
1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam

Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.

Cranberry Cupcakes

Friday, March 2, 2007


Ingredients: (12 cupcakes)
110g butter
200g castor sugar
200g plain flour
1 tsp baking powder
100g dried cranberries
200ml plain white yoghurt
2 eggs
1 tsp vanilla essence
1 tbsp melted margarine(for brushing on cupcake tray)

Methods:
  1. Preheat Oven to 175 Degree C. Brush muffin tray with melted margarine or line with paper liners.
  2. In a small bowl, Mix together yogurt and cranberries. Allow it to rest for 30mins at room temperature.
  3. Cream butter and sugar till light and pale in color.
  4. Add eggs, one at a time.
  5. Add in Vanilla Essence
  6. Stir in yogurt and cranberries mixture.
  7. Fold in sifted flour/baking powder till well combined.
  8. Divide batter evenly into paper cups. Bake for 20 – 25mins or till an inserted skewer comes out clean.

Sweet Vanilla Ice Cream

Thursday, March 1, 2007


Ingredients:
4 egg yolks
100g fine sugar (reduced sugar to 60g)
250ml milk
250ml double/heavy cream (replaced with whipping (single) cream)
2 teaspoons vanilla extract

Optional:
50g Walnuts (toasted and roughly chopped)
50g Raisins
3 tablespoon of Rum (adjust according to your preference)


Methods
  1. Beat together egg yolks and sugar till thick.
  2. In a saucepan and scald the milk (bring slowly up to boiling point)
  3. Pour the hot milk into the egg yolks and sugar mixture whilst continuously stirring.
  4. Pour the mixture back into the pan and heat gently, stirring until the custard thickens ** DO NOT BRING TO THE BOIL**
  5. When you can see a film form over the back of your spoon it’s time to remove the saucepan from the heat. Leave to cool.
  6. When the custard base is cold, stir in the cream and then the vanilla extract, then transfer it into the deep dish bowl. Freeze in the freezer, checking on it after 1 hour.
  7. After 1 hour, it should start to freeze at the edges but not fully through to the centre.
  8. Take the bowl out of the freezer and beat the ice cream mixture until it’s creamy once again (to dislodge and break up the ice crystals that have formed) before placing it back into the freezer.
  9. Repeat this process (steps 7, 8 ) for a total of 3 times. *NOTE* the number of time you repeat this process affects the consistency of your ice-cream. If you like it softer, repeat the process up to 5 times.
  10. During the last beating, add in walnut, raisins and rum, mix well.
  11. Pour the mixture into storage container and freeze till set.

Daging Masak Hitam

Thursday, February 22, 2007


Bahan2 :-
Daging 1 kilo
Bawang Besar 1 kilo
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis 2cm
Bunga Lawang 1 kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu besar
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10 biji
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih


Cara-cara memasak :-

1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan .
2.Bawang kupas basuh dan potong nipis
3.Kisar semua bahan B hingga halus.
4.Masukan daging kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan B yang dikisar .
5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati.
6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.

Kuih Ketayap

Monday, February 12, 2007


Bahan -bahan:-

untuk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti fresh milk)
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

untuk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawam gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara -cara
untuk inti
  1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
  3. Inti akan menjadi warna keperangan.
  4. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk kulit
  1. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
  2. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.
  3. Kacau sehingga sebati .
  4. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
  6. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  7. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang.
  8. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
  9. Siap untuk disantap.

Cheese Beef Muffin

Sunday, February 11, 2007


Bahan-bahannya
1 cawan susu
125 gm butter, dicairkan
1 biji telor
2 cawan tepung
1/4 cawan cheddar cheese (diparut)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam halus
2 sudu makan serbuk rempah kari
3 sudu makan gula halus
1 cawan daging cincang (dicampur dengan 1 sudu makan serbuk kari, sedikit gula, dan sedikit garam dan digoreng hingga kering sedikit).
1/2 cawan bawang goreng (dalam paket)
1/2 cawan daun sup, dipotong
1 batang lada hijau dan 1 batang lada merah (potong serong) - untuk hiasan.
Cara-caranya
Di dalam mangkuk satukan tepung, garam, serbuk rempah kari, baking powder, baking soda, dan juga daging cincang, bawang goreng dan daun sup gaul rata.

Di mangkuk yang lain kacau telur, butter cair susu dan juga gula, kemudian masukkan campuran tepong dan kacau rata sekejap hingga sebati. Jangan over kacau dan jangan lupa masukkan juga keju parut. Isikan adunan ke dalam loyang muffin yang telah di atur dengan mangkuk kertas, taruh separas dan dihias dengan cili potong. Bakar hingga masak.

Cara Membakar:
Boleh digunakan cara biasa atau boleh juga dengan cara steam bath dan didapati cara steam bath lebih lembut dan masaknya sekata.

Bihun Goreng Taucu Pedas

Bahan
1 paket bihun [rendam sehinggan lembut dan toskan]
250 gm daging [hiris kecil dan rebus lembut]
1 mangkuk sawi/ sayur kucai
1 mangkuk kobis racik
1/2 batang carrot sagat
1/2 cawan taucu masin
1/2 cawan air

Bahan tumis
3 s/b minyak
3 s/b cili mesin
5-6 biji cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk

Bahan hiasan
1 keping tahu goreng [hiris kecil]
1 pokok daun sup [racik]
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Bila daging telah sebati masukkan taucu, bihun dan sayuran.
4. Kacau rata dan rasakan garam.
5. Angkat dan haskan dengan bahan hiasan.

Mihun Singapore

Thursday, February 1, 2007


Bahan2 :-
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm kobis [potong halus]
250 gm sawi [potong kecil]
1 batang carrot [racik halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

Bahan mesin/tumbuk
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara2 :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan kobis dan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Kurma Daging

Wednesday, January 24, 2007


Bahan Utama :- 600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm) 3 camb minyak 3camb rempah kurma 1 l santan (2 biji kelapa) 1 keping asam gelugur 400 g ubi kentang } 3 biji tomato } dibelah 4 2 labu bawang besar } 2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus 2 biji cili hijau } Bahan Penumis: 5 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bahan Kisar: 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 4 biji buah keras Cara-cara memasak :- 1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit. 2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi. 3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. 4. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya. 5. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk. 6. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut. 7. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

Tomyam Kuah Putih

Tuesday, January 23, 2007

Bahan2 :
ayam - potong 12
Sedikit udang, sotong
fish sauce
sedikit gula
air limau nipis/kasturi atau lemon

Bahan A
serai ]- titik
akar daun ketumbar] bersihkah pasir dan titik
lengkuas ]titik
cili padi merah dan hijau] titik
daun limau nipis] koyak2

Bahan B
cendawan tiram
cendawan enoki
young corn
carrot
daun ketumbar


Cara2 :-
1. Masukkan air dalam periuk dan letak kesemua bahan A dalam air hingga mendidih.
2. Masukkan ayam atau seafood biarkan sampai masak.
3. Masukkan fish sauce dan adjust ikut rasa. masukkan juga sedikit gula jika suka.
4. Bila dah mendidih skali lagi, masukkan semua sayuran dari bahan B.
5. Matikan api dan masukkan perahan limau pada kuah tomyam. siap utk dihidang.

Tomyam Tumis Berapi

Sunday, January 21, 2007


Tomyam ni istimewa skit sebab bahan2 kisar kena tumis dahulu. Dan kuahnya agak merah

Bahan2 kisar
5 - 8 biji lada padi merah
sedikit halia
1 batang serai
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih


Bahan2 lain
Air secukupnya
1 btg serai ] dititik
sedikit lengkuas ] dititik
beberapa daun limau ] di koyak2 atau hiris pun boleh
¼ cwn air limau purut
¼ cwn isi ayam
sedikit udang, sotong & fishball
beberapa sayuran (jagung muda, bungakobis, etc)
garam & gula secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air, serai & lengkuas dan jus limau, garam & gula. Rasa.
3. Dan biarkan mendidih di atas api sederhana.
4. Masukkan isi ayam. Birkan kuah mendidih sekali lagi
5. Masukkan sotong, udang, fishball, sayuran dan limau purut.
6. Biarkan seketika sehingga masak

Ikan Masak Taucu

Friday, January 19, 2007


Bahan-bahan
 

4 keping Ikan Tenggiri [boleh gunakan ikan merah, bawal putih,kembung]
1/2 cawan taucu
1 batang timun [potong kecil]
1/2 batang carrot [potong kecil]
1 s/k gula
1 s/k kunyit
air secukupnya
minyak

bahan mayang/hiris
 

3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 biji cili besar merah
3 biji cili hijau
3 labu bwg besar

Cara:
 

1. Bersihkan ikan dan gaul dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
3. Masukkan taucu air, gula, cili dan biarkan mendideh.
4. Masukkan timun dan carrot.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


 

Daging Salai Rebung Lemak Cili Api

Tuesday, January 16, 2007


Bahan tumbuk/kisar halus :
Cili padi
bwg merah
bwg putih
kunyit hidup

Serai ] titik
Cili hijau ] belah 2
Santan
Pati santan
Rebung ] rebus dan hiris

Cara2 memasak :-
1. Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan campakkan cili hijau dan biarkan seketika
3. Pastikan sentiasa mengacau santan tersebut supaya tak pecah minyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino