Hari ni goreng nasi biasa2 je... bhn pun simple2 je bawang merah, bawang putih dgn sikit udang kering. Tapi apa yg menjadikan nasi goreng ni luar biasa adalah bahan utama yg digunakan iaitu sambal ikan bilis dari Waghih Delicious...nak lagi umphhh guna yg extra hot tu... memang pedas berapi
Inilah rupanya Sambal ikan bilis tu. Ada 3 variant. Bagi yg tak tahan pedas tu boleh beli yg pedas2 manja... yg suka pedas boleh beli yg biasa je... mcm saya sgt2 suka pedas saya beli yg extra hot... memang berapi ler... kalau nak dapatkan sambal ni boleh jengok2 FB Waghih Delicious
hihihi sungguh tak nyesal beli. Promote sikit takde dapat apa pun. Tapi sebab sedap tak salah kongsi... tambahan ni produk keluaran anak tempatan... saya memang menyokong usaha anak2 tempatan ni terutama yg bersungguh2 dlm meniaga
Ok berbalik dengan nasi goreng yg buat airmata menitis... masaknya sama mcm nasi goreng lain. Selain ditambah perisa istimewa sambal ikan bilis extra hot dari Waghih Delicious tu saya tak guna minyak tapi guna mentega untuk menumis.... nyum2
0 comments:
Post a Comment