Pasta lagi, saya memang peminat pasta. Cumanya saya kurang mahir mempelbagaikan masakan pasta. Ni resepi yang sangat2 mudah... boleh siap dalam masa 10 minit :)
Bahan2 :-
Secekak fettuccine
1 biji bawang besar ] potong dadu
3 ulas bawang putih ] cincang halus
2 ekor sotong ] potong bulat **
5 ekor udang ] buang kulit **
2 keping fillet ketam ] potong bulat **
sedikit serbuk lada hitam***
sedikit oregano & rosemary ***
sekeping keju cheesdeal ***
susu segar ] agak2 ikut kepekatan kuah
garam secukup rasa ***
sedikit minyak untuk menumis
Cara2 :-
- Rebus fettuccine sehingga lembut dgn sedkit garam, kemudian toskan dan digaul sedikit olive oil
- Tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Untuk menumis saya suka guna olive oil. Selain memberi aroma dan rasa yang sedap, ia baik untuk kesihatan
- Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** dan biar masak seketika
- Masukkan susu segar mengikut kesesuaian dan kemudian tambah bahan bertanda ***
- Biarkan mendidih seketika.
Nota :
Boleh tambah sayuran seperti brocolli / carrot jika suka. :)
0 comments:
Post a Comment