Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
- Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
- Masukkan juga cili potong dan gula.
- Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
- Biarkan masak seketika
1 comments:
Sangatlah tak tahan tengok udang udang yang baring dengan santainya itewww di atas pinggan! Huhuhuhu
Post a Comment