Chicken Blackpapper

Thursday, February 19, 2009


Bahan2 :-
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar ] dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar ] dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak
Lagi 2 sudu makan lada hitam ] ditumbuk kasar

Cara2 :-
  • Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga.
  • Tumis sehingga naik aromanya.
  • Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato.
  • Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam.
  • Tuang ½ cawan air.
  • Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi.
  • Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
Sedap disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino