Sup Ikan Merah

Thursday, February 5, 2009


Bahan-bahan :-
6 keping ikan merah
1 batang karot, dikupas kulitnya dan potong ikut suka
1 biji kentang, belah 4
½ biji kobis, dipotong selebar 2 inci
1 biji tomato, dibelah 2
1 jari kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
4 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar :-
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara-caranya :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar.
  3. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  5. Masukkan air, karot dan kentang.
  6. Bila karot dan kentang sudah sentengah masak masukkan ikan merah, kobis, daun sup dan bawang goreng.
  7. Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato, padamkan api dan tutup periuk.
  8. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino