Bahan2 :-
150 gm mee suah
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 -3 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)
atau 2 kiub pati ikan bilis(hancurkan dgn sedikit air)
2 sudu makan minyak
5-6 mangkuk air (lebih kurang)
3-4 biji telur (utk dicemplok dlm kuah)
garam secukup rasa /jika perlu
sedikit daun sup/bawang (hiris)
sedikit bawang goreng
1 btg lada merah (hiris)
Optional :-
1/2 btg lobak (potong ikut suka)
sedikit brocolli (potong kecil)
4 btg jagung muda (dlm tin atau yg segar)
sedikit fish ball/fish cake
1 potong tahu lembik (soft tofu)
Cara2 :-
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering/kiub pati ikan bilis hingga bawang layu.
- Masukkan air dan garam (jika perlu) dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran tadi bersama fish ball dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit.
- Seterusnya, masukkan mee suah dan tahu lembik.
- Kacau sedikit saja agar tahu dan mee suah tak hancur.
- Kemudian pecahkan telur ke dalam sup ini dan masak sebentar.
- Akhir sekali taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan lada merah hiris.
- Biarkan kandungan 'kuah' sup ini banyak kerana apabila sejuk, mee suah tu nanti akan menyerap kebanyakan air/kuahnya.
0 comments:
Post a Comment