Bahan-bahan:
Bahan inti:
350 gram daging kisar
100 gram bawang besar
100 gram bawang putih
100 gram serbuk kari daging
½ cawan minyak masak
5 biji telur ayam – dipukul sedikit
1 sudu kecil garam
Sedikit daun kari
Bahan doh:
1 kg tepung gandum
350 ml air
150 gram marjerin
100 gram minyak masak
2 biji telur ayam
½ sudu kecil garam
Cara penyediaan:
Untuk doh;-
- Bancuh telur garam dan air.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sebati.
- Tutup adunan dengan kain bersih.
- Perap selama 10 minit supaya tepung naik.
- Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram.
- Sapukan marjerin.
- Perap lagi selama 3 jam.
Untuk inti;-
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari.
- Masukkan garam dan daun kari.
- Kacau hingga sedikit kering.
- Masukkan telur dan gaul rata.
- Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang.
- Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi.
- Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak.
- Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak.
0 comments:
Post a Comment