250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur
Cara2 :-
- Didihkan air dalam pengukus.
- Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
- Masukkan prune yg telah dikisar.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
- Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
- ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
- Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.
Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"
Tips
- Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
- Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
- Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
- Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
- It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.
Kredit : Kak Maizana
0 comments:
Post a Comment