Udang Masak Tempoyak

Monday, October 7, 2013


Ni salah satu kegemaran saya. Udang masak tempoyak. Kalau guna udang galah memang umpph habislah. Untuk masak ni ada banyak versi. Yang ni versi saya yang ala2 pemalas.

Bahan bahan utk ditumbuk
5 batang cili padi hijau ( kampung ) - kalau nak pedas boleh tambah
5 batang cili padi merah - kalau nak pedas lagi sila tambah ye
1/2 inchi kunyit hidup

Bahan bahan lain
7-8 ekor udang galah ( sy guna size sedang )
1 ikat daun kesum ( tak letak pun takpe...)
2 batang bunga kantan
5 sudu besar tempoyak
** 2 keping asam keping ( optional jika tempoyak tak berapa nak masam )
** 1 biji mangga muda (optional... tak letak pun takpe)
Garam dan bahan perisa
Air secukupnya

Nak masak ni senang sangat boleh main campak2. Mula2 satukan bahan bahan yang telah ditumbuk lumat dan separa halus bersama bunga kantan dan tempoyak. Letak air secukupnya utk dijadikan kuah. Jika suka masukkan mangga muda yang telah dipotong. Yang mangga tu potong ikut kreativiti masing2 ye... nak potong memanjang boleh... potong serong boleh... potong dadu pun boleh. Jangan letak sebiji dlm periuk sudah hehehe. Masak sehingga bunga kantan dan mangga muda tu agak empuk dan sedikit pekat. Masukkan daun kesum biarkan ia reneh sebentar. Masukkan garam dan bahan perisa secukupnya. Akhir sekali masukkan udang dan jangan masak terlalu lama kerana kalau overcook nanti manis udang tu hilang. Matikan api dan sedia dihidang

Makan dengan nasi panas sedap ni!

Notakakiku:
Jika tempoyak kurang masam boleh masukkan asam keping

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino