Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi

Saturday, September 27, 2008

Bahan-Bahan:
3 kilo siput sedut ]potong bahagian ekornye
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa ]ambil santan sahaja
garam ] ikut sesedap rasa
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi ] rebus separuh masak
minyak masak

Cara:
  1. Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
  2. Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam, cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
  3. Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
  4. Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi
  5. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan serai tadi.
  7. Kemudian kacau hingga sebati.
  8. Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
  9. Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
  10. Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
  11. Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
  12. Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino