Cornflakes Crunchies
Thursday, September 11, 2008
Bahan-bahan:
105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya
Cara membuat:
1. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2.
3. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur.
4. Kemudian baru masukkan choc. chips, kacang tanah dan cornflakes.
5. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri.
6. Bakar selama 15-20 minit (bergantung pd jenis oven) dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.
Tips:-
Untuk dapatkan biskut yg sedap
1. Gantikan kismis dgn 1/2 cwn choclate chips.
2. Tambahkan 3/4 cawan kacang tanah yg dah digoreng & blend kasar.
3. Hias dgn colorful choc. rice
Nota :
Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino
0 comments:
Post a Comment