Kueh Teow Goreng Pedas

Sunday, January 4, 2009


Bahan-bahannya
500 gram kuay teow
200 gram daging, dipotong nipis
10 ekor udang
2 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
secukupnya taugeh, dicuci dan toskan
3 sudu makan tomoto sos
5 sudu makan kicap
4 biji telur
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering, dibersihkan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan
bawang goreng
daun sup
limau kasturi jika suka

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng ala scrambled (pecah-pecah) sekejap. Jangan terlalu lama biar telur tu lembik-lembik sikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah minyak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan masak lagi sehingga dagingnya empuk. Masukkan juga sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula.
  3. Tumis rempah sehingga ia bertukar warna kegelapan sikit biar lama sikit gunakan api sederhana besar. Rempah kalau tumis sempurna nanti meenya jadi sedap.
  4. Bila rempah dah ditumis dengan sempurna. Masukkan udang, gaul sebati biarkan sebentar.
  5. Masukkan pula sawi gaul rata. Masukkan kuay teow dan telur yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  6. Kemudian akhir sekali kecilkan api masukkan taugeh dan gaul rata.
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Letakkan bahan2 hiasan semasa menghidang

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino