Bulan-bulan puasa ni, pencuci sangat2 menjadi kegemaran. Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk2. Salah satu pencuci mulut menjadi kegemaran Maksue adalah puding caramel. Nak buat pun takdelah susah mana :)
Bahan2 :-
Gula Hangus
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar air
- Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang
- Kemudian campurkan dgn air. Masa nak masukkan air kena berhati2 sbb air akan memercik keluar nanti :)
- Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
- Bila sume dah hancur tuang dalam loyang, ketepikan dan biar sejuk seketika
- 5 biji telor
- 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula sebab gula hangus tadi dah manis)
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
- secubit garam
- Campurkan kesemua bahan2 karamel dan gaul hingga sebati. Nak blend pun boleh tapi kena tapiskan semasa masukkan ke dalam loyang untuk mengelak adunan berbuih2 :)
- Tuang bahan2 ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
- Kukus dgn api perlahan sehingga masak. Boleh juga dibakar menggunakan kaedah steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam
- Untuk mendapatkan hasil yang lagi sedap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.