Ayam Sambal Istimewa

Monday, January 5, 2009


Bahan-bahan
  • 7- 8 keping dada ayam
  • 7 ulas bawang putih ] kisar
  • 6cm kunyit hidup ] kisar
  • 6cm halia ] kisar
  • 7 ulas bawang merah ] kisar
  • 2 - 3 sudu makan cili boh atau cili kering
  • 2 batang serai dihiris halus
  • 6cm lengkuas dihiris halus
  • 1 sudu makan jintan manis ] digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • 1 sudu makan ketumbar ] digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • sedikit belacan
  • 1 cawan kelapa parut ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cili hidup merah dan hijau dipotong mengikut kesukaan
  • sedikit daun limau purut dihiris halus sedikit daun kunyit

Cara-cara
  1. Tumis daun pandan dan bahan yang telah dikisar bersama cili kering/cili boh, serai, lengkuas dan belacan hingga masak dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar, digaulkan sebati.
  3. Masukkan kelapa parut tadi dan digaulkan rata.
  4. Masukkan santan tadi dan digaulkan rata.
  5. Tambahkan air jika rasanya mau. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan di gaulkan rata.
  6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dihiris tadi dan cili hidup. Angkat dan bolih disajikan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino