Siakap Kukus Serasi Bersama

Friday, April 17, 2009

Hehehe tak tahu part mana yang serasi bersama.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan Siakap, dibersihkan

Bahan perap:
2 sudu besar kicap kipas udang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
Asam jawa sebesar ibu jari
1 camca teh garam
2 sudu besar gula

Bahan tabur:
1 batang serai, dimayang
3 biji bawang putih diketuk
2 inci halia, dimayang halus panjang
5 biji cili padi, diketuk
Daun bawang & daun saderi, dipotong halus
Limau kasturi

Cara-cara:
  • Di dalam satu bekas, satukan kesemua bahan perap. Gaul mesra ( ini agaknya yang serasi bersama hihihi)
  • Ikan diletak dalam mangkuk tahan microwave. Lumur bahan perap pada ikan.
  • Tuang lebihan bahan perap ke atas ikan dan biarkan selama 20 minit.
  • Taburkan bahan tabur kecuali daun bawang & saderi.
  • Kukus ikan sehingga masak
  • Bila siap, taburkan daun bawang & saderi. Perahkan jus limau kasturi.

Chicken Chop

Friday, April 10, 2009


Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam

Bahan perap :
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

Bahan hiasan:
Broccoli, dicelur
Carrot, dicelur
Baby Corn, dicelur
French fries
Coles slaw
**(Cincang kobis dan sedikit carrot. Campurkan mayonese, sedikit krim putar, sedikit gula dan perahkan sedikit limau kasturi/lemon)

SOS LADA HITAM
1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan..
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

Sumber : Kak Rinn

Nasi Goreng Kampung

Wednesday, April 1, 2009


Bahan-bahan:
Nasi secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Ciliapi, lebih pedas lebih bagus
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Kicap cair
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi hingga layu.
3. Masukkan belacan. Hancurkan dan goreng hingga garing sedikit.
4. Masukkan kicap cair. Kacau seketika.
5. Masukkan kangkung.
6. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
7. Masukkan nasi putih.
8. Buat kawah di tengah gorengan nasi dan pecahkan telur di dalam nya.
9. Gaul rata hingga menyalut nasi.
10. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best Recipe Collection For Food Lovers Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino