Bahan-bahan:
1 ekor ikan Siakap, dibersihkan
Bahan perap:
2 sudu besar kicap kipas udang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
Asam jawa sebesar ibu jari
1 camca teh garam
2 sudu besar gula
Bahan tabur:
1 batang serai, dimayang
3 biji bawang putih diketuk
2 inci halia, dimayang halus panjang
5 biji cili padi, diketuk
Daun bawang & daun saderi, dipotong halus
Limau kasturi
Cara-cara:
- Di dalam satu bekas, satukan kesemua bahan perap. Gaul mesra ( ini agaknya yang serasi bersama hihihi)
- Ikan diletak dalam mangkuk tahan microwave. Lumur bahan perap pada ikan.
- Tuang lebihan bahan perap ke atas ikan dan biarkan selama 20 minit.
- Taburkan bahan tabur kecuali daun bawang & saderi.
- Kukus ikan sehingga masak
- Bila siap, taburkan daun bawang & saderi. Perahkan jus limau kasturi.
0 comments:
Post a Comment